Ibu bapa zaman sekarang mungkin suka meletakkan nama pelik atau nama yang kedengaran unik untuk anak-anak mereka. Tapi, pernahkan anda terfikir kesan nama pelik pada anak ini?
Mereka mungkin boleh diejek, dihina atau dimalukan di khalayak ramai! Contohnya seperti kes kanak-kanak yang berlaku di Amerika Syarikat ini.
Kanak-kanak ini diberi nama “Abcde” dan telah diejek oleh pekerja kakitangan syarikat penerbangan ketika dia ingin naik kapal terbang!
Nama pelik anak diejek depan khalayak ramai
Semuanya berlaku ketika ibu dan kanak-kanak ini sedang ingin menaiki kapal terbang domestik.
Traci Redford, ibu tersebut telah menfailkan saman pada syarikat penerbangan Southwest Airlines apabila salah seorang pekerja mereka berkelakuan tidak profesional.
Apa tidaknya, pekerja itu dikatakan sengaja mengejek, menghina dan menggelakkan nama kanak-kanak berusia 5 tahun itu di hadapan orang ramai.
Apa yang lebih mengejutkan, pekerja tersebut juga memuat naik gambar boarding pass kanak-kanak tersebut ke media sosial!
Traci mendedahkan kepada stesen TV tempatan, dialah yang menamakan anaknya dengan nama pelik tersebut. Sebenarnya, cara untuk menyebut nama itu adalah “ab-si-dee”.
Berikut antara penjelasan Traci berhubung kejadian yang berlaku gara-gara nama pelik anaknya tersebut:
“Kami ingin menaikkan kapal terbang sebelum salah seorang pekerja di pintu tersebut nampak nama “Abcde” anak saya. Dia kemudiannya tergelak-gelak, menunjuk-nunjuk dan bersembang dengan rakannya sambil menunjukkan ke arah saya dan anak. Kami boleh dengar segala jenaka yang dia buat atas nama anak saya. Kemudian, dia ambil gambar boarding pass kami. Saya hanya sedar tentang perkara itu apabila ada orang yang menunjukkan post di Facebook tersebut.”
Pihak Southwest Airline memohon maaf atas insiden nama pelik anak diejek tersebut
Pihak penerbangan Southwest Airline akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada ibu ini dengan mengatakan perbuatan pekerja mereka itu adalah salah, tidak menunjukkan hormat, dan bukanlah kebanggaan mereka.
Jurucakap syarikat penerbangan itu juga mengatakan mereka sedang menyiasat kes tersebut dan sudah berbincang dengan tertuduh.
Adakah nama luar biasa menjadi satu trend?
Jika anda rasa nama ‘Abcde’ adalah nama yang pelik, jangan terkejut dengan fakta ini! Menurut Vocativ, hampir 328 kanak-kanak di Amerika Syarikat telah diberi dengan nama itu.
Masih terdapat pelbagai nama pelik lagi yang sengaja diberikan kepada anak-anak. Mari kita lihat antara nama-nama pelik di Malaysia:
Ini apa yang patut anda pertimbangkan sebelum beri nama bukan-bukan pada anak
Ibu ayah semua, sebelum anda memberi sebarang nama atau gabungan nama pada anak, sila fikirkan perkara ini: Adakah nama tersebut berpotensi mendatangkan ejekan pada anak anda?
Kebanyakan anak-anak dengan nama yang pelik akan menjadi mangsa buli. Mereka juga mungkin akan digelakkan.
Adakah anda mahu anak-anak anda diejek dan digelak sepanjang hidup mereka? Adakah mereka akan menghadapi kesukaran akibat nama tersebut?
Pengajaran dari kisah ini…
Daripada perspektif orang awam, tingkah laku pekerja syarikat penerbangan itu adalah amat tidak profesional dan tak sepatutnya berlaku.
Menggelakkan kanak-kanak (ataupun orang lain) adalah perbuatan yang tidak sopan dan boleh menjatuhkan reputasi syarikat!
Sebagai ibu bapa, ayuh kita ajar anak untuk tidak memberi komen negatif atau menghina orang lain. Malah, kita juga bertanggungjawab untuk memberi nama yang elok pada anak-anak.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah
Baca juga: 17 Nama Anak DiRaja Yang Bakal Popular 2019 Kelak, Mana Tahu Ada Berkenan!
Baca juga: 42 Nama Anak Ini Popular Di Malaysia, Namun DIHARAMKAN Di Luar Negara!
Baca juga: Pilihan 100 Nama Bayi Lelaki Huruf N Yang Ada Nilai Keislaman & Terpuji