Hubungan suami isteri perlu sentiasa disemarakkan. Ketika berhubungan intim nikmat seks itu perlu dirasai oleh kedua-duanya iaitu suami dan isteri. Pasti bosan kan jika sering kali guna taktik yang sama saja. Apa kata anda ubah dan kreatif sikit.
Jika anda selalu alami hubungan intim yang suram atau inginkan sesuatu yang baru, anda perlu cuba banyak cara. Bukan hanya bergantung kepada seks semata-mata.
Salah satu cara menyemarakkan hubungan intim anda adalah dengan sesi urutan. Jangan pandang rendah pada urutan ya, ia boleh buatkan anda menjadi lebih terangsang juga.
Nikmat seks lebih semarak dengan urutan
Menurut artikel dari Open Mind, urutan nyata mampu menyemarakkan hubungan dan kasih sayang antara suami isteri. Ia turut merangsang pengeluaran hormon endorfin yang akan meningkatkan keyakinan diri sekali gus membangkitkan rasa gembira.
Ia juga merupakan komunikasi jiwa yang diperlukan oleh setiap pasangan. Dengan melakukan sentuhan, belaian, urutan dan gerakan tertentu seperti memicit, mengusap dan meramas akan memberikan tekanan lembut di bahagian tubuh sehingga membangkitkan kesan erotik apabila tubuh dimanjakan.
Sebelum memulakan urutan, pasangkan alunan muzik yang mendamaikan dan guna minyak aromaterapi agar ia mampu memberi ketenangan sekali gus merangsang ghairah pasangan.
4 jenis urutan semarak hubungan intim
Semoga anda dapat mempraktikkan empat jenis urutan ini agar anda berdua bakal melalui pengalaman luar biasa sebelum memulakan hubungan intim.
#1. Urutan cakar harimau dan urutan labah-labah
Pernah dikongsikan sebelum ini teknik urutan cakaran harimau dan urutan labah-labah sebagai petua untuk menambat hati pasangan.
Sebelum melakukan urutan ini, pastikan anda telah memotong kuku agar ia tidak melukakan bahagian tubuh pasangan. Mulakan dengan urutan pada tengkuk pasangan dengan penuh kasih sayang bagi meleraikan ketegangan urat di bahagian ini.
Kemudian urut di bahagian bahu hingga ke lengan, diikuti dengan membuat ‘jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat. Seterusnya lakukan urutan cakaran harimau dengan menggunakan kuku dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.
Cakaran ini hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Cakaran ini haruslah dilakukan dalam keadaan lembut, manja dan penuh kasih sayang.
#2. Urutan bahagian punggung
Setelah melakukan urutan pada bahagian atas badan sehingga ke pinggang, gunakan tapak tangan anda secara silih berganti dengan mengurut lembut bahagian punggung pasangan.
Selain mengurut, anda juga boleh memainkan jari-jemari anda pada punggung pasangan.
Cara ini membuatkan pasangan kegelian sekali gus membuatkan dia mudah terangsang dan tergoda apatah lagi melihat isteri memakai pakaian tidur yang jarang sehingga menampakkan bayang-bayang pada bahagian tubuh isteri.
Bukan saja isteri tak keruan nanti, suami pula tidak sabar-sabar.
#3. Urutan celah peha
Ternyata bahagian paha merupakan kawasan yang amat sensitif pada sentuhan apatah lagi apabila ia dilakukan dalam suasana yang penuh romantis.
Setelah anda ‘bereksperimentasi’ dengan urutan di bahagian punggung, teruskan pula di bahagian dalam peha pasangan.
Urutan di kawasan ini tentu sahaja membuatkan pasangan anda tidak sabar-sabar ingin memulakan hubungan intim dengan anda. Peha adalah kawasan sensitif yang pantang saja tersentuh boleh membuatkan pasangan terangsang.
Jika anda tidak pernah mencubanya, anda boleh cuba buat teknik urutan ini. Pasti tak menyesal, malah ‘lumayan’ pulangannya.
#4. Urutan pada kaki
Urutan lembut pada bahagian kaki dan tapak kaki pasangan juga mampu membangkitkan perasaan ghairah pada pasangan.
Malah urutan-urutan ini merupakan kaedah untuk anda bermesra dengan pasangan.
Dengan urutan, anda berdua akan mengalami kenikmatan getaran rasa yang luar biasa sehingga menimbulkan rasa seronok, malah anda berdua lebih bersedia untuk melakukan hubungan intim yang lebih baik.
Hubungan intim yang tidak tergesa-gesa akan lebih menyeronokkan nak meningkatkan nikmat seks.
Nak nak musim PKPB ni kan, kalau pasangan amalkan teknik urutan ini, mahu melekat 24 jam!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Open Mind
Baca juga:
https://my.theasianparent.comurut-batin-ghairah-seks
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!