Panggil 'Pocong' Jaga Dusun Elak Durian Dicuri, 5 Cara Kenal Pasti Durian Yang Masak

Pemilik dusun di Kampung Tengah, Segamat, Johor ini terpaksa 'membela' 'Pocong' pada musim durian bagi mengelak kecurian raja buah itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan sekarang musim durian permintaan terhadap raja buah itu sangat tinggi. Disebabkan itu ada pihak yang mengambil kesempatan mencuri di dusun orang lain.

Mungkin pada mereka, musim durian bukan selalu, jadi perlu ambil kesempatan yang ada untuk mengaut keuntungan!

Bagi pemilik dusun durian di Kampung Tengah, Segamat, Johor ini, dia ‘membela’ ‘Pocong’ bagi menjaga dusun duriannya untuk mengelak kecurian.

Musim durian terpaksa ‘bela’ ‘Pocong’ elak kecurian 

Kredit foto: lifestyle.okezone

Pemilik dusun itu, Rosman Budiman, berkata beliau terpaksa menggunakan replika pocong yang digantung pada pokok durian di dusunnya. Mesti lari tak cukup tanah siapa yang kena tu!

Rosman menjelaskan beliau bukanlah memakai ilmu hitam, tetapi hanya menggunakan replika pocong yang dibuat dengan kos RM8 itu bagi menakut-nakutkan pencuri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau juga turut membakar kayu gaharu bagi menambah effect seram. Beliau akui perkara itu turut menimbulkan rasa seram dalam dirinya!

Pernah disapa ‘suara’ garau di dusun

Katanya, idea itu timbul setelah melalui peristiwa ‘misteri’ disapa suara garau tahun lalu yang memanggil namanya namun tidak menghiraukannya kerana beranggapan ia juga makhluk Allah.

Rosman berkata beliau perlu juga mencari jalan, kerana sebelum ini, jika lambat memungut buah, pencuri akan melarikannya! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 cara kenalpasti durian yang masak

Kredit foto: YunFila

Makan memang tahu, tapi adakah anda tahu cara kenalpasti durian yang masak? Takkan balik rumah nak berputih mata bawa balik durian tak masak kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedikit sebanyak kita perlu ada ilmu juga dalam membeli durian. Tidak lah main beli saja kan!

#1. Hidu aroma

Durian yang sudah masak mengeluarkan bau yang sangat kuat.

#2. Goncang

Isi durian boleh kedengaran apabila buah digoncang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Sentuh duri

Mempunyai hujung duri yang agak lembut.

#4. Ketuk buah

Kedengaran seakan kosong di dalam.

#5. Lihat pangsa buah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika ia masak, garisan pangsa agak jelas

Durian bahaya untuk ibu hamil?

Kredit foto: anak saya

Durian memang enak, tapi adakah ia selamat untuk dimakan oleh ibu hamil? Dikatakan sesetengah ibu hamil elok saja bila makan raja buah itu tetapi ada yang lain mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan anak.

Berikut antara hujah kenapa durian mungkin berbahaya untuk ibu hamil.

#1. Bayi lahir pramatang 

Sekiranya durian dimakan dalam kuantiti berlebihan, boleh menyebabkan bayi lahir pramatang. Jadi sebaiknya jika mahu makan, hadkan pengambilannya demi keselamatan ibu dan bayi!

#2. Keguguran

Durian dikatakan buah yang panas. Mungkin disebabkan itu, ibu yang berada di awal kehamilan tidak digalakkan makan durian. Ia disebabkan kandungan durian yang panas meningkatkan suhu dalam rahim. Suhu panas itu yang menyebabkan keguguran kerana janin tidak mampu bertahan dengan suhu badan ibu yang panas

#3. Kontraksi

Ada kes di mana berlakunya kontraksi di awal kehamilan terutama apabila ibu mengambil terlalu banyak durian. Kandungan durian boleh merangsang pengeluaran prostaglandin. Kontraksi yang kuat tentu saja boleh jadi tanda bersalin walaupun masanya belum tiba. Hati-hati ibu!

#4. Diabetes

Anda yang makan terlalu banyak durian boleh mengalami diabetes. Ia disebabkan kandungan glukosa dalam durian yang tinggi. Jika sudah terkena diabetes anda perlu mengawal pemakanan dan gaya hidup sepanjang kehamilan agar tidak timbul komplikasi kehamilan dan kelahiran nanti!

#5. Tekanan darah tinggi

Kadar kolestrol yang tinggi dalam durian boleh menyebabkan ibu diserang tekanan darah tinggi. Kadar kolestrol yang tinggi dalam tubuh ibu hamil boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Pembuluh darah yang sempit akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. 

#6. Janin kekurangan oksigen

Penyempitan pembuluh darah menyebabkan pengaliran darah dan oksigen ke tubuh ibu hamil menjadi tidak lancar untuk sampai kepada bayi yang dikandung sekaligus menyebabkan ia kekurangan oksigen. Janin yang kurang oksigen akan lemas dan pergerakannya menjadi tidak aktif.

Kesimpulannya, boleh kalau ibu nak makan durian, tapi berpada-padalah ya!

Sumber: Berita Harian, Harian Metro, majalahpama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comkhasiat-durian-belanda

Penulis

Lala Annuar