Puting Payudara Seringkali Merekah dan Mempunyai Kulit Sensitif? Ini 8 Nipple Cream Terbaik untuk Ibu yang Berkulit Sensitif

Ibu berkulit sensitif pasti risau kebanyakan nipple cream di pasaran tidak sesuai dengan anda. Usah risau, kami ada senarai produk yang bagus dan selamat untuk anda!

Ibu mengalami puting merekah akibat penyusuan badan? Tetapi kenapa walaupun ibu sudah memakai krim puting atau juga dikenali sebagai nipple cream, ianya menjadi lebih pedih dan teruk? Jaga-jaga ibu!

Mungkin anda mempunyai kulit yang sensitif. Kulit sensitif akan menyebabkan kulit rasa tegang, pedih, kering dan kadang-kala juga boleh mengalami kegatalan. 

Faktor dan Simptom Ibu Mempunyai Kulit Sensitif

Masalah kulit sensitif dipengaruhi beberapa faktor seperti:

  1. Sinaran ultra ungu (UV) 
  2. Radiasi fizikal 
  3. Perubahan cuaca dan suhu 
  4. Penggunaan bahan kimia tidak bersesuaian (produk penjagaan diri) 
  5. Pencemaran air 
  6. Masalah psikologi (tekanan)
  7. Gangguan hormon. 

Antara simptom kulit sensitif adalah kulit menjadi kemerah-merahan, rasa mencucuk-cucuk, terlalu tegang hingga terasa gatal, terbakar, kering dan kurang selesa. 

Oleh itu, ibu yang mempunyai kulit sensitif tidak boleh menggunakan nipple cream yang sembarangan yang biasa terdapat di pasaran tau! Bahkan, ramuan di dalam produk perlu diuji secara dermatologi terdahulu bagi memastikan ianya tidak akan menyebabkan kerengsaan terutama buat ibu hamil dan yang menyusukan anak.

Kandungan Bahan Berbahaya untuk Kulit Sensitif yang Perlu Dielakkan

Ibu juga perlu tahu yang beberapa kandungan bahan di bawah ini adalah baiknya dielakkan apabila ingin memilih nipple cream jika anda mempunyai kulit sensitif:-

  • Alkohol 

Alkohol adalah bahan yang harus dielakkan untuk kulit sensitif.  Bahan ini boleh  menyebabkan kulit menjadi dan menyebabkan kerengsaan kulit. 

  •  Wangian tiruan

Menggunakan produk kecantikan dengan haruman yang wangi adalah terapi dan boleh memberi rasa ketenangan. Walaubagaimanapun, bahan ini tidak boleh digunakan untuk kulit sensitif kerana ia boleh mencetuskan tindak balas kulit yang menyebabkan keradangan dan melemahkan lapisan kulit kita yang paling dalam. 

  •  Paraben 

Fungsi paraben dalam produk adalah untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang boleh menjejaskan kualiti produk. Namun, ia boleh menyebabkan kerengsaan yang berlebihan bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. 

  •  Sulfat

Sulfat mengganggu keseimbangan minyak semulajadi kulit. Ia menjadikan kulit lebih kering dan merengsa terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. 

  •  Isopropil miristat 

Kandungan Isopropil miristat dapat mengurangkan minyak berlebihan pada kulit. Jika kulit sensitif terdedah kepada bahan ini secara berterusan, ia boleh menyumbat pori-pori dan mencetuskan kerengsaan. 

Ciri-Ciri Produk Nipple Cream yang Sesuai untuk Kulit Sensitif

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan nipple cream bagi ibu berkulit sensitif antaranya seperti:

  • Formulasi dari Bahan Berkualiti

Ibu perlu sentiasa semak formulasi yang digunakan di bahagian pembungkusan produk.

