Tular sebuah video parodi yang dikongsi oleh influencer, Faiz Dickie yang menunjukkan tentang situasi yang sering berlaku apabila menerima kunjungan tetamu di musim raya nanti lebih-lebih lagi dengan kedatangan kanak-kanak nakal dan tidak mendengar kata ke rumah.
Faiz melakonkan aksi anak tetamu yang tidak mendengar kata ibunya yang memintanya bersalam dengan tuan rumah, melompat-lompat di atas sofa dan memukul kucing tuan rumah tetapi semuanya tidak diendahkan ibunya yang beranggapan ‘biasalah budak-budak’.
Setiap tahun pasti ada sahaja kes viral anak-anak nakal yang membuat hal di rumah orang semasa beraya. Ada yang pecahkan televisyen, pinggan mangkuk, gelas dan teko pecah, kehilangan barang dalam rumah, kerosakan harta benda, haiwan peliharaan dipukul dan pelbagai lagi.
View this post on Instagram
Jangan biar anak nakal ketika beraya
Tidak dinafikan memang seronok bawa anak pergi beraya ke rumah saudara-mara dan rakan taulan tetapi kadang kala sikap si kecil yang tak tahu duduk diam dan sibuk explore rumah orang membuatkan tuan rumah rasa tidak selesa.
Ditambah pula ibu bapa yang meminta tuan rumah memahami perangai anak mereka, ini sepatutnya tidak harus terjadi.
Ibu bapa sepatutnya mencari langkah terbaik mengatasi situasi ini dalam soal mendidik, menegur dan mengajar anak kecil terutamanya dalam mmebentuk sahsiah diri dan tingkah laku.
Sebelum hari raya menjelang tiba, ibu ayah boleh persiapkan dahulu moraliti anak-anak supaya berkelakuan baik jika beraya di rumah orang nanti.
Antara perkara yang boleh diberi perhatian oleh ibu ayah adalah seperti di bawah;
1. Larang anak melakukan perkara yang tidak sepatutnya
Tidak kiralah berapa usia anak anda, jangan biarkan si kecil itu melakukan apa yang dia biasa lakukan di rumah seperti melompat-lompat di atas sofa, berlari-lari di sekeliling rumah tanpa menghiraukan barangan kaca atau pasu yang tersusun, masuk ke dapur dan membuka peti ais, geledah bilik tanpa kebenaran atau membuka televisyen dan memilih siaran yang disukainya.
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak supaya perkara begini tidak akan berlaku. Berkunjung di rumah orang, bukan bermakna kita terlepas dari tanggungjawab sebagai ibu bapa.
2. Terima sahaja apa yang dihidang
Apa yang tuan rumah sediakan, terima dengan berlapang dada. Jika anak tidak menyukai makanan tersebut, pesan kepadanya selepas ini kita akan mencari makanan kesukaannya atau jika anak cerewet makan, kenyangkan dahulu perut mereka sebelum berkunjung ke rumah orang.
3. Menerima kesalahan
Ingatkan anak-anak apabila tuan rumah tegur, dengar dan jangan marah atau terasa. Tuan rumah biasanya dalam lingkungan umur seperti kita sendiri.
Jadi sudah tentu adab terhadap orang yang lebih tua dan adab dalam ziarah-menziarahi sangat berkait rapat. Anak-anak perlu diajar, dan didedahkan dengan perkara tersebut sejak di usia kecil.
Jangan pula menyebelahi di pihak anak sahaja. Sama ada dia salah atau tidak, jangan pernah lari dari tanggungjawab anda.
4. Bersiap lebih awal dengan perangai anak
Ibu bapa adalah individu yang paling rapat dengan anak. Kita kenal dan faham perangai sebenar anak-anak kita.
Oleh itu bersiap sedialah dari awal dengan memberikan nasihat dan kawal sentiasa pergerakan mereka sepanjang berada di sana. Jangan harapkan orang lain untuk mengawal anak kita.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Adab Di Meja Makan Sejak Bayi, Ini Sebabnya Menurut Pakar
Baca juga : Nak Beraya Dengan Anak, Kena Tahu Adab Bertamu Dulu! Jangan Sampai Tuan Rumah Tegur Anak Kita…
Baca juga : Didik Anak Adab Terima Duit Raya, Jangan Didik Anak Jadi Pengemis Kata Ustaz Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!