Nasi goreng cina antara makanan yang sesuai untuk dimasak seisi keluarga kerana rasanya yang tidak pedas jadi ia sesuai untuk semua peringkat umur dari anak hinggalah dewasa.
Tapi kadang kala, walaupun kita sudah masak dan rasa okay, tetap tidak boleh menandingi rasa di kedai terutama kedai yang memang kepakarannya memasak makanan yang begitu.
Mesti ada bahan rahsia yang digunakan hingga ia menimbulkan rasa yang unik dan berjaya menambat selera pelanggan. Jadi kali ini kami kongsikan rahsia masak nasi goreng cina dari Har Ryea. Mungkin ada daripada anda yang tidak pernah lagi masukkan bahan ini ke dalam masakan anda.
Nasi goreng cina jadi sedap dengan bahan rahsia ini
Mungkin selama ini anda tidak tahu, minyak bijan antara bahan yang penting bagi menimbulkan rasa nasi goreng cina yang asli sama seperti rasa di kedai China Muslim yang kita biasa makan.
Jom cuba resepi ini.
Bahan-bahannya:
- Nasi – 5-6 senduk
- Bawang putih – 5 ulas besar (ketuk dan cincang halus)
- Serbuk Maggi Cukup Rasa – 2 hingga 3 sudu besar
- Minyak bijan – 1 hingga 2 sudu besar
- Udang hidup
- Telur – 4 hingga 5 biji
- Sayur campur – 1 mangkuk
Cara memasak:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan garing sedikit
- Masykkan udang dan biarkan masak seketika
- Ketepikan udang dan masukkan telur. Kecilkan sedikit api supaya telur masak elok kemudian pecah-pecahkan telur berkenaan
- Taburkan Maggi Cukup Rasa dan kacau seketika
- Masukkan minyak bijan dan kacau lagi
- Rasa dan tambah serbuk cukup rasa atau minyak bijan ikut citarasa masing-masing
- Sedia untuk dihidangkan!
Khasiat minyak bijan yang ramai tak tahu
Agaknya apa kelebihan minyak bijan, selain menyedapkan makanan, adakah ia berkhasiat? Tahukah, minyak bijan merupakan antara makanan sihat yang telah terbukti mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dan miliki pelbagai manfaat untuk kecantikan.
Minyak bijan merupakan hasil yang diperoleh dari proses menekan biji bijan. Ia diketahui mengandungi paras antioksidan yang tinggi, kaya dengan vitamin dan pelbagai khasiat.
#1. Menstabilkan tekanan darah
Minyak bijan mempunyai kesan penurunan tekanan darah dan natrium dalam darah. Kajian Yale Journal of Biology and Medicine menunjukkan seorang pesakit darah tinggi telah diminta untuk mengamalkan minyak bijan selama 45 hari, tekanan darah mereka berjaya kembali ke bacaan normal. Ini kerana, minyak bijan bertindak sebagai agen diuretik yang menyingkirkan natrium dalam badan.
#2. Berkhasiat untuk kulit
Kandungan antioksidan dalam minyak bijan memberi manfaat kepada kulit dengan membantu meningkatkan kesan vitamin E dan antioksidan yang lain.
Kajian ringkas yang dijalankan menunjukan individu yang menggunakan minyak bijan telah mengalami penurunan dalam jangkitan kulit dan peningkatan kesakitan sendi. Ini merupakan kesan dari antibakteria dan anti-inflamasi yang terdapat dalam minyak bijan.
#3. Lambatkan proses penuaan
Minyak bijan mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini bertarung dengan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan dalam badan. Selain itu ia juga menggalakkan kulit yang sihat dan cantik.
Biji bijan penuh dengan zink, iaitu mineral penting untuk menghasilkan kolagen dan memberikan keanjalan kulit. Zink juga membantu untuk memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan.
#4. Baik untuk hati
Penyelidikan menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan lemak tak tıpu adalah baik untuk kesihatan jantung. Minyak bijan terdiri daripada 82% asid lemak tak tepu. Ia kaya dengan asid lemak omega-6. Ia kaya dengan asid lemak omega-6.
Asid lemak Omega-6 adalah sejenis lemak tak tepu yang penting untuk diet dan memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit jantung. Penyelidikan pada tikus menunjukkan bahawa minyak bijan boleh membantu mencegah penyakit jantung dan juga melambatkan perkembangan plak di arteri anda.
#5. Melindungi daripada sinaran UV
Kajian menunjukkan bahawa minyak bijan boleh melindungi daripada kerosakan sinar UV, yang boleh membahayakan kulit anda. Kesan ini mungkin disebabkan oleh kandungan antioksidan yang tinggi. Beberapa sumber menyatakan bahawa minyak bijan boleh menjadi pelindung matahari semula jadi yang baik dan mempunyai SPF semula jadi.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Kredit foto: har ryea
Baca juga: 15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!
Baca juga: Tekstur Makanan Bantu Anak Bercakap, Sebab Itu Penyediannya Perlu Ikut Step!
Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!