Ashley Georgakopoulos, Perunding Laktasi Bertauliah Lembaga Antarabangsa (IBCLC) dan Pengarah Laktasi Perubatan Motif, berkata sebagai pengguna kita perlu menyemak sama ada senarai formulasi mengandungi bahan-bahan yang bersih, organik dan dari gred makanan kerana si kecil anda mungkin akan menelan sebahagian kecil daripadanya. 

Pada masa yang ianya juga perlu bersifat antikulat contohnya minyak kelapa. Ramuan ini boleh membantu menyembuhkan kulit sensitif yang menyakitkan dan juga merawat sekitar puting anda bagi mengelakkan jangkitan. 

  • Formulasi yang Dapat Merawat Kulit 

Untuk puting kering, merekah dan mengalami masalah iritasi, bahan-bahan yang sangat berkhasiat adalah penting. Ramuan seperti calendula, minyak zaitun dara dan vitamin E dapat membantu memulihkan kelembapan kulit dan mengurangkan masalah kerengsaan yang sering dikaitkan ketika penyusuan.

8 Nipple Cream Terbaik yang Selamat untuk Ibu Berkulit Sensitif 

Berikut adalah 8 jenama nipple cream yang sangat disyorkan untuk ibu yang mempunyai masalah kulit sensitif. 

Nipple Cream Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Mama's Choice Intensive Nipple Cream
Nipple Cream Terbaik Secara Menyeluruh
Beli di Shopee
Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream
Nipple Cream Terbaik Tanpa Pengawet
Beli di Shopee
Earth Mama Organic Nipple Butter
Nipple Cream Terbaik Organik 100%
Beli di Shopee
Medela Purelan – Lanolin Cream
Nipple Cream Yang Bagus 100% Lanolin Asli
Beli di Shopee
Pigeon Nipple Care Cream
Nipple Cream Terbaik Melembapkan Kulit
Beli di Shopee
Palmer's Cocoa Butter Nursing Butter
Nipple Cream Terbaik Dengan Manfaat Mentega Koko
Beli di Shopee
Buds Nursing Salve
Nipple Cream Terbaik Tanpa Pengawet
Beli di Shopee
Cucciolo MAMY Natural Soothing Nipple Cream
Nipple Cream Terbaik Dengan Kelegaan Segera
Beli di Shopee

Mama’s Choice Intensive Nipple Cream

Nipple Cream Terbaik Secara Menyeluruh

Tidak seperti nipple cream yang lain yang menggunakan lanolin sebagai bahan utama, Mama’s Choice menggunakan 100% bahan semulajadi, diiktiraf halal dan bebas daripada toksin berbahaya seperti paraben, alkohol, SLS dan sebagainya.

Paling menarik sekali, ibu tidak perlu bilas jika ingin menyusukan si comel selepas memakai krim ini kerana ianya diformulasi daripada bahan gred makanan dan selamat jika tertelan oleh bayi anda ketika menyusu.

Ia terbukti selamat untuk kulit sensitif kerana nipple cream ini telahpun diuji secara dermatologi di makmal Singapura tau. Ia juga telah terbukti berkesan untuk merawat puting yang merekah dan kering dengan hanya menggunakan ekstrak kurma, minyak kelapa dan shea butter yang mampu melembapkan kulit secara mendalam.

Apa yang kami suka:

  • Bebas paraben, alkohol dan SLS
  • Diiktiraf halal
  • Menggunakan 100% bahan semulajadi dan sumber gred makanan
  • Diuji secara dermatologi dan selamat untuk kulit sensitif
  • Tekstur halus, ringan dan mudah meresap
  • Tidak mempunyai sebarang bau atau rasa supaya bayi boleh teruskan penyusuan dengan selesa 
  • Tidak membahayakan bayi jika tertelan

Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream

Nipple Cream Terbaik Tanpa Pengawet

Keunikan krim puting keluaran Lansinoh ini ialah penggunaan 100% lanolin yang telah dimurnikan melalui beberapa peringkat khas. Dengan cara ini, krim puting ini boleh bertahan lama tanpa sebarang bahan pengawet. Kandungannya juga tidak akan menyebabkan alahan. 

