Tidak dinafikan ada yang tertanya adakah niat puasa 6 boleh digabungkan dengan niat puasa ganti Ramadan, dan jawapannya ada kami kongsikan di rencana ini.
Biarpun bulan Ramadan sudah berlalu pergi untuk tahun ini, namun kita sebenarnya masih boleh melakukan amalan yang menggandakan pahala kita dengan berpuasa sunat. Tidak kira bagi mereka yang berpeluang puasa penuh pada bulan Ramadan mahupun mereka yang tidak dapat berpuasa penuh disebabkan sakit, datang bulan dan melahirkan anak, masing -masing boleh melakukan amalan puasa 6 di bulan Syawal ini.
Namun, bagi mereka yang tidak dapat berpuasa penuh, sememangnya wajib untuk mereka menggantikan puasa Ramadan yang ditinggalkan itu. Disebabkan perkara ini, ada yang tertanya adakah niat puasa 6 dan niat puasa ganti Ramadan boleh digabungkan.
Meskipun ada pandangan ulama yang membolehkan puasa sunat enam dengan puasa ganti Ramadan digabungkan sekali, tetapi ada juga mereka yang lebih sukakan membuat amalan itu secara berasingan.
Jadi bagi mereka yang ingin membuat amalan ini secara berasingan, menurut Pegawai Hal Ehwal Islam di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Muhammad Fahmi Rusli, tiada masalah untuk mereka yang ingin mendahulukan puasa sunat terlebih dahulu sebelum mengganti puasa Ramadan.
Berikut adalah niat puasa 6, puasa ganti Ramadan dan niat puasa 6 digabungkan dengan puasa ganti Ramadan:
Niat Puasa 6
Maksudnya:
“Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.”
Niat Puasa Ganti Ramadan
Maksudnya:
“Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardu ramadan kerana Allah Taala.”
Niat Puasa 6 Digabungkan Dengan Puasa Ganti Ramadan
Maksudnya:
“Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.”
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, ia bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.”
Menurut Fuqaha Mazhab Syafi’ie, hukumnya adalah harus menggabungkan antara puasa wajib seperti qada’ Ramadan, nazar dan kaffarah dengan puasa sunat. Malah, menggabungkan puasa ganti Ramadan dengan puasa 6 Syawal juga diharuskan. Walaubagaimanapun, ganjaran atau pahala yang diperolehi juga adalah kurang sempurna, ini kerana adalah lebih afdal ia dilakukan pada hari yang berlainan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bukan Sahaja Wanita, Lelaki Pun Kalau Tinggalkan Kena Ganti Puasa
Baca juga: Menyusukan Anak Tapi Ingin Puasa Ganti, Perlukah Ibu Menyusu Mengganti Puasa?
Baca juga: Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023