Berkurung Di Rumah Ketika PKP? 15 Gaya Seks Ini Melindungi Diri Dari Serangan Covid-19

Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan anda dan pasangan mempunyai lebih banyak masa untuk merasai nikmat seks. Posisi ini adalah selamat dan wajib cuba!

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya ingin merasai nikmat seks. Tiada perkara lebih menyeronokkan ketika bergelar seorang suami atau isteri melainkan hubungan di atas katil!

Disebabkan oleh seluruh rakyat diminta duduk di rumah bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19, ambil masa ini untuk ”membelai” pasangan dengan posisi seks yang selamat.

Nikmat seks melalui gaya hebat

Tidak dinafikan, pelbagai gaya seks boleh anda cuba ketika bersama pasangan agar mereka bertambah sayang dan jatuh cinta.

Namun, sebelum memulakan aksi, anda disarankan untuk mencuci seluruh tubuh badan terlebih dahulu termasuklah menggosok gigi agar tidak menyebarkan sebarang kuman berbahaya. Antara salah satu gaya seks terbaik ialah:

#1. Doggy style dan bantal

Ketika mengajak pasangan melakukan seks dalam posisi ini, letakkan sebuah bantal di bawah perutnya agar memberikan sokongan menampung berat badan anda.

Ia adalah salah satu gaya terbaik buat ibu yang pernah menjalani proses bersalin secara pembedahan caeseraen. Jangan memaksa diri isteri untuk memuaskan nafsu anda dengan aksi seks ganas kerana ia boleh mendatangkan kesakitan.

#2. Bed-edge

Gaya bed-edge memerlukan suami berdiri atau berlutut di penjuru katil. Manakala, anda perlu meniarap dan bersedia untuk melayan suami.

Kedudukan seks ini dikatakan terbaik kerana ia menjaga jarak muka anda dan suami sebagai langkah berjaga-jaga dengan kebimbangan penularan Covid-19.

#3. Couch crunch 

Kedudukan ini membantu isteri menerima tekanan secara berlebihan. Caranya adalah anda berada di atas sofa membelakangi suami secara berlutut dan biarkan sahaja suami masuk dari belakang.

Adalah lebih selamat untuk anda memakai topeng muka sebagai langkah melindungi diri semasa wabak Coronavirus.

#4. Missionary

Posisi ini adalah terbaik kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada kedua-dua pihak. Bukan itu sahaja, suami juga akan berasa lebih ghairah kerana mampu melihat reaksi wajah anda ketika persetubuhan.

#5. Spooning 

Seperti yang anda lihat pada gambar, kedudukan Spooning adalah gaya penembusan dari arah sisi belakang tubuh.

Pasangan akan berada di belakang, membetulkan antara kedua kakinya dan memeluk anda dari arah belakang. Gaya ini mampu membantu pasangan mengawal kelajuan dan kedalaman memasuki faraj. Pastinya ia memberikan keseronokan bersama!

#6. Wanita di atas

Kedudukan ini memberikan keselesaan kepada para wanita kerana anda boleh mengawal kelajuan beraksi dan tahap kedalaman zakar memasuki faraj.

Bukan itu sahaja, ia turut memberikan sedikit waktu untuk suami berehat kerana anda telah mengambil alih tugasnya. Namun, pastikan pasangan anda sentiasa membuatkan anda berasa ghairah dengan sentuhan pada payudara atau punggung.

#7. Seks cowgirl

Posisi ini mampu membuatkan anda kelihatan lebih seksi dan menonjolkan keghairahan untuk berasmara. Caranya adalah anda perlu duduk di atas tubuh suami dan membuka sedikit kaki condong ke belakang.

#8. Kerusi bucket

Dalam gaya ini, anda perlu bersandar atas tubuh suami secara bertentangan. Meskipun anda dan pasangan tidak bertentang mata, namun suami mampu merasai nikmat seks yang sebenar sambil tangannya menyentuh bahagian punggung anda.

#9. The laptop stand

Sudah bosan dengan teknik seks yang sama? Cuba gaya the laptop stand ini kerana ia memberikan kehangatan sensasi untuk anda lebih beraksi.

Dukung isteri dan letakkannya di atas meja dengan ketinggian yang selesa. Mulakan dengan aksi perlahan, diikuti sederhana dan laju sehingga anda berasa puas.

#10. Lotus blossom

Gaya isteri duduk di atas mampu membuatkan suami lebih ghairah dan selesa untuk aksi yang seterusnya.

#11. The peg

Dalam gaya ini, anda perlu baring secara melintang bertentangan dengan suami dan memegang bahagian kakinya. Ia adalah kedudukan yang sangat unik dan cukup seksi.

12. The crouching tiger

Kedudukan seks ini memerlukan anda duduk bersama suami di penjuru katil dengan meninggikan sedikit bahagian punggung bagi memberikan laluan kepadanya beraksi.

Biarpun posisi ini kurang selamat kerana wajah anda begitu rapat dengan suami, anda boleh menjaga sedikit jarak atau memakai topeng muka.

13. The relax jack

Gaya the relax jack ini lebih santai kerana anda hanya perlu berbaring dan suami akan menampung berat badannya di tangan.

Meskipun lebih santai, ia cukup mampu memberikan keseronokan kerana isteri merasai belaian dan kasih sayang dari lelaki yang dicintainya.

14. The sex safe eagle

Pasangan akan berlutut di atas katil di hadapan anda dan membengkokkan sedikit lututnya. Anda pula boleh meletakkan kaki ke atas mahupun ke bawah bagi membuatkan zakar mampu memasuki lebih ke dalam.

15. Standing suspended 

Nama pun standing, jadi posisi ini perlu berdiri dan memerlukan tenaga yang banyak. Ini kerana pasangan perlu berdiri dan anda pula perlu bergantung pada bahunya untuk memuaskan nafsu.

Sumber: Penulis asal N. Perera. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Sri Lanka untuk diterjemah.

Kredit foto: shutterstock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 Baca juga:

Berapa Kerap Anda Perlu Buat Seks Dengan Pasangan? Seminggu Sekali Itu Normal Ke?