10 Nama Bayi Bertemakan Bulan Ramadan - Indah Sekali!

Untungnya bila bersalin di bulan Ramadan, mesti ibu dan ayah rasa bangga dikurniakan zuriat di bulan yang penuh kemuliaan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah nama bayi lahir bulan Ramadan yang anda letak pada anak? Biasanya kita selalu dengar nama Aidil, Fitri, Ramadan. Ha… kali ini kami tambah lagi senarai itu jika ada yang bersalin di bulan Ramadan yang penuh barakah ini. 

Melahirkan bayi di bulan Ramadan pasti membuatkan ibu bapa rasa syukur dengan nikmat kurniaan ini. Apatah lagi melahirkan di bulan yang suci, pastinya nama bayi ini ada kena mengena dengan bulan puasa, kan?

Ini supaya ia menjadi ingatan buat keluarga apabila anak meningkat dewasa. 

Jom lihat banyak lagi contoh-contoh nama bayi ini yang boleh dijadikan panduan di masa mendatang. 

10 nama bayi lahir bulan Ramadan 

Kredit: Unsplash

1. Fitri 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama yang paling popular adalah Fitri yang bermaksud semula jadi. Sesuai sekali untuk anak lelaki! Tapi kalau anak perempuan pula, boleh namakan sebagai Fitriyah yang membawa maksud fitrah kemanusian.

2. Ramadan/ Ramadhan

Tidak terkecuali menjadi pilihan ibu bapa dalam memilih nama bayi lahir bulan Ramadan, pastinya nama Ramadan/Ramadhan.

Ia akan jadi pilihan pertama. Nama Ramadhan ini bermaksud bulan kesembilan dalam kalendar Islam iaitu bulan umat Islam menunaikan kewajipan berpuasa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Ramadhina 

Sedapkan bila sebut nama bayi lahir bulan Ramadan ini dengan panggilan Ramadhina? Ia bererti penuh dengan rahmat.

Sesuai sangat kerana bulan Ramadan merupakan bulan keberkatan dan barakah. 

4. Qadr/Qadar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama bayi yang seterusnya ialah nama Qadr atau Qadar.

Dalam bulan Ramadan terdapat satu malam kemuliaan dari 1000 bulan yang dipanggil Malam Lailatul Qadr. Pada malam itu, ia sangat istimewa kerana setiap doa akan dipanjatkan, mendapat seribu kemuliaan dan ganjaran besar. 

5. Isra 

Molek kiranya anda letak nama anak lahir bulan Ramadan, Isra. Dalam bahasa Arab, ia bermaksud perjalanan malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini di mana kita memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW melakukan Isra Mi’raj. Perjalanan malam ke langit untuk menerima perintah solat 5 waktu dari Allah SWT. 

6. Aiza 

Sedapnya nama Aiza ini yang membawa maksud perkasa, dihormati dan mulia. Perkataan ini boleh didapati dalam surah Al-Maidah ayat 54. 

7. Hilya 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama Hilya terdapat dalam surah An Nahl ayat 14 yang menerangkan Allah SWT telah menundukkan lautan hingga kita boleh ambil ikan dan perhiasan dari dalamnya. 

Bahkan Hilya juga bererti perhiasan yang sesuai diberi nama bayi lahir bulan Ramadan ini terutamanya bayi perempuan. 

8. Mafaza 

Kredit: Unsplash

Terdapar dalam surah Ali Imran ayat 188 dan Az Zumar ayat 61. Ia bermaksud kejayaan besar. 

9. Najma 

Najma dalam bahasa Arab bermaksud bintang. Ia sesuai untuk menjadi pilihan nama bayi lahir bulan Ramadan yang penuh dengan bintang. 

10. Marzia 

Marzia boleh dijumpai dalam Surah Al-Fajr ayat 28. Ia bermaksud orang yang diredhai Allah dan puas dengan apa yang dimiliki. 

Mesti ibu-ibu tak sabar kan nak sambut bayi baru nanti? Semoga artikel ini bermanfaat!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Baca juga: 11 nama bayi lelaki inspirasi dari nama nabi, khalifah dan sasterawan Islam