Lebih baik lagi, ia juga telah disyorkan oleh para ibu di Amerika Syarikat dan terbukti selamat untuk penggunaan ibu dan bayi setelah diuji secara klinikal. Jadi, ibu yang berkulit sensitif tidak perlu risau!

Apa yang kami suka:

  • 100% lanolin semulajadi tanpa pengawet, paraben dan sebagainya
  • Hypoallergenic menjadikannya selamat untuk kulit sensitif
  • Tekstur yang mudah untuk disapu
  • Tidak berbau atau mempunyai sebarang rasa 
  • Tidak perlu dicuci sebelum menyusukan bayi

Earth Mama Organic Nipple Butter 

Nipple Cream Terbaik Organik 100%

Bagi anda yang mengutamakan bahan organik dalam sesuatu produk, bolehlah memilih Earth Mama Organic Nipple Butter ini. Produk ini telah disahkan oleh USDA Organic dalam penggunaan bahan organik dalam semua komposisinya. 

Diperbuat 100% daripada beeswax semulajadi organik sebagai pengganti petroleum dan diperkaya dengan ekstrak biji Kakao, shea butter, biji mangga yang diyakini organik. Tambahan pula, jenama ini dipercayai dan digunakan oleh banyak wad kanak-kanak di seluruh dunia!

Apa yang kami suka:

  • Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi organik
  • Menggunakan beeswax yang menjadikan kulit lembut dan tidak berminyak
  • Satu-satunya produk NON-GMO menjadikannya selamat untuk bayi dan kulit sensitif
  • Diuji secara klinikal
  • Cruelty-free
  • Bebas daripada lanolin

Medela Purelan Lanolin Cream

Nipple Cream Yang Bagus 100% Lanolin Asli

Produk ini diperbuat 100% daripada lanolin yang diperakui daripada gred perubatan. Jadi, selain berkesan untuk merawat puting, anda juga boleh sapukan pada kulit si manja. Ianya juga merupakan produk yang bebas daripada ujian terhadap haiwan!

Paling menarik sekali, anda juga boleh menggunakannya untuk merawat bibir, tumit, siku mahupun lutut yang merekah. Jika anda memerlukan krim puting pelbagai fungsi, krim puting Medela ini boleh menjadi penyelesaiannya, ibu!

Apa yang kami suka:

  • Diperbuat 100% daripada lanolin asli tanpa sebarang bahan pengawet
  • Hypoallergenic sesuai untuk kulit sensitif
  • Tekstur yang pekat tetapi tidak berminyak dan melekit
  • Cruelty-free
  • Tidak mempunyai bau dan rasa 

Pigeon Nipple Care Cream

Nipple Cream Terbaik Melembapkan Kulit

Formulasi di dalam nipple cream ini dapat mengatasi masalah kekeringan pada kulit di bahagian puting. Ramuan di dalamnya telah lulus ujian pakar dermatologi jadi ianya sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif. 

Nipple cream ini juga berfungsi untuk memberi kelegaan terutama pada puting yang kering dan sensitif supaya ia tidak mudah merengsa. Bukan itu sahaja, penggunaan 100% lanolin menjadikan krim puting ini berkesan dalam melembapkan kulit secara mendalam

Apa yang kami suka:

  • 100% lanolin semulajadi
  • Diuji secara dermatologi jadi ianya selamat untuk kulit sensitif
  • Tekstur yang pekat tetapi tidak berminyak
  • Kandungan yang selamat jika tertelan oleh bayi semasa menyusu
  • Tidak mempunyai bau dan rasa

Palmer’s Cocoa Butter Formula Nursing Butter

Nipple Cream Terbaik Dengan Manfaat Mentega Koko

Krim yang mudah digunakan ini menggabungkan manfaat mentega koko tulen dan (Panthenol) Pro-Vitamin B5 dalam asas emolien yang menenangkan boleh membantu melegakan sakit, puting retak yang berkaitan dengan penyusuan.

