Antara Anak Dara & Janda, Mana Sesuai Dijadikan Isteri?- Ini Jawapan Menurut Islam

Soal jodoh sememangnya adalah sudah tertulis. Namun, bagaimana jika ketentuan untuk nikah dengan janda berbanding anak dara? Ini yang anda perlu tahu!

Dalam sudut ajaran Islam, terdapat beberapa perbezaan pandangan tentang nikah dengan janda dan anak dara. Bagi seorang lelaki, anda mempunyai hak sepenuhnya untuk memilih jodoh yang akan menjadi suri hati sampai ke hujung nyawa.

Namun tahukah anda bahawa kedua-duanya adalah wanita yang mempunyai status serta kedudukan berbeza ketara? Ia meliputi aspek perwalian, persetujuan perkahwinan, poligami, keadilan dalam giliran bermalam dan sebagainya.

Perbezaan nikah dengan janda atau anak dara

Mendirikan rumah tangga adalah suatu proses ke arah kehidupan dan pergaulan yang halal dari sisi agama. Hadis Rasulullah menyarankan kaum Adam untuk memilih wanita mempunyai harta, keturunan baik, rupa paras cantik dan taat kepada agama.

Dalam hal ini, hal yang paling utama adalah taat kepada agama kerana wanita yang taat kepada agama lebih menjamin kebahagian dan meletakkan ketaatannya kepada Allah serta Rasul-Nya.

Al-Shafi'i telah menjelaskan bahawa seseorang lelaki disunatkan untuk berkahwin dengan anak dara berbanding janda kerana hati mereka lebih jinak dengan orang pertama yang digaulinya.

Hadith-hadith nabi s.a.w mempericikan apa yang telah diringkaskan dalam al-quran serta mengkhususkan dalam firman Allah S.W.T. Perbezaan antara anak dara dan janda dalam perkahwinan dibahagikan kepada aspek berikut:

#1. Saranan Rasulullah untuk berkahwin dengan anak dara

Pemilihan untuk nikah dengan janda atau anak dara adalah hak individu. Hal ini kerana setiap wanita memainkan peranan penting dalam kehidupan rumah tangga yang diamanahkan oleh Allah S.W.T.

Selain menjadi penyeri dan teman hidup suami, wanita seharusnya pandai menguruskan segala keperluan harian termasuklah pandai mengendalikan kenderaan, menjaga makan minum keluarga, mengandung, mendidik anak-anak dan memelihara maruah suami.

Hadith tersebut menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W menyarankan kaum muslimin agar berkahwin dengan perempuan masih dara kerana menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak ramai dan lebih reda dengan kehidupan sederhana.

#2. Keperluan izin wali dalam pernikahan

Pernikahan tanpa wali adalah tidak sah. Namun Imam Shafi'i mengatakan bahawa apabila seorang perempuan berkahwin tanpa mempunyai wali, maka hak untuk mengahwinkannya berpindah kepada kadi (wali sultan atau wali raja) kerana dilantik untuk memberikan kebaikan kepada orang Islam.

Sekiranya anak dara meminta untuk mengahwinkannya dengan lelaki setaraf dengannya, wali wajib menjalankan amanah mereka. Jika enggan, dia hendaklah dikahwinkan dengan wali sultan.

Namun jika wali ingin mengahwinkannya dengan lelaki lain, dia berhak melarang anaknya menikah dengan lelaki pilihannya kerana pandangan wali adalah lebih sempurna berbandingan anak daranya.

Al-quran turut melarang wali menyekat perempuan yang telah diceraikan (janda) setelah habis iddah kembali semula kepada suaminya apabila mereka ingin berbaik.

#3. Persetujuan anak dara dan janda dalam perkahwinan

Sekiranya seorang gadis yang masih dara, wali perlu meminta izinnya dan diam adalah tanda ia setuju. Bapa dan datuk tidak boleh memaksa anak berkahwin kerana ia bukanlah tindakan yang afdal. 

Sabda Rasulullah S.AW:

Menurut Ibn Taymiyyah, persetujuan tersebut menyatakan tentang dua hal iaitu izin di satu pihak dan pendapat pihak yang lain.

Demikian juga dengan sikap diam dan berbicara sebagai tanda persetujuan kerana sifat malu untuk berbicara mengenai pernikahannya.

#4. Perbezaan giliran bermalam antara anak dara dan janda

Apabila seorang lelaki berkahwin lebih daripada satu wanita, wajib berlaku adil dalam memberikan nafkah, tempat tinggal, pergaulan baik dan melaksanakan kewajipannya.

Sunnah bagi suami mengkhususkan 7 malam berturut-turut kepada anak dara yang baru dikahwininya, manakala bagi janda yang baru dikahwini, mereka wajib mengkhususkan 3 malam berturut-turut untuknya.

Berdasarkan aspek yang telah dikemukan, agama Islam lebih menyarankan para lelaki untuk berkahwin dengan anak dara kerana masih gadis, suci dan memberikan peluang yang luas untuk melahirkan ramai anak.

Hal ini kerana keadaan tubuh badan mereka masih kuat, sihat dan berupaya melahirkan ramai zuriat tanpa sebarang risiko. Islam turut menyarankan anda mencari wanita solehah sebagai calon isteri.

Sumber: Baituljannah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: