Pilihan Nama Klasik Perempuan & Lelaki Melayu Yang Unik & Indah, Sesuai Untuk Si Kecil Anda!

Nama klasik perempuan semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa zaman kini. Perkataannya yang ringkas miliki maksud baik dalam Islam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun kita sudah berada dalam zaman yang serba moden, seakan menjadi trend nama klasik perempuan menjadi pilihan untuk bayi baru lahir. Bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, bolehlah anda semak beberapa senarai nama yang menarik ini!

Walaupun hidup di zaman moden, nama klasik tetap menjadi pilihan ibu bapa kerana sebutannya yang unik dan ringkas terutama nama klasik perempuan.

Nama klasik perempuan Islam yang unik dan jarang ibu ayah guna

Nama melayu klasik perempuan ini bukan saja kedengaran lembut saja di telinga, malah ia menunjukkan nilai kewanitaan.

Ada beberapa nama klasik perempuan yang boleh digunakan bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata perempuan tahun ini!

Orang Melayu dulu-dulu kalau anak perempuan ni, memang suka sangat bagi nama ‘girlish’ macam nama bunga-bungaan.

Sebenarnya generasi sekarang pun dah mula suka nak kembali ke zaman nenek moyang. Jom kita semak beberapa idea nama bunga klasik:

  1. Bunga
  2. Melati
  3. Melur
  4. Kenanga
  5. Nama bunga klasik: Seroja
  6. Puspawangi
  7. Kuntum
  8. Azalea (Bunga Azalea)
  9. Camellia (Bunga Kamelia)
  10. Dahlia (Bunga Dahlia)
  11. Nama nama bunga melayu: Mawar (Bunga Mawar)
  12. Iris (Bunga Iris)
  13. Jasmine (Bunga Melati)
  14. Lily (Bunga Lili)
  15. Orked (Bunga Anggrik)
  16. Rose (Bunga Mawar)
  17. Widuri (Bunga Widuri)
  18. Nama nama bunga melayu: Cempaka (Bunga Cempaka)
  19. Alyssa (Bunga pokok Alicia)
  20. Amaryllis (Bunga Amarilis)
  21. Wardah = Mawar (Arab)
  22. Wardiya = Mawar (Arab)
  23. Azarin = Bunga-bunga yang berseri (Arab)
  24. Ayana = Bunga yang cantik (Afrika)
  25. Saharah = Bunga (Afrika)
  26. Mika = Bunga yang cantik (Jepun)
  27. Hana = Bunga mekar (Jepun)
  28. Jazlyn = Bunga (Amerika)
  29. Fahara = Bunga Melur (Arab)
  30. Zehra = Bunga (Mesir)
  31. Nama bunga untuk anak: Zara = Bunga berkembang (Parsi)
  32. Leia = Bunga syurga (Hawaii)
  33. Rozana = Mawar yang lembut (Hebrew)
  34. Roza = Lily (Hungary)
  35. Lianna = Teratai yang lembut (Mandarin)
  36. Akhtar = Bunga (Parsi)
  37. Mariam = Bunga (Parsi)
  38. Nasreen = Mawar liar (Parsi)
  39. Nama bunga untuk anak: Nilofar = Bunga teratai (Parsi)
  40. Reyhan = Bunga (Parsi)
  41. Suri = Mawar merah (Parsi)
  42. Rosa = Mawar (Portugis)
  43. Naleen = Teratai (Sanskrit)
  44. Linna = Bunga biru kecil (Scandinivia)
  45. Janna = Taman (Arab)
  46. Izdihar = Berbunga (Arab)
  47. Naurah = Bunga (Arab)
  48. Rihanna = Bunga Kemangi (Arab)
  49. Zuhayra = Bunga kecil (Arab)
  50. Adalia = Dahlia (Arab)

Nama klasik melayu perempuan dari buah atau pokok

Untuk kelainan, ibu ayah juga boleh mempertimbangkan beberapa nama klasik melayu yang diambil dari buah dan pokok seperti:

  1. Delima
  2. Zaitun
  3. Ara
  4. Widuri (Sejenis tumbuhan nama saintifik: Calotropis gigantea)
  5. Cendana (Sejenis pokok keluarga Santalaceae yang kayunya berbau harum)

Nama melayu klasik berunsurkan tumbuhan yang jarang digunakan

Nama melayu klasik berunsurkan tumbuhan yang cantik didengar namun jarang digunakan sebagai nama:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kantan
  2. Halia
  3. Manggis
  4. Kesum
  5. Akasia
  6. Cengkih

Nama klasik dengan unsur alam

Ada beberapa nama klasik berunsurkan alam yang sesuai untuk si kecil anda:

  1.  Embun
  2. Suria (Matahari)
  3. Bulan
  4. Permata
  5. Mutiara
  6. Intan
  7. Kartika (Bintang)
  8. Ratna (Permata cantik)

Pilihan nama orang melayu zaman dahulu

Jika anda tidak berani untuk meletakkan nama yang jarang digunakan, beberapa nama orang Melayu zaman dahulu di bawah ini sering menjadi pilihan kebanyakan orang.

