Puting Payudara Ibu Selalu Melecet Dan Merekah? Ini Nipple Cream Terbaik Yang Ibu Patut Cuba Untuk Atasinya Segera!

Ketika fasa breastfeeding, akan tiba masa untuk puting merekah dan melecet. Ibu boleh masukkan nipple cream terbaik ini dalam cart siap-siap.

Semasa hamil, puting ibu hamil biasanya menjadi lebih sensitif dan membesar sedikit untuk bersedia akan proses penyusuan. Apabila menyusukan bayi pula, puting ibu berisiko luka melecet atau sakit akibat penyusuan yang terlalu lama atau terkena gusi atau gigi si kecil. Pada ketika ini, ibu pasti akan mencari nipple cream terbaik untuk merawat diri sendiri agar dapat menyusu dengan selesa semula.

Walaupun secara umumnya nipple cream digunakan semasa penyusuan, namun ada sesetengah wanita hamil yang mendapatkan krim luka untuk nipple ini seawal kehamilan bagi mempersiapkan diri untuk perubahan pada payudara kelak.

Tempoh penyesuaian boleh menjadi sukar dan menyakitkan kerana ibu dan si manja masih perlu kedudukan yang betul.

Penggunaan nipple cream terbaik dapat mengurangkan cabaran semasa ibu sedang belajar menyusukan anak dan memberikan kelegaan yang sangat diperlukan sebelum, semasa dan selepas penyusuan.

Memilih Nipple Cream Terbaik Semasa Hamil dan Menyusukan Si Manja

Bagi membantu anda mengatasi masalah iritasi pada puting melecet ketika hamil dan menyusu, kami senaraikan 8 jenama nipple cream terbaik yang boleh didapati di farmasi berhampiran atau secara atas talian.

Nipple cream terbaik ini disenaraikan dengan mematuhi beberapa kriteria berikut:

1. Kandungan yang berkualiti 

Bahan yang terdapat dalam krim haruslah dari bahan yang selamat untuk ibu dan bayi.

2. Rasa dan tekstur

Semasa menyusukan anak, ibu pasti perlukan keselesaan jadi krim yang digunakan haruslah mudah disapu dan tidak terlalu tebal atau melekit.

Krim lanolin bertekstur pekat dan mampu memberi perlindungan sepanjang hari manakala campuran lanolin pula lebih ringan tapi mungkin memerlukan sapuan yang lebih kerap.

3. Bau dan rasa 

Bergantung pada ramuannya, breast cream atau balsam mungkin mempunyai sedikit bau atau rasa.

Pada umumnya bayi mungkin tidak akan bertindakbalas dengan bauan tersebut tetapi ada juga sesetengah bayi yang sensitif dengan hal ini dan boleh bertindak menolak untuk teruskan penyusuan.

8 Nipple Cream Terbaik Untuk Kehamilan dan Penyusuan

Penggunaan nipple cream yang tepat penting supaya tidak menganggu ketika proses penyusuan berlaku. Oleh itu, disini kami senaraikan beberapa pilihan nipple cream terbaik untuk anda cuba!

Nipple Cream Terbaik
Mama’s Choice Intensive Nipple Cream
Nipple Cream Yang Bagus 100% Bahan Semulajadi
Beli di Shopee
Organic Nipple Butter Breastfeeding Cream by Earth Mama
Nipple Cream Yang Bagus 100% Beeswax Tidak Berminyak
Beli di Shopee
Medela Purelan – Lanolin Cream
Nipple Cream Yang Bagus 100% Lanolin Asli
Beli di Shopee
Lansinoh HPA - Lanolin Nipple Cream
Nipple Cream Yang Bagus Pilihan Ibu Dan Doktor Di USA
Beli di Shopee
Mustela Maternity Nursing Comfort Balm
Nipple Cream Yang Bagus Bebas Wangian
Beli di Shopee
Bepanthen Ointment 30g
Nipple Cream Yang Bagus Farmasi
Beli di Shopee
Palmer's Cocoa Butter Formula Nursing Butter
Nipple Cream Yang Bagus Melindungi Kulit
Beli di Shopee
Pigeon Nipple Care Cream (10g/50g)
Nipple Cream Yang Bagus Dalam Memelihara Kulit
Beli di Shopee

Mama’s Choice Intensive Nipple Cream

Terbaik 100% Bahan Semulajadi

alt="nipple cream terbaik " width="1200" height="1200" />

Mama’s Choice sememangnya satu jenama penjagaan diri pilihan No. 1 ibu-ibu diluar sana kerana diformulasi khas untuk ibu hamil dan menyusu. Ia bukan sahaja selamat, halal & semulajadi, malah harganya cukup mampu milik!