Krim ini juga boleh digunakan sebelum bersalin untuk membersihkan puting untuk penyusuan, malah ia sudah diuji secara dermatologi. Ibu-ibu jangan bimbang ye!

Apa yang kami suka:

  • Jenama yang dipercayai.
  • Mudah disapu.
  • Bau yang menenangkan.

Buds Nursing Salve

Nipple Cream Terbaik Tanpa Pengawet

Salep penyembuhan ini akan membantu kulit anda menghadapi masalah ketika menyusukan bayi yang baru lahir. Walaupun sudah bersedia dengan ilmu penyusuan yang lengkap namun, meminimumkan ketidakselesaan untuk beberapa minggu pertama juga menyumbang kepada kelancaran proses itu.

99.30% daripada bahan yang digunakan untuk merumuskan produk ini datang daripada pertanian organik, yang bermaksud anda membantu menjadikan planet bumi tempat yang lebih baik untuk anak-anak kita. 

Apa yang kami suka:

  • Diperakui organik oleh Ecocert
  • Tanpa bahan pengawet
  • Rangkaian premium dengan kandungan organik yang lebih tinggi
  • Mesra penyusuan
  • Bantu kulit anda untuk menampung keperluan menyusukan bayi yang baru lahir
  • Meminimumkan ketidakselesaan dalam beberapa minggu pertama juga menyumbang kepada kemenangan
  • Mencegah puting sakit dan merekah

Cucciolo MAMY Natural Soothing Nipple Cream

Nipple Cream Terbaik Dengan Kelegaan Segera

Dicipta untuk puting yang sakit dan rosak atau rekahan semasa menyusu, krim ini menggunakan rumusan unik berasaskan ekstrak Lanolin tulen, mentega Shea, Marigold dan Mimosa serta Aloe Vera, semuanya dengan tindakan menenangkan dan lenitif yang kuat.

Bahkan krim ini dapat membantu merawat dan mencegah puting merekah dan luka. Jika digunakan sebelum kelahiran bayi, ia dapat mempersiapkan puting susu dengan pengeluaran susu yang lebih baik.

Apa yang kami suka:

  • Bebas pewangi dan bebas alkohol.
  • Dapat mempersiapkan puting susu sebelum kelahiran bayi jika dipakai awal.

Perbandingan Harga Nipple Cream Terbaik yang Selamat untuk Ibu Berkulit Sensitif

Jenama Saiz Harga
Mama’s Choice Intensive Nipple Cream 15 ml RM33.21
LANSINOH HPA Lanolin Nipple Cream 40 ml RM47.00
Earth Mama Organic Nipple Butter 30 ml RM45.00
Medela Purelan 100 Fast Relief 7 g RM40.00
Pigeon Nipple Care Cream 10 g RM19.90
Palmer’s Cocoa Butter Formula Nursing Butter 30 g RM27.90
Buds Nursing Salve 15 ml RM56.84
Cucciolo MAMY Natural Soothing Nipple Cream 50 ml RM59.90

Itu sahaja perkongsian daripada kami. Harap dengan senarai ini, ia dapat membantu dan mengurangkan kerisauan ibu setiap kali ingin menyusukan si manja anda dan memudahkan anda untuk memilih produk penjagaan kulit yang terbaik buat kulit sensitif anda.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu, Jika Masih Keliru Nak Beli Pampers Untuk Newborn, Ini Antara Yang Terbaik Di Malaysia!

Baca juga: Risau Rambut Menipis Selepas Bersalin? Ini 7 Syampu Untuk Rambut Gugur Terbaik di Pasaran!

Baca juga: Sedang Mencari Breast Pump Terbaik Dan Selesa? Jom Semak Jenama Yang Bagus Ini!