15 Nama Bayi Perempuan Yang Disebut Dalam Al-Quran, Maksudnya Cukup Indah & Islamik!

lead image

Ini 15 nama bayi dalam Alquran yang memiliki sifat terpuji, baik, ikhlas dan penyayang. Apa kata anda guna nama ini semasa mencari idea nama anak.

Semasa memilih nama anak, tentunya ibu ayah mahukan ia mengikut nama-nama bayi dalam AlQuran yang dapat memberi maksud yang indah dan terbaik. Malah, dengan nama tersebut juga, ia menyimpan seribu harapan supaya tingkah laku anak bila besar seiring dengan nama yang diberikan. 

Berikut ini kami ada 15 senarai nama bayi dalam alquran yang popular dan masih digunakan oleh ibu ayah dalam pemberian nama anak. Jom kita tengok dalam senarai ini. 

15 nama bayi dalam AlQuran 

#1. Nama bayi dalam alquran – Maisara 

nama bayi dalam alquran , nama bayi, nama anak, nama bayi perempuan, nama dalam alquran, nama dan maksud, nama bayi comel, nama nama indah, nama indah dalam islam

Kredit: Redbook

Nama Maisara muncul dalam surah Al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud kemudahan, ketenangan, kekuatan dan kesabaran dalam menjalani kehidupan di dunia. 

#2. Nama bayi dalam alquran – Kamila 

Kamila muncul dalam surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermakna lengkap, sempurna atau tanpa kekurangan. Ejaan Kamila juga sering tulis dengan nama Kamilah. 

Dengan nama ini diharap si kecil berperilaku sempurna seiring dengan nama indah yang diberikan ini.

#3. Nama bayi dalam alquran – Khalisa 

Nama Khalisa membawa erti suci, murni dan mulia. Nama ini muncul dalam Al-Quran di surah Al-Araf ayat 32. Dalam ayat tersebut diungkapkan tentang haram perbuatan keji atau perilaku yang tersembunyi, perbuatan dosa dan melanggar hak asasi manusia tanpa alasan yang benar. 

Jika si kecil diberi nama ini, diharap kelak bila dewasa dia dapat bersikap tulus, baik dan tidak mempunyai hasad dengki dengan orang sekelilingnya. 

#4. Laila 

Nama Laila ini secocok diberikan pada bayi yang dilahirkan pada waktu malam dan sangat popular diberikan kepada anak perempuan. 

Laila ini memiliki maksud kegelapan yang indah seperti di waktu malam dan nama ini juga muncul dalam Surah Ad-Dukhan ayat 3. 

Berharap si kecil yang menggalas nama ini menjadi anak solehah, baik hati dan cerdas mindanya. 

#5. Naadhira

Naadhira atau Nadira memiliki makna yang sangat baik iaitu merasa bahagia dan membuat orang sekelilingnya berbahagia. 

Nama indah ini didapati dalam surah Al-Qiyamah ayat 22 yang bermaksud berseri-seri. Anak dengan nama ini diharap membesar dengan perbuatan yang baik, tidak sombong dan peramah.

#6. Shalihah 

Perkataan Shalihah muncul dalam Al-Quran menerusi surah Al-Baqarah ayat 277 yang sangat sesuai untuk buah hati ibu ayah. 

#7. Sabira 

Nama Sabira memiliki maksud yang sangat baik dan muncul dalam surah Al-Anfal ayat 66 yang bermaksud kesabaran. Dalam ayat tersebut turut dijelaskan bahawa sabar adalah salah satu kunci untuk menghadapi masalah. 

Di harap si kecil membesar menjadi seorang yang penuh dengan sifat kesabaran dan tidak mudah marah. 

#8. Afida 

Kredit: Trendy tots baby boutique.com

Nama ini muncul dalam surah An-Nahl ayat 78 dan memperincikan bahawa bayi dilahirkan dalam keadaan suci tanpa mengetahui apapun.  Afida juga bermaksud mempunyai hati nurani dengan harapan anak dengan nama ini selalu berbuat baik kepada semua orang. 

#9. Hilya 

Nama Hilya muncul dalam Al-Quran menerusi surah An-Nahl ayat 14 yang bermaksud perhiasan bahkan ia sangat secocok dengan bayi perempuan. 

#10. Nuha 

Nuha memiliki maksud yang sangat baik iaitu pemikiran, kecerdasan dan kemampuan berfikir. 

Dalam Al-quran, Nuha muncul dua kali iaitu dalam surah  Thaha ayat 54 dan 128. Dalam ayat tersebut disebut manusia diciptakan memiliki akal dan fikiran. 

Diharap anak dengan nama ini menjadi doa dan harapan supaya si kecil berkembang dengan cerdas untuk kebaikan. 

#11. Marzia 

Marzia bermaksud diredhai dan ikhlas yang muncul dalam surat Al-Fajr ayat 28. 

#12. Aghnia 

Nama ini boleh didapati dalam surah Al-Baqarah ayat 273 yang bermaksud kaya. Malah dalam ayat tersebut turut menjelaskan kaya melalui tindakan terpuji seperti bersedekah.

Dengan memberi nama ini diharap si kecil memilih sifat rajin bersedekah bila dewasa kelak. 

#13. Rahma 

Rahma memiliki maksud kasih sayang dengan harapan si kecil memiliki sifat penyayang dan selalu berbuat baik.

Nama ini ditemui dalam surah Yunus ayat 57. 

#14. Jannah 

Jannah ini bermaksud Syurga yang muncul dalam Al-Quran di surah Ar-Rad ayat 35. Dengan pemberian nama ini ibu ayah tentunya berharap anak sentiasa mengingati syurga dan mencerminkan perilaku yang baik serta terpuji. 

#15. Zahra 

Kredit: Women’s Day

Nama ini didapati melalui surah Thaha ayat 131 yang membawa erti bunga. Ada ketikanya, ibu bapa memberi ejaan seperti Zahrah yang memiliki maksud keindahan dan berasal dari nama bayi perempuan dalam bahasa arab. 

Dengan pemberian nama ini besarlah harapan ibu bapa agar anak itu membesar cantik seperti sekuntum bunga dan selalu tersenyum kepada sesiapa sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Pop Mama, theAsianparent Indonesia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comnama-nama-indah-dalam-islam/