Diformulasikan dengan 100% bahan semulajadi terpilih seperti ekstrak kurma, minyak kepala dan shea natural butter yang dapat membantu mengurangkan kesakitan pada puting payudara. Paling menarik sekali, krim ini diformulasi daripada bahan gred makanan, jadi ianya selamat jika bayi tertelan.

Keberkesanan dan keselamatan cream nipple terbaik ini telah diuji secara dermatologi di Singapura menjadikannya selamat untuk kulit sensitif. Ianya juga bebas paraben dan alkohol yang boleh memudaratkan kandungan atau bayi.

Tidak seperti produk lain yang menggunakan lanolin sebagai bahan asas, tidak hairanlah jika terdapat ramai pengguna setia menggunakannya. Malah, produk ini antara rangkaian produk yang mendapat permintaan tinggi dan cukup terkenal di negara Asia lain seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.

Apa yang kami suka:

Kandungan yang berkualiti:

  • Lanolin yang membantu meredakan kulit kering.
  • Ekstrak kurma yang terkenal dengan sifat antioksidan, ia menenangkan dan menghidrat puting yang sakit dan merekah.
  • Minyak boleh dimakan yang terkenal dengan sifat penghidratannya berfungsi sebagai emolien semulajadi, melembapkan kulit kering dan tegang.
  • Shea butter dari pokok shea yang kaya dengan sifat pelindung kulit dan anti-radang untuk membantu meningkatkan kelembutan kulit.
  • Vitamin E untuk kelembapan dan menguatkan kulit.
  • 100% halal

Rasa dan tekstur

  • Tekstur halus dan ringan yang selesa untuk disapu ke kulit.
  • Hypoallergenic dan diuji secara dermatologi agar selamat digunakan ke atas semua jenis kulit.

Bau dan rasa

  • Tidak mempunyai bau dan rasa bagi memastikan si manja teruskan penyusuan tanpa sebarang masalah.

Organic Nipple Butter Breastfeeding Cream by Earth Mama

Terbaik 100% Beeswax Tidak Berminyak

alt="nipple cream terbaik " width="1200" height="1200" />

Produk Earth Organic ini sangat disyorkan oleh ibu-ibu di seluruh dunia. Ia diperbuat 100% dari bahan beeswax semulajadi jadi kami sangat menyarankan jenama ini sebagai cream nipple terbaik. Tambahan lagi, jenama ini dipercayai dan digunakan dalam wad kanak-kanak seluruh dunia.

Ciri-ciri yang kami suka:

Kandungan yang berkualiti:

  • Organic beeswax yang menjadikan kulit lembut dan tidak berminyak.
  • Bebas dari lanolin
  • Organic Cocoa (Theobroma Cacao) Seed Butter, Organic Shea (Butyrospermum Parkii) Butter dan Organic Mango (Mangifera Indica) Seed Butter yang melembutkan kulit dan menghalang dari kekeringan kulit.
  • NON-GMO maka ternyata selamat untuk bayi
  • Diuji secara klinikal untuk memastikan keselamatan terhadap kulit ibu agar tiada iritasi.

Rasa dan tekstur

  • Sangat halus dan tidak bergris.
  • Tidak perlu membasuh tangan selepas penggunaan kerana tidak melekat di tangan.

Bau dan rasa

  • Tidak berbau dan tidak mempunyai rasa, menjadikan produk ini hypoallergenic

Medela Purelan – Lanolin Cream

Terbaik 100% Lanolin Asli

alt="nipple cream terbaik " width="1200" height="1200" />

Purelan Lanolin Cream merupakan keluaran dari jenama Medela yang diperbuat 100% dari lanolin. Apa yang membuatkan nipple cream Medela menonjol adalah kerana produk ini tidak diuji ke atas haiwan. Kami sukakan fakta ini!

