Nak Dapat Anak? Anda Kena Bincang 7 Soalan Ini dengan Pasangan Dahulu

Nak dapat anak atau tidak? Persoalan ini perlu dibincangkan dengan pasangan dan kami ada 7 soalan yang anda perlu tanyakan pada pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teringin nak dapat anak? Setiap pasangan pastinya mengimpikan zuriat sendiri. Tetapi soal untuk mendapatkan anak ini, perlu perbincangan kedua belah pihak iaitu kedua pasangan itu sendiri untuk merancang kehamilan.

Jika anda sudah pun berkeluarga, pastinya keinginan untuk meminang cahaya mata pertama menjadi satu perkara yang berbangkit dan menjadi keinginan pasangan. Tetapi, yang menjadi titik persoalannya ialah apabila hanya seorang sahaja yang melahirkan keinginan nak dapat anak.

“Awak nak anak tak?”

Nampak seperti soalan yang mudah untuk ditanya tetapi sebenarnya ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu dan bincang dengan pasangan sebelum anda bersedia untuk meminang cahaya mata pertama. Lagi-lagi jika anda baru sahaja berkahwin. Faktor usia, masa dan banyak lagi menjadi sebab mengapa anda ingin mengandung anak pertama awal.

Bukan sahaja soalan tersebut sahaja anda kena tanya pada pasangan, anda kena tanya diri anda sama anda dah bersedia ke belum sebelum berbincang mengenai perkara ini. Rasa macam serius sangat kan? Topik ini berat tetapi perlu dan WAJIB untuk dibincangkan bersama pasangan.

Terlebih dahulu, mari kita lihat soalan-soalan apa yang perlu anda bincangkan dengan pasangan sebelum membuat keputusan untuk meminang cahaya mata.

#1 Adakah ini masa yang sesuai? 

Kredit: Pexels

Masa adalah satu faktor terpenting dalam menentukan sama ada boleh atau tidak anda mencuba untuk mendapatkan zuriat pada waktu tersebut. Ini juga merujuk kepada kesediaan anda berdua. Adakah anda berdua sudah bersedia mendapatkan zuriat? Dan adakah ini masa yang terbaik untuk mendapatkan anak? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada jawapan yang salah ataupun betul. Ini semua bergantung kepada pasangan sendiri. Hanya anda dan pasangan sahaja yang tahu masa yang sesuai. Jika anda baru berkahwin, mungkin pasangan anda mahu meluangkan masa bersama dengan anda dengan lebih lama. Apa-apa pun soalan ini harus dibincangkan untuk mengetahui kesediaan bersama. Ada pasangan yang mahu bertangguh dan ada juga yang tidak.

#2 Adakah kita bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa?

Dengan kehadiran anak, pastinya dinamik perhubungan anda dan pasangan akan mula berubah. Tetapi ini bukanlah sesuatu yang perlu anda risaukan, bahkan anda patut berasa teruja mengenainya.

Apa yang penting adalah kedua pasangan haruslah bersedia untuk memikul tanggungjawab bersama. Antaranya:

1) Menguruskan anak

Tanggungjawab menguruskan anak, memandikan, membasuh lampin adalah tanggungjawab bersama ya. Bukan hanya memberat ke sebelah pihak. Perkara ini harus dibincangkan bersama supaya anda lebih jelas dengan tanggungjawab masing-masing.

2) Pengurusan kewangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kewangan sangatlah penting apabila anda ingin meminang cahaya mata kerana sudah pasti, pengurusan anak memerlukan sejumlah kewangan yang besar. Anda bersama pasangan perlu perancangan kewangan yang rapi dan bajet yang mencukupi untuk menanggung kehadiran anak. 

3) Perubahan pada hubungan pasangan

Sudah pasti, hubungan anda akan sedikit sebanyak berubah kerana anak telah menjadi fokus utama. Ini adalah sesuatu yang anda perlu bincangkan dengan pasangan mengenai perubahan ini. Banyak perkara akan sedikit sebanyak mengubah cara anda sebagai pasangan. Ada pasangan yang mula bertengkar dan sebagainya. Tapi itu bukanlah sesuatu kemestian.

#3 Bagaimana kita nak mendidik anak sebagai ibu bapa?

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanyalah kepada sesiapa sahaja senang atau susah nak jaga serta didik anak ini. Kebanyakan pasangan ibu bapa pasti mengatakan bahawa ia bukannya mudah. Tetapi jika setiap pasangan mempunyai visinya yang tersendiri tentang bagaimana mereka nak mendidik anak mereka sebagai ayah serta ibu, ianya akan menjadi lebih mudah dan tidak sesukar seperti yang dijangkakan.

Apa yang penting anda berdua perlu mempunyai hala tuju yang sama dan mempunyai pandangan yang serupa tentang cara didikan anak.

#4 Macam mana atau siapa yang akan jaga anak?

Untuk soalan ini, anda kena fikirkan sedalam-dalamnya mengenai penjagaan anak. Adakah anda nak menghantar anak anda ke taska? Atau adakah anda nak beri pada pengasuh? Atau mungkin juga, anda mahu menghantar anak anda ke rumah ibu bapa anda? 

Memelihara anak menuntut banyak pengorbanan. Apa yang penting adalah anda berdua perlu sebulat suara mengenai perkara ini. Ada juga ibu atau bapa yang memilih untuk menjaga anak mereka sendiri manakala pasangannya pula pergi berkerja.

#5 Macam mana kalau kita susah dapat anak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Pexels

Soalan ini adalah soalan yang sensitif tetapi haruslah dibincangkan seawal yang mungkin. Mungkin setiap pasangan mempunyai jangkaan atau expectation mereka sendiri mengenai zuriat. Jadi, sebaiknya soalan ini haruslah dijawab untuk menenangkan hati pasangan. Jika susah nak dapat anak, bagaimana? Keduanya mestilah bersedia untuk mencuba jika keduanya ingin mendapatkan anak.

Jangan sesekali menyangkakan bahawa anda tahu hati pasangan anda. Yang penting, anda perlu tanya terlebih dahulu.

#6 Apakah impian kita selepas dapat anak?

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada orang suka keluarga besar, rumah besar. Ada juga yang menyukai anak yang tidak ramai tetapi meriah. Ini semua bergantung kepada pasangan masing-masing. Perbincangan mengenai soalan ini membantu anda berdua untuk memenuhi jangkaan masing-masing dan perlu perbincangan yang menyeluruh. Dan akhir sekali…

#7 Bolehkah kita bekerjasama untuk menjaga anak?

Apa yang penting? Kerjasama!

Kedua pasangan haruslah bersama-sama dalam membuat keputusan untuk setiap aspek yang melibatkan anak dan juga dalam urusan menguruskan anak. Jika tiada semangat berpasukan dalam setiap pasangan memang susah anda nanti. Ini kerana kalau ianya tidak adil, anda jugalah yang terkapai-kapai. Pastikan bahawa kehendak meminang cahaya mata ini adalah kehendak yang anda mahukan bersama. 

Sumber: Mother.ly

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: 5 Keistimewaan & Kelebihan Wanita Hamil, Beruntungnya Anda!

Penulis

Nina Osman