Nelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin, Dedah Tak Alami Koyakan! Ibu Preggy Boleh Ikut Tips Ini

Nelysa Norazlan bersalin baru-baru ini dan dia ada kongsi beberapa tips yang dia lakukan sepanjang kehamilannya. Ini tips itu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nelysa Norazlan bersalin baru-baru ini dan pempengaruh media sosial ini telah berkongsi pengalaman melahirkan anaknya secara normal. Untuk ibu preggy di luar sana, baca artikel ini untuk tahu apa yang Nelysa lakukan sepanjang tempoh mengandung sehingga melahirkan anak!

Nelysa Norazlan Bersalin Anak Pertama

Baru-baru ni, Nelysa berkongsi dia baru sahaja melahirkan cahaya mata menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram. Menurut Nelysa, dia bersyukur kerana pengalaman melahirkan anak pertamanya berjalan dengan lancar dan menganggap ia adalah rezeki daripada Allah SWT.

Katanya, dia sendiri terkejut kerana tidak mengalami koyakan ketika melahirkan anaknya. Hal ini kerana menurut ramai ibu, kebanyakan daripada mereka mengalami koyakan atau digunting ketika melahirkan anak pertama.

Tips Nelysa Norazlan Bersalin Tanpa Koyakan Atau Digunting

Nelysa juga telah berkongsi beberapa tips yang dia percaya telah membantunya ketika bersalin tempoh hari. Hah, jom baca apa tips yang Nelysa dah kongsi!

1. Tidur Dan Rehat Secukupnya

Perkara yang Nelysa berulang kali sebut menerusi video itu adalah mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi supaya ada tenaga untuk melahirkan anak. Katanya, kalau boleh jangan layan sangat pregnancy contraction tu sebab ia akan buat anda rasa penat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Ambil Epidural

Awalnya, Nelysa kata dia tak nak ambil epidural sebab yakin boleh tahan dan rasa kuat untuk hadapi contraction tu. Tapi bila contraction dia bermula dan sakitnya macam dia tengah sakit senggugut, Nelysa ubah fikiran dan ambil epidural.

Menurut Nelysa, sakit senggugut dia sangat teruk jadi bila dia rasa sakit yang sama semasa contraction, Nelysa minta jururawat untuk bagi dia epidural.

Epidural hanya akan diberikan selepas ukuran bukaan sampai ke 3cm. Tapi sebelum bukaan Nelysa 3cm, dia diberi ubat tahan sakit dulu sebelum diberikan epidural. Jururawat hanya akan bagi anda 1 dos ubat tahan sakit sebelum diberi epidural.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Masuk Kelas Pernafasan

Hah, Nelysa kata ini mungkin antara salah satu tips yang buatkan dia lebih mudah melahirkan anak disamping tidak mengalami koyakan. Katanya, sebelum melahirkan, doktor ginekologi atau pakar sakit puan cadangkan untuk Nelysa ambil kelas pernafasan.

Nelysa pun ikutlah nasihat doktor dia dan ambil kelas itu. Mulanya Nelysa cakap dia tak percaya kelas ni akan membantu sebab ramai yang kata bila dah nak beranak, kita akan lupa semua benda tu. Tapi, mungkin sebab Nelysa dapat tidur yang cukup dan ambil epidural, dia dapat berfikir dengan tenang.

Menurut Nelysa, dia hanya mengambil masa lebih kurang lima minit sahaja meneran dan cahaya matanya yang pertama dapat dilahirkan dengan selamat. Katanya, dia berada di bilik bersalin selama 12 jam untuk menunggu bukaan tapi meneran hanya perlukan masa yang sekejap sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, Nelysa juga cakap walaupun dia ambil epidural dan tak rasa contraction, tiap kali rasa kebas dia akan kawal pernafasan. 

4. Minum Air Kelapa

Tips terakhir yang Nelysa bagi ialah minum air kelapa. Sepanjang minggu menunggu kelahiran anaknya, Nelysa kerap minum air kelapa. Sehari sebelum melahirkan, Nelysa juga sempat meminum air kelapa. 

Selain daripada di atas, Nelysa juga kata jangan lupa berdoa untuk kelahiran yang lancar bukan sahaja ibu yang mahu melahirkan tapi juga suami anda. Nelysa juga ingatkan untuk dengar dan ikut arahan daripada doktor semasa melahirkan anak anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Otak Janin Dalam Kandungan: Bila Perkembangan Terjadi & 9 Cara Tingkatkan IQ Bayi

Baca juga: Punca Kematian Ketika Bersalin Yang Meragut Nyawa Ramai Ibu Hamil

Baca juga: 9 Komplikasi Kehamilan Berkaitan Tahap Gula Dalam Darah Yang Boleh Menjejaskan Ibu & Bayi

Penulis

Anis