Pekerja Rapid KL Jadi Bidan Terjun, Wanita Selamat Lahirkan Bayi Di Stesen LRT

Pekerja Rapid KL Jadi Bidan Terjun, Wanita Selamat Lahirkan Bayi Di Stesen LRT

Pekerja Rapid KL jadi bidan terjun, seorang wanita selamat melahirkan bayi di stesen LRT selepas tanda-tanda bersalin makin kuat dirasai.

Kalau sudah sampai waktu nak bersalin, di mana-mana pun boleh terjadi. Apatah lagi tanda-tanda bersalin sudah semakin terasa. Begitulah yang terjadi, apabila seorang pekerja Rapid KL terpaksa menjadi 'bidan terjun' bagi menyambut kelahiran bayi di Stesen LRT Puchong Prima, semalam.

Mengikut laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 6.30 petang, Shahira Nurdiyana Rauf, 32, yang sedang berehat terdengar jeritan rakan sekerjanya meminta bantuan. "Seorang wanita mengadu sakit perut dan menunjukkan tanda-tanda bersalin," katanya.

Bayi lelaki selamat di lahirkan

tanda-tanda bersalin

Melihat keadaan wanita yang berusia 36 tahun itu dalam keadaan sakit nak bersalin, penyelia pembersihan turut membantu dan membawa mereka ke bilik rawatan di stesen berikut.

Nasib cukup menyebelahi wanita itu, dia akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki dengan dibantu Shahira dan penyelia stesen sementara menanti pasukan perubatan tiba. 

Wanita dan bayi tersebut dibawa dengan ambulans ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

Pekerja Rapid KL dapat penghargaan

Tindakan pekerja Rapid KL itu mendapat penghargaan daripada pengurusan Prasarana dan diraikan di dalam majlis ringkas di Ibu Pejabat Prasarana di sini.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Datin Norlia Noah, memuji keberanian dan kebolehan beliau mengendalikan situasi cemas ini dan menyampaikan saguhati atas tanda terima kasih syarikat

Shahira Nurdiyana yang baru memulakan tugas selepas cuti berpantang anak kedua rasa bersyukur kerana bayi dan wanita berkenaan dalam keadaan sihat.

"Pengalaman melahirkan dua cahaya mata dan sifat keibuan yang dimiliki turut membantu mengendalikan situasi cemas ketika melahirkan bayi tersebut," katanya.

Perkara yang ibu hamil perlu tahu mengenai proses bersalin (perkongsian bidan)

tanda-tanda bersalin

#1. Adakah wanita perlu jadi seakan bidan sebelum jadi seorang ibu?

"Itu semua mitos. Ada wanita yang sungguh bijak menyesuaikan diri, sedangkan dia tak pernah beranak. 

Tapi ada juga yang tidak tahu apa-apa, tapi masih mampu jadi seorang ibu. Semua wanita boleh jadi seorang ibu. Anda boleh belajar perlahan-lahan!"

#2. Musuh utama proses bersalin adalah: ketakutan

"Ketakutan adalah musuh utama anda. Jangan anggap atau lihat proses bersalin sebagai satu peperiksaan.

Cuba bayangkan ia adalah satu proses normal yang dicipta untuk semua wanita. Anda perlu lebih percaya dengan diri sendiri.

Jika anda sudah rasai tanda-tanda bersalin, jangan takut, kalau anda takut, semua hormon dalam badan akan terganggu lalu menyebabkan proses bersalin jadi lebih lama.

#3. Pilih orang yang boleh tenangkan anda dalam bilik bersalin

"Jika suami masuk ke dalam bilik bersalin lebih bagus. Mereka boleh memberi sokongan yang anda perlukan.

Suami harus ada dalam bilik bersalin dengan anda, sambil memandang mata anda dan mengatakan betapa anda hebat kerana akan bersalin.

Jika suami tak dapat bersama anda, pilih orang yang boleh tenangkan anda dalam bilik itu.

Jangan pilih mak mentua, pula!

#4. Tak semua bidan kenal anda, tapi mereka cuba sedaya-upaya mereka

Pasti anda teruja dibantu bidan kampung ketika beranak. Tapi, tak semua bidan itu tadi mengenali dan cam anda.

Namun, itu tak bermaksud mereka tak berusaha bersungguh-sungguh membantu anda dalam proses bersalin! 

Mungkin mereka cuma tidak perasan dan tidak bagus mengingati nama.

#5. Jangan dengar cerita 'seram' tentang proses bersalin

tanda-tanda bersalin

"Jangan dengar semua cerita seram tentang proses bersalin. Jangan biarkan semua kata-kata itu tersekat di pintu rahim anda."

#6. Semua doktor, jururawat atau bidan amat mengambil berat tentang anda

"Walaupun kami (bidan) tidak mengenali anda, tapi kami amat bersyukur kerana dapat membantu anda dan bayi, dalam masa yang singkat itu.

Kami akan mencuba segala-galanya untuk membantu anda, agar anda boleh membawa pulang bayi yang comel itu ke rumah."

Jadi, macam mana ibu-ibu mengandung semua? Sudah sedia nak bertempur di bilik bersalin? Apa-apa pun proses bersalin bagi semua ibu adalah berbeza. Jangan biarkan diri anda terpengaruh dengan cerita-cerita 'seram' ibu lain. Ada juga ibu-ibu yang mengalami proses bersalin yang cukup tenang. Yang penting anda perlu sentiasa dalam keadaan tenang, ingat anda bakal menimang seorang bayi yang comel, tidak kah anda patut berasa lebih gembira dan teruja berbanding rasa takut? Kami mendoakan agar semuanya berjalan lancar  dan dipermudahkan untuk anda. Amin.

Sumber: Harian Metro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner