Banyak khabar angin di media sosial mengatakan Neelofa hamil setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, PU Riz atau Haris Ismail.
Kenyataan media hari ini yang dikeluarkan oleh suaminya, akhirnya mengesahkan bahawa Neelofa telahpun selamat melahirkan anak sulung lelaki pada Sabtu lalu. Cahaya mata pertama mereka ini diberikan nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.
“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” PU Riz dalam satu kenyataan di media sosial.
Neelofa hamil hamil anak sulung, netizen luah rasa teruja dan titipkan doa
Noor Neelofa Mohd Noor bukan nama yang asing lagi di Malaysia. Apa sahaja yang dilakukan olehnya pasti mengundang perhatian ramai dan menjadi tular.
Orang ramai mula berteka-teki apabila Neelofa dilihat kerap memegang dan mengusap perut sewaktu sesi live bagi mempromosikan rekaan terbaharu jenamanya.
Bukan itu sahaja, isteri kepada pendakwah bebas berkenaan berulang kali kerap duduk kerana dipercayai keletihan akibat berdiri lama.
Walaupun dihujani dengan ucapan tahniah dan pelbagai persoalan daripada pengikut yang menyertai siaran langsung tersebut, Neelofa tidak memberi apa-apa jawapan atau reaksi terhadap setiap komen berkaitan mengandung.
Menjengah ke ruangan Twitter, terdapat segelintir netizen mendakwa bahawa bekas pengacara tersebut hamil dan ternampak perubahan saiz pada bahagian perut.
”Wah! Neelofa hamil ke? Tengok live dia asyik pegang perut lepastu nampak besar.” kongsi seorang pengikut.
Selain itu dakwaan Neelofa mengandung menjadi semakin kuat selepas beberapa netizen mengatakan bahawa Neelofa mula mengikuti beberapa akaun berkaitan kehamilan dalam Instagram sejak akhir-akhir ini.
”Rasanya Neelofa betul-betul mengandung. Sebab nampak dia mula mengikuti akaun berkaitan kesihatan kehamilan, @healthy.pregnancy’s dalam Instagram.” tulisnya.
Dakwaan Neelofa hamil, pakai jubah dan nampak baby bump
Terbaharu, selebriti berniqab tersebut telah menarik perhatian warganet menerusi sekeping gambar berjubah yang menampakkan bentuk badan agak berisi seolah-olah wanita berbadan dua.
Sangkaan Neelofa hamil timbul selepas akaun Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya, @Markaztijaari berkongsi sekeping gambar mereka berdua berpegangan tangan serta menyarung pakaian sedondon berwarna coklat.
Tidak cukup dengan itu, terdapat juga peminat yang mengatakan penampilan selebriti berusia 32 tahun itu sudah menampakkan ‘baby bump’ setelah lebih 3 bulan bergelar isteri.
”Wah baby bump. Alhamdulillah jika betul,” tulis seorang pengguna Instagram.
”Nampak macam mengandung,” komen seorang lagi pengikut.
Komen yang hampir serupa dikongsi oleh beberapa peminat lain yang menyifatkan pakaian tersebut sangat sesuai dipakai wanita mengandung.
”Alhamdulillah, cantik. Cantiknya Neelofa. Berisi ke tu,” tulisnya.
Ura-ura mengatakan pemilik perniagaan Naelofar itu mengandung telah hangat diperkatakan sejak bulan lalu selepas dia meletakkan ‘tag’ nama suami pada bahagian perut dalam sekeping gambar yang dimuat naik ketika hari raya Aidilfitri lalu.
Sebelum ini suaminya, Haris meluahkan hasratnya untuk segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan sucinya bersama bekas pengacara Next to Neelofa tersebut.
Penyebab wanita hamil kelihatan berseri-seri
Setiap wanita akan berdepan simptom kehamilan yang berlainan. Selain perubahan fizikal seperti badan kelihatan berisi dan perut membesar, kesan kehamilan juga membuatkan mommy to be kelihatan semakin menawan.
Sebab itulah ramai mengatakan pregnancy glow jelas kelihatan pada wajah apabila anda berbadan dua. Antaranya ialah:
#1. Kulit cerah dan berseri
Meskipun tidak sedar, orang terdekat mungkin menegur anda kelihatan lebih cerah. Perubahan hormon dan peningkatan aliran darah menjadi punca kulit anda menjadi lebih sihat, cerah dan berseri.
#2. Kuku cepat tumbuh
Bakal ibu akan mendapati bahawa kuku tumbuh dengan begitu cepat berbanding kebiasaan. Ia mungkin menjengkelkan, tapi berita baiknya ia tumbuh dengan lebih sihat dan berkilat!
#3. Rambut menjadi berkilat
Jika sebelum ini inginkan rambut berkilat, anda perlu memakai serum rembut. Tapi bila memasuki trimester kedua, akan nampak perbezaan rambut anda yang mungkin kelihatan lebih terurus dan berkilat.
Tapi jangan risau jika di hujung kehamilan nanti rambut berdepan masalah keguguran. Bertabahlah, kerana ini disebabkan oleh pembawakan budak!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tahniah! Lisa Surihani Selamat Bersalin Anak Ke-3, Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama Dengan Yusry