Medela nipple cream ini juga berkesan untuk merawat kawasan kulit yang kering seperti bibir merekah, bahagian siku dan lutut serta tumit kaki merekah.

Oh ya, yang paling bagusnya cream nipple terbaik ini menggunakan 100% semula jadi dan selamat untuk si manja, jadi ibu tak perlu membersihkan puting payudara sebelum menyusukan bayi.

Apa yang kami suka:

Kandungan yang berkualiti:

  • 100% lanolin asli tanpa sebarang  tambahan bahan pengawet.
  • Hypoallergenic dan sesuai untuk kulit sensitif ibu atau si manja.
  • Selamat sekiranya termakan jadi tidak perlu dilap sebelum penggunaan.

Rasa dan tekstur

  • Tekstur pekat yang mudah serap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak ke atas kulit.

Bau dan rasa

  • Tidak berbau dan tidak mempunyai rasa jadi boleh diterima oleh bayi.

Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream

Terbaik Bergred Tinggi Dari USA

alt="nipple cream terbaik " width="1200" height="1200" />

Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream merupakan produk nipple crack cream nombor 1 yang disyorkan oleh para ibu dan doktor di USA. Lansinoh nipple cream ini terbukti selamat untuk ibu dan anak setelah diuji secara klinikal.

Apa yang kami suka:

Kandungan yang berkualiti:

  • 100% lanolin semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet, paraben, bau dan rasa.
  • Hypoallergenic dan sesuai untuk kulit sensitif ibu atau si manja.
  • Selamat sekiranya termakan jadi tidak perlu dilap sebelum penggunaan.

Rasa dan tekstur

  • Tekstur pekat yang mudah untuk disapu.
  • Boleh meninggalkan kesan yang mudah untuk dihilangkan dengan pencuci baju.

Bau dan rasa

  • Tidak berbau dan tidak mempunyai rasa jadi boleh diterima oleh bayi.

Mustela Maternity Nursing Comfort Balm

Terbaik Bebas Wangian

alt="nipple cream terbaik " width="1200" height="1200" />

Untuk ibu yang sedang hamil, anda boleh memilih Mustela Maternity Nursing Comfort Balm kerana ia bukan sahaja boleh digunakan ketika menyusu bayi, juga selamat digunakan sepanjang tempoh kehamilan.

Dengan kandungan 100% bahan semulajadi, nursing balm ini membantu melembapkan dan melembutkan puting payudara daripada rasa tidak selesa dan sakit ketika menyusu. Juga, dapat memulihkan kawasan puting yang merekah disebabkan sifat emoliennya.

Apa yang kami suka:

Kandungan yang berkualiti:

  • Minyak zaitun semulajadi kaya dengan Omega 6 & 9 yang membantu melembutkan puting.
  • Sukrosa Laurate & Sukrosa Laurate memberikan tekstur cair sesuai untuk penyusuan bayi.
  • Vitamin E antikosidan semulajadi yang mengekalkan penghidratan yang cukup.
  • Vegan tiada bahan yang berasaskan kandungan dari haiwan.

Rasa dan tekstur

  • Sangat lembut, mudah disapu dan selamat jika bayi menghisapnya.

Bau dan rasa

  • Tidak mempunyai bau kerana bebas wangian.

Bepanthen Ointment

Terbaik Dari Farmasi

alt="nipple cream terbaik " width="1200" height="1200" />

Produk nipple cream pilihan kami yang terakhir, Bepanthen Ointment merupakan produk farmasi terkenal untuk melegakan ruam lampin, juga sesuai untuk memulihkan puting yang sakit!

Ia sangat berkesan dan disyorkan oleh pakar perubatan kerana mengandungi Pro Vitamin B5 yang membantu memulihkan kulit secara lembut, dalam masa yang sama menjadikan kulit lembap dan sihat. 

Kalau tak nak pening kepala, ibu boleh memilih nipple cream ini kerana selamat digunakan untuk ibu dan bayi kerana telah terbukti secara klinikal dan sesuai untuk kulit sensitif.  

