Selain dari bagus dalam pelajaran, kita sebagai ibu bapa juga mahukan anak-anak kita untuk membesar jadi anak yang baik dan berakhlak mulia.
Jadi bagaimana cara mendidik anak dengan baik supaya mereka membesar jadi anak dan manusia yang baik, yang akan buat perkara yang betul walaupun tak ada orang lihat dan nilai mereka?
Cara mendidik anak dengan baik supaya mereka membesar jadi orang yang baik
1. Memupuk empati pada anak
Empati, kebolehan untuk merasa perasaan orang lain adalah ciri yang penting dalam diri seseorang yang baik.
Untuk memupuk empati dalam diri anak, galakkan mereka bercakap tentang emosi dan pastikan mereka tahu yang anda kisah dengan apa yang mereka rasa.
Jika mereka bergaduh dengan rakan (ataupun adik-beradik), minta mereka untuk bayangkan perasaan kawan mereka dan tunjuk cara macam mana untuk mengawal emosi dan berusaha menyelesaikan masalah secara positif.
2. Galakkan anak untuk menghargai kebaikan orang dan tak menjatuhkan orang lain
Galakkan anak bersikap positif seperti buat sesuatu untuk menggembirakan hari seseorang.
Pastikan juga anda beritahu mereka kesan negatif seperti membuli dan bagaimana ia boleh menyakitkan orang lain dan memberi kesan dalam kehidupan mereka.
3. Jangan beri mereka ganjaran untuk setiap perbuatan atau sikap yang baik
Penting untuk anda ingat, bila anda menggalakkan anak untuk menolong orang lain, jangan berikan mereka ganjaran untuk setiap perbuat baik yang mereka lakukan.
Dengan cara ini, anak tak akan mengaitkan apa-apa perbuatan baik yang mereka lakukan dengan ganjaran.
Tapi, jangan pula anda tak langsung berikan mereka ganjaran! Sekali-sekala, tak salah anda bawa mereka keluar atau belikan mereka hadiah kerana menolong orang atau selepas belajar dengan bersungguh-sungguh.
Anak-anak sukakan galakan dan persetujuan dari ibu bapa.
4. Ajar mereka adab yang baik
Adakah anak mengamalkan asas adab yang baik seperti cakap “Terima kasih” atau “Tolong”? Adakah dia bercakap dengan sopan dan memanggil orang lain dengan panggilan yang baik?
Ingat, anda membesarkan anak yang akan berinteraksi dengan orang lain sepanjang hidup mereka. Jadi, anda harus menjadi contoh yang penting untuk membentuk adab dan akhlak anak anda.
5. Layan anak dengan kebaikan dan rasa hormat
Cara mendidik anak dengan baik adalah dengan melayan mereka dengan rasa hormat kerana cara anda akan mempengaruhi perbuatan dan percakapan mereka dengan orang lain.
6. Jangan malu bila mendisiplinkan anak anda
Ibu bapa yang tak meletakkan bantasan atau tak tegas ketika memperbetulkan sikap tak baik akan membahayakan anak sendiri tanpa niat. Kanak-kanak yang tak ada disiplin tak disenangi, pentingkan diri sendiri dan mengejutkan, mereka tak gembira.
Kanak-kanak yang diberi peraturan dan batasan yang jelas lebih bertanggungjawab, pandai membuat keputusan yang baik dan berkemungkinan suka untuk berkawan dan lebih bahagia.
7. Beri anak anda tanggungjawab di rumah
Bila anak-anak diberikan tugasan yang mereka perlu selesaikan (mengikut kesesuaian umur) seperti membersihkan meja selepas makan atau menyapu lantai, mereka akan membentuk sikap bertanggungjawab.
Membuat kerja dengan baik boleh buat anak anda rasa bangga dengan diri mereka dan boleh membantu mereka menjadi lebih gembira.
Semoga dengan cara-cara ini kita dapat mendidik anak kita untuk menjadi manusia yang baik dan akan dihormati kelak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Verywell Family
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-agresif
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!