Murid makan bercangkung di lantai kerana ibu bapa lain selfish
Gambar seorang murid makan bercangkung di lantai sebuah sekolah telah tular di FB tempoh hari. Menurut Cikgu Mohd Fadil, individu yang memuatnaik gambar tersebut, kejadian itu berlaku kerana ibu bapa pelajar lain telah mengambil kerusi di kantin sekolah terbabit!
Akibatnya, tiada kerusi kosong lagi yang tinggal dan pelajar yang terabai ini terpaksa memilih untuk bercangkung di tepi jalan dan makan di atas lantai.
Seperti yang kita sedia maklum, minggu lepas adalah minggu pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2018. Dek excited dengan perjalanan hidup anak yang memasuki sekolah rendah, terdapat beberapa ibu bapa yang bertindak secara selfish.
Mana tidaknya, mereka telah mengambil dan memenuhi tempat duduk di kantin hingga tiada ruang lagi untuk murid-murid lain duduk!
Murid makan bercangkung di lantai tanpa kawan-kawan…
Dengan nada marah, Cikgu Fadil membidas sikap ibu bapa yang selfish ini. Beliau menyifatkan mereka sebagai “telah mengambil hak murid-murid.”
Yang lebih mengasihankan, murid makan bercangkung di lantai itu sebenarnya adalah seorang anak yatim dan beliau tidak mempunyai kawan-kawan yang lain.
Sejak memuatnaik status yang membidas ibu bapa di sekolah terbabit, status itu telah mendapat hampir 14,000 shares dan lebih 2,000 komen. Kebanyakan komen mengatakan memang sifat ibu bapa di Malaysia sebegitu.
Ibu bapa selfish sudah biasa berbuat begini
Menurut beberapa ibu bapa lain yang menemani anak di sekolah, situasi seperti ini memang biasa berlaku pada awal-awal tahun ketika sesi persekolahan baru bermula.
Ramai ibu bapa akan berpusu-pusu ke sekolah untuk membantu anak mereka membeli makanan atau mengajar anak membeli makanan di kantin. Tapi yang menyedihkan, mereka sanggup menemani anak sehingga habis waktu rehat.
Kalau seorang ibu bapa berbuat demikian dan mengambil kerusi yang disediakan khas untuk murid-murid, cuba bayangkan jika hampir 100 ibu bapa datang dan “berkumpul” di kantin sekolah itu…
“Cuba anda bayangkan anak anda tak sempat makan ketika rehat kerana ada ibu bapa lain yang sibuk membeli makanan untuk anak mereka?“
Ini antara salah satu komen pedas yang diterima pada status bernas ini.
Sepatutnya, ibu bapa tersebut perlulah membenarkan murid-murid lain belajar dan sempat menikmati makanan mereka ketika rehat. Cukuplah kalau ibu bapa hanya berdiri berhampiran meja makan anak.
Kepentingan bersifat tidak mementingkan diri sendiri
Amat sedih untuk melihat insiden seperti ini mewarna kaca berita, lebih-lebih lagi hingga ke berita antarabangsa.
Murid makan bercangkung di atas lantai kerana kesalahan ibu bapa lain tidak seharusnya berlaku. Lebih-lebih lagi kerana beliau adalah anak yatim.
Kita sebagai orang dewasa dan ibu bapa sepatutnya lebih bertimbang rasa dan patut memberi perhatian pada kanak-kanak yang memerlukan, betul tak?
Jadi, marilah sama-sama kita bersifat tidak terlalu mementingkan diri sendiri. Semua kanak-kanak harus dilayan dengan penuh kebaikan dan penuh adil.
Cuba bayangkan anak anda ditindas di kantin sekolah seperti ini, apa perasaan anda?
Sumber rujukan: Channel News Asia, Facebook dan theAsianparent Singapore
Kredit gambar: Facebook
Baca juga:
Isu Panas: Sekolah Asing Bekas Minuman Murid Ikut Islam Atau Bukan Islam