Mirza, Rifat atau Yurcel? 79 Pilihan Nama Anak Lelaki Moden Turki, 'Rare' Tapi Maksud Bagus!

Memilih nama anak merupakan salah satu perkara yang seronok untuk dilakukan. Malah nama yang dipilih bakal digunakan oleh anak sampai bila-bila, jadi kenalah cari yang sedap dan mudah disebut!

Ibu ayah sedang mencari nama anak lelaki moden?

Mencari nama anak memang mengujakan, tetapi kadangkala bila dah terlalu banyak pilihan tentunya ibu ayah pun pening hendak membuat keputusan akhir. Apatah lagi apabila memilih nama yang istimewa dan pastinya dengan maksud yang baik juga.

Kalau nak diikutkan, banyak adat di seluruh dunia mengamalkan pemilihan nama yang mempunyai makna baik kerana dipercayai dapat mempengaruhi sikap anak kelak. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya ia boleh memberi aura yang baik buat si anak.

Memilih Nama Anak Dari Negara Lain

Ada sesetengah ibu ayah berpendapat tidak perlu memilih nama anak dari nama tempatan, asalkan maksudnya baik. Malahan ada juga yang mahukan nama anak lain dari yang lain, serta tidak sama dengan kebanyakkan nama bayi lain.

Jadi pilihan terbaik untuk melakukannya adalah dengan survey nama yang digunakan di negara lain. Kami ingin membantu anda mendapatkan nama yang sesuai untuk si kecil, khususnya buat bayi lelaki dalam senarai kali ini.

Nama Bayi Lelaki Moden Dari Turki Berserta Maksud

Turki merupakan sebuah negara yang memiliki populasi rakyat beragama Islam sebanyak 98%! Pilihan nama di Turki juga menarik dan pastinya berbeza dari nama-nama di negara kita.

Kalau ibu ayah mahukan kelainan, jom tengok senarai nama anak lelaki moden yang diinspirasi dari negara Turki ini. Jom sediakan buku catatan dan pen, tulis yang mana berkenan di hati!

Huruf A – D
  • Abi, bermaksud saudara yang lebih tua
  • Abizard, bermaksud tambang emas
  • Acar, bermaksud cerah
  • Adli, bermaksud bijaksana, neutral
  • Adskhan, bermaksud pahlawan
  • Alv, bermaksud berani
  • Anka, bermaksud mukjizat
  • Ankarian, bermaksud mukjizat keteguhan serta kebijaksanaan
  • Aslan, bermaksud Singa
  • Aydin, bermaksud cerdas, pintar
  • Baris, bermaksud damai, tenang
  • Basir, bermaksud cerdas, berpikiran tajam
  • Cahil, bermaksud muda
  • Can, bermaksud dicintai
  • Coskun, bermaksud bersemangat
  • Deniz, bermaksud lautan
  • Derya, bermaksud samudera, lautan

Huruf E – H

  • Ekrem, bermaksud murah hati
  • Emin bermaksud jujur
  • Enver, bermaksud tampan; cerdas
  • Erdana, bermaksud baik
  • Erdem, bermaksud kebajikan
  • Eren, bermaksud orang yang suci
  • Erhan, bermaksud penuh dengan penghargaan
  • Erol, bermaksud gagah berani
  • Eser, bermaksud sukses
  • Evren, bermaksud alam semesta
  • Farhat, bermaksud kebahagiaan
  • Gohan, bermaksud Raja
  • Göker, bermaksud dari langit
  • Gökhan, bermaksud Raja
  • Gul, bermaksud Mawar
  • Gulbahar, bermaksud Mawar di musim semi
  • Hakan, bermaksud maharaja
  • Halil, bermaksud sahabat kesayangan
Abjad I – L
  1. Ihsan, bermaksud belas kasihan
  2. Ilhami, bermaksud inspirasi
  3. Ilker, bermaksud laki-laki pertama
  4. Iskender, bermaksud pembela umat manusia
  5. Ismet, bermaksud kehormatan
  6. Kahraman, bermaksud pahlawan
  7. Kara, bermaksud teman, kawan
  8. Kemal, bermaksud penghormatan tertinggi
  9. Kerem, bermaksud mulia; baik hati
  10. Khan, bermaksud pangeran (Khanh)
  11. Kiral, bermaksud raja; pemimpin agung
  12. Kudrat, bermaksud kuat, agung
  13. Latafat, bermaksud elegan
  14. Levent, bermaksud Singa

Huruf M – O

  • Mehmed, bermaksud sangat terpuji
  • Mesut, bermaksud bahagia
  • Metin, bermaksud kuat
  • Mirza, bermaksud anak yang baik
  • Murat, bermaksud harapan
  • Okan, bermaksud lautan
  • Omar, bermaksud penghormatan
  • Omer, bermaksud hidup
  • Onan, bermaksud makmur
  • Ottmar, bermaksud Maharaja Ottoman
  • Oz, bermaksud pendongeng
  • Ozgur, bermaksud bebas
  • Ozturk, bermaksud murni
Huruf P – S
  • Rifat, bermaksud superior, tertinggi
  • Sadhat, bermaksud adil
  • Savas, bermaksud pertempuran, peperangan
  • Sener, bermaksud pembawa kebahagiaan
  • Seref, bermaksud dihormati
  • Serkan, bermaksud keturunan bangsawan
  • Sevilen, bermaksud kekasih, yang tersayang
  • Soner, bermaksud lelaki terakhir
  • Suleiman, bermaksud perdamaian
Huruf  T – Z
 
  • Ufuk, bermaksud horizon, kaki langit
  • Umit, bermaksud harapan, asa
  • Uner, bermaksud terkenal
  • Yavuz, bermaksud kuat, teguh
  • Yunus, bermaksud bentuk lain dari Jonah
  • Yurcel, bermaksud sangat mulia, luhur
  • Zeheb, bermaksud emas
  • Zeki, bermaksud cerdas, pintar

Menariknya nama-nama ini, bolehlah ibu ayah pilih untuk hero kecil yang bakal lahir nanti. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat memilih ya!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia dengan keizinan.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comnama-bayi-turki

Penulis

Beto Rahman