  1. Cantik/Chantiq
  2. Anggun
  3. Cinta/Chenta/Chinta
  4. Kasih/Qaseh
  5. Ayu
  6. Indah
  7. Kirana (Cantik)
  8. Juwita (Cantik)
  9. Seri
  10. Dinda (nama panggilan manja buat perempuan)
  11. Dayang (Gelaran perempuan)
  12. Dewi
  13. Srikandi (pahlawan wanita)
  14. Putih/Puteh
  15. Manja
  16. Wangi
  17. Ratu
  18. Warna
  19. Asmara (Cinta)
  20. Jelita

Senarai nama klasik lelaki

  1. Arjuna (lelaki)
  2. Jebat
  3. Tuah
  4. Andika (Pangkat tinggi)
  5. Bayu
  6. Budi
  7. Purnama (Bulan)
  8. Setiawan
  9. Panji (Tentera)
  10. Nama melayu klasik lelaki: Armada (Tentera)
  11. Kacak
  12. Wira
  13. Adiwarna (amat bagus/indah)
  14. Pekan
  15. Sulong/Long
  16. Awang
  17. Mat

Gabungan nama bayi klasik vintage

  1. Adela memiliki erti bangsawan
  2. Amelia bermaksud pekerja keras
  3. Anita memiliki erti anugerah
  4. Anna bermaksud ramah
  5. Arabella bermaksud cantik
  6. Audrey bermakna kekuatan mulia
  7. Aurelia memiliki erti emas
  8. Belinda bermaksud sungai yang indah
  9. Callie memiliki erti cantik
  10. Catherine memiliki arti murni
  11. Clara memiliki erti tenang dan jernih
  12. Dahlia bermaksud cantik
  13. Daisy bermaksud sangat manis
  14. Delia bermaksud bangsawan
  15. Delilah bermaksud kegembiraan
  16. Diana bermaksud surgawi
  17. Dolly bermaksud hadiah dari Tuhan
  18. Effie bermaksud kata-kata keberuntungan
  19. Elaina bermaksud cahaya yang bersinar
  20. Eleanora bermaksud cahaya yang bersinar
  21. Ella bermakna dewi
  22. Felicia memiliki erti beruntung
  23. Flora bermaksud bunga
  24. Florence memiliki arti berkembang dan sejahtera
  25. Gloria memiliki arti kemuliaan
  26. Grace memiliki arti yang baik hati
  27. Helena memiliki arti sinar matahari
  28. Hilda memiliki arti pertempuran
  29. Inez memiliki arti suci
  30. Irene memiliki arti damai
  31. Ivy memiliki arti tanaman ivy
  32. Margaret memiliki arti mutiara
  33. Nadia memiliki arti harapan
  34. Nancy memiliki arti rahmat
  35. Naomi memiliki arti yang menyenangkan.

Panduan memberi nama pada anak mengikut Islam

Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan diri seseorang itu daripada orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan nama juga seseorang itu boleh dikenali agamanya, sama ada Islam ataupun bukan.  Disebabkan itu, nama merupakan antara perkara yang terawal sekali diberi perhatian untuk anak yang baru lahir.

Sejak anak masih dalam kandungan lagi para ibubapa sudah mencari dan merancang dengan teliti nama yang akan diberikan kepada anak mereka yang akan lahir.

Trend namakan anak dengan nama panjang perlu dipertimbangkan

Trend menamakan anak dengan nama-nama yang panjang lagi susah disebut eloklah difikirkan. Sebutan yang salah akan menukar makna nama tersebut kepada makna yang lain pula. 

Fikirkan juga cabaran anak itu untuk mengingat namanya sendiri jika terlalu panjang,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sunat diberikan nama kepada anak pada hari ketujuh ataupun pada hari kelahirannya berdasarkan hadits-hadits yang sahih dan harus menamakan anak sebelum atau selepas hari ketujuh.

Sunat juga menamakan anak dengan nama yang baik.

Menurut pendakwah bebas, Syed Shahridzan Syed Mohamed, tidak digalakkan memberi nama yang kurang elok kepada anak, antaranya nama yang tidak jelas atau samar maknanya seperti nama yang tidak bertepatan dengan kaedah dan semantik bahasa Arab.

Perlu diingat, tidak digalakkan memberi nama yang berunsur penyamaan kepada golongan bukan Islam kerana dikuatiri termasuk dalam salah laku menyerupai amalan kuffar, apatah lagi nama-nama yang jelas bertentangan dengan akidah.

Selain dari faktor hukum syarak, nama yang tidak baik atau kurang elok akan memberi impak negatif terhadap kehidupan sosial si anak apabila dewasa nanti.

Contohnya, akan diejek oleh rakan-rakan sekolah dan dirasakan pelik oleh masyarakat sekeliling, malah sebahagiannya menjadikan ia sebagai bahan lawak jenaka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit gambar: @denialmuslim

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 50 nama-nama indah dalam Islam yang patut diberi pada anak (lelaki & perempuan)

Baca juga: 1250 Nama Bayi Lelaki Lengkap Dengan Maksud Nama Dalam Islam, Boleh Jadi Panduan Buat Anda!

Baca juga: “Hana, Inaya & Nada”-Antara 50 Nama Bayi Perempuan Modern Dengan Maksud Baik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar