Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Tidak kisah nama panjang atau pendek, semua ibu dan ayah mahukan anak dinamakan dengan maksud yang baik. Hal ini kerana ia juga suatu doa kepada zuriat selain mempengaruhi keperibadian anak yang bakal lahir.
Bagaimanapun, tular sebelum ini di Facebook seorang kanak-kanak perempuan yang mengadu mengeluh menulis namanya ketika di sekolah. Keluhan kanak-kanak tersebut dikongsikan oleh ibunya, Wan Aziela serta mendapat maklum balas yang pelbagai daripada ibu-ibu yang lain.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Anak lenguh tulis nama panjang, minta dilahirkan semula
- Netizen cerita pengalaman nama anak
Anak lenguh tulis nama panjang, minta dilahirkan semula
Berdasarkan hantaran tersebut, wanita itu berkongsi dialog perbualan bersama anaknya yang dipanggil Bebey sewaktu pulang dari sekolah.
Balik sekolah tadi Bebey tanya soalan:
Bebey: Ibu boleh tak Bebey nak lahir semula??
Ibu: haa kenapa pula?
Bebey: Kat sekolah tadi cikgu suruh tulis nama penuh kamu. Bebey tulis lah Nur Raisha Izz Zara.
Ibu: Wah hebatnya Bebey tulis nama penuh. Tapi kenapa pula Bebey nak lahir semula??
Bebey: Yelah nanti bila ibu dah lahirkan Bebey semula, ibu letak je nama Bebey Zara kan. Ada 4 huruf je tak ada lah lenguh tangan Bebey nak tulis panjang-panjang. Kan simple je tu cepat siap tulis.
Netizen cerita pengalaman nama panjang anak
Hantaran ibu tersebut turut menerima reaksi yang pelbagai malah, ada yang berkongsi pengalaman berhubung nama anak masing-masing. Antara komen yang dapat dilihat pada perkongsian ibu tersebut ialah:
“Suami saya masa isi borang untuk anak nak masuk sekolah dulu mengeluh dia tulis nama anak panjang-panjang. Kita sound setepek, ‘tulah siapa suruh letak nama anak panjang-panjang, sendiri buat nama anak, sendiri yg mengeluh’.
”Anak no 1 dan 2 dia yang buat nama. Anak no 3 dan 4 saya yang buat nama. (1) Beatrrish Gadding Pearl, (2) Balqissh Jampo Miraccle, (3) Bryan Dilang dan (4) Brynadine Belle”.
“Memang anak yang nama panjang, dia akan tulis nama pendek saja. Satu perkataan saja. Dia malas nak tulis, kalau tanya nama apa, dia tak sebut pun Muhamad. Dia sebut nama belakang saja, nak sebut pun malas. Nama anak-anak saya dua perkataan saja tapi bila dah skolah, kena isi macam-macam borang, mak rasa menyesal bagi nama panjang”.
“Betul sangat, lagi sedih bila namanya lima patah perkataan, cikgu panggil berpuluh-puluh kali tak ada yang menjawab. Ingatkan tak hadir. Cikgu kena check tag nama seorang-seorang. Ada saja rupanya, duduk depan sekali pula tu. Bila tanya kenapa tak menjawab cikgu panggil nama tadi? Dia jawab, ‘nama saya Ica’. Ramai murid-murid yg tak tahu nama penuh sendiri sekarang, kena alert ya ibu-ibu”.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Lebih Utamakan Cucu Pertama, Adik Bongsu Tak Senang Hati & Menangis Cemburu
Baca juga: Gara-Gara Tidur Siang, Ibu Layankan Saja Anak Bersiap Pergi Sekolah Tengah Malam
Baca juga: Menakjubkan! Bayi Berusia 5 Bulan Sudah Boleh Makan & Kunyah Makanan Pejal
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!