Apabila berlaku penceraian, ramai wanita yang berdepan dengan masalah hak penjagaan anak, penceraian dan nafkah selepas cerai.
Isu ini berlaku apabila bekas suami bersikap sambil lewa dalam menyelesaikan tanggungjawab yang berkaitan undang-undang, membuatkan nasib bekas isteri tergantung di tengah jalan.
Yang membimbangkan, majoriti lelaki yang bercerai tidak mematuhi perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak yang masih kecil. Ini merupakan isu yang agak menyedihkan kerana ia menyebabkan anak-anak tidak mendapat pembelaan dan kewangan yang secukupnya.
Mahkamah Khas Bagi Membantu Wanita Dapat Pembelaan Nafkah Selepas Cerai
Hal ini walau bagaimanapun mendapat perhatian kerajaan, dan mulai 3 September 2019, Mahkamah Rendah Syariah (Bahagian Nafkah) yang diluluskan kabinet sebelum ini telah mula beroperasi di Dewan Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Wilayah Persekutuan.
Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah ini bertujuan bagi membantu mengurangkan kes isteri tergantung tidak bertali selain mempercepatkan proses perceraian, hak penjagaan anak dan proses menuntut nafkah.
Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah dibahagikan kepada 2 peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi Syariah yang mengendalikan tuntutan hadhanah dan nafkah bernilai RM50,000 dan ke atas dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Khas Hadhanah dan Nafkah.
Urusan Mahkamah Lebih Pantas
Tujuan utama penubuhan mahkamah ini adalah bagi menyelesaikan semua urusan berkaitan nafkah selepas cerai secara sepenuhnya.
Ini kerana sebelum ini, proses untuk perceraian, menuntut nafkah dan hak penjagaan mengambil tempoh yang agak panjang dan perlu melalui beberapa peringkat.
Ini bermakna sebarang urusan berkaitan tuntutan hadhanah dan nafkah boleh dipercepatkan dari 12 bulan ke 6 bulan kerana kertas kerja ini hanya memerlukan kelulusan di peringkat kabinet sahaja dan tidak perlu dibawa ke Parlimen!
Ini kerana terdapat banyak faktor yang menyebabkan proses ini lambat atau mengambil tempoh yang agak panjang untuk diselesaikan. Ia berpunca daripada suami yang melengahkan atau selalu tidak hadir ketika sidang berlaku mahupun peguam sendiri. Suami yang enggan membayar nafkah yang dituntut bekas isteri juga menjadi punca kelambatan proses tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa percaya bahawa dengan penubuhan mahkamah ini mampu membela nasib bekas isteri.
Mahkamah mempunyai kuasa menyita harta bekas suami yang mengelak membayar nafkah kepada bekas isterinya. Diharap dengan penubuhan mahkamah ini, dapat memeberikan pembelaan yang sewajarnya kepada golongan wanita dan anak-anak selepas berlakunya penceraian.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: siraplimau
Baca juga:
Kajian Buktikan Ini 7 Penyebab Utama Kenapa Pasangan Boleh Bercerai