Nahas LRT, Anak Hubungi Ibu Kata Tak Dapat Rasa Kaki Yang Cedera Teruk

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga negara kita, ketika pandemik teruk berlaku pula kemalangan LRT yang melibatkan ramai penumpang cedera parah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam dunia sedang gempar dengan pandemik Covid-19, isu di Palestin, dan malam tadi kita digemparkan dengan satu lagi berita buruk mengenai kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya. 

Menurut laporan Harian Metro, seorang ibu kepada mangsa nahas yang tercedera mendapat panggilan daripada anaknya yang sambil menangis mengatakan kakinya cedera sehingga tidak dapat merasa kakinya. 

Syafiza Abd Hadhib, ibu kepada mangsa itu mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dalam jam 8.29 malam. 

Anaknya itu bekerja di sebuah bank yang terletak di Ampang, jadi dia memang menggunakan pengangkutan itu berulang alik setiap hari dari Subang. 

Anaknya itu sambil menangis mengatakan dia tidak dapat merasa kakinya lantas tidak berupaya untuk bangun. 

47 orang cedera parah dalam nahas LRT

Foto: Awani

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Turut dilaporkan oleh Astro Awani malam tadi, seramai 166 penumpang mengalami cedera ringan, manakala 47 orang lagi cedera parah. 

"Saya yang terkejut dengan berita itu terus ke lokasi kejadian dan sempat berjumpa dengan dia yang masih berada dalam keadaan trauma sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya menerusi laporan Harian Metro ketika ditemui di hospital berkenaan. 

Seorang lagi ibu kepada penumpang malang berkenaan, Mazuin Bahari berkata dia sangat bimbang akan keselamatan anaknya Ahmad Raiyan Tengku Naha yang turut terbabit dalam nahas tersebut, sebaik menerima panggilan daripada anaknya yang memaklumkan insiden terbabit. 

"Ketika itu, Raiyan dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Cheras. Sejurus selepas kemalangan itu, dia menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian berkenaan jam 9.19 malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Raiyan memberitahu kaki kanannya tidak boleh digerakkan selain berasa sakit pada bahu akibat hentakan kuat," menurut laporian Harian Metro. 

Sebaik mendapat perkhabaran anaknya itu, Mazuin dan suaminya terus bergegas ke tempat kejadian, namun kesemua penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. 

Kemalangan berlaku sekelip mata, penumpang terpelanting

Foto: Awani

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam sekelip mata keadaan di dalam tren bertukar menjadi huru-hara. Penumpang ramai yang berlumuran darah. 

Menurut kata salah seorang mangsa, Afiq Luqman yang dalam perjalanan pulang ke Ara Damansara berkata ketika dalam perjalanan ke ara KLCC, tren tiba-tiba terhenti. 

Kemudian dalam 15 minit tren kembali bergerak dan tidak sampai beberapa saat, tren mengalami impak yang kuat, dan kejadian berhenti mengejut itu menyebabkan ramai yang terpelanting dan cedera. 

Tren bertembung disebabkan masalah komunikasi 

Foto: Tunnel Time

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan terdapat 213 penumpang di dalam tren LRT yang terbabit kemalangan di dalam terowong berhampiran KLCC malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal tren yang membawa semua penumpang terbabit dalam perjalanan dari arah Gombak menghala ke Kelana Jaya bertembung dengan tren yang sedang diuji dari arah bertentangan.

"Tren yang membawa penumpang itu dipandu secara automatik manakala tren yang sedang diuji kerana mengalami kerosakan pula dipandu secara manual.

"Pertembungan berlaku di rel dalam terowong berhampiran KLCC. Kemalangan itu menyebabkan semua penumpang yang dalam tren mengalami kecederaan," katanya dalam sidang media di lokasi sebentar tadi.

Beliau berkata, kemalangan itu berlaku dipercayai disebabkan oleh masalah komunikasi pada sistem kawalan tren berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Harian Metro

Foto: Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pekerja Rapid Jadi Bidan Terjun, Sambut Kelahiran Bayi Dalam LRT