Apa yang kami suka:

Kandungan yang berkualiti:

  • Pro Vitamin B5 memulih, melembap dan menjadikan kulit sihat
  • Bersifat hipoalergenik tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna tambahan & pewangi
  • Vitamin E antikosidan semulajadi yang mengekalkan penghidratan yang cukup.
  • Vegan tiada bahan yang berasaskan kandungan dari haiwan.

Rasa dan tekstur

  • Tidak melekit dengan warna lutsinar, mudah meresap dan sesuai untuk kulit sensitif.

Bau dan rasa

  • Tidak mempunyai bau kerana bebas pengawet, pewarna dan wangian.

Palmer’s Cocoa Butter Formula Nursing Butter

Terbaik Melindungi Kulit

alt="nipple cream terbaik " width="1200" height="1200" />

Produk krim puting Palmer’s Cocoa Butter Formula Nursing Butter ini diformulasi dengan Pure Cocoa Butter dan emolien (Panthenol) Pro-Vitamin B5 membantu melindungi daripada sebarang jangkitan pada kawasan puting payudara. Kandungan Petroleum yang terdapat dalam produk ini dapat membantu melembapkan dan melegakan puting payudara yang sakit dan merekah akibat penyusuan.

Apa yang menariknya, nursing butter ini  selamat digunakan setiap hari untuk mengekalkan puting dalam keadaan lembut dan lembap. Juga, anda boleh mula gunakannya sebelum bersalin supaya dapat membantu puting lebih bersedia dan mudah untuk menyusu bayi.

Cara menggunakannya, hanya sapukan secalit nursing butter ini selepas setiap kali penyusuan pada kawasan puting yang luka melecet dan pedih. Tidak perlu membasuhnya ketika hendak menyusukan bayi kerana ianya selamat dari paraben dan phtalates.

Apa yang kami suka:

Kandungan yang berkualiti:

  • Petroleum untuk melembutkan puting dan memperbaiki tekstur kulit.
  • Cocoa butter untuk mengekalkan kelembapan pada kawasan sekitar payudara
  • Emolien (Panthenol) Pro Vitamin B5 melegakan kesakitan puting payudara ibu

Rasa dan tekstur

  • Sangat halus dan pekat, gunakan sedikit sahaja sudah mencukupi.

Bau dan rasa

  • Nursing butter ini mempunyai warna kuning semulajadi dan mempunyai bau manisan coklat.

Pigeon Nipple Care Cream

Terbaik Dalam Memelihara Kulit

alt="nipple cream terbaik " width="300" height="300" />

Pigeon merupakan salah satu jenama yang dikenali dan dipercayai dalam pengeluaran barangan ibu dan bayi. Lanolin bertindak sebagai agen pelembap kulit yang baik yang dapat menembusi lapisan luar kulit dan menyuburkannya dari dalam.

Pigeon nipple cream boleh digunakan pada trimester ketiga kehamilan untuk mengatasi masalah puting payudara, mengurangkan kekeringan dan memelihara kulit yang sihat.

Apa yang kami suka:

Kandungan yang berkualiti:

  • 100% lanolin semulajadi.
  • Hypoallergenic dan sesuai untuk kulit sensitif ibu atau si manja.
  • Selamat sekiranya termakan jadi tidak perlu dilap sebelum penggunaan.

Rasa dan tekstur

  • Tekstur pekat, tidak bergris yang merawat kulit kering dan kulit merekah kerana ia memelihara kelembapan kulit.

Bau dan rasa

  • Tidak berbau dan tidak mempunyai rasa.

Perbandingan Harga Nipple Cream Terbaik

Jenama Harga (RM) Isipadu (ml) Harga per ml
Mama’s Choice Intensive Nipple Cream RM31.49 15 RM2.10
Organic Nipple Butter Breastfeeding Cream by Earth Mama RM50.00 30 RM1.67
Medela Purelan – Lanolin Cream RM39.70 7 RM5.67
Lansinoh HPA Lanolin Nipple Cream RM29.75 10 RM2.98
Mustela Maternity Nursing Comfort Balm RM59.90 30 RM1.99
Bepanthen Oitment RM44.50 100 RM0.45
Palmer’s Cocoa Butter Formula Nursing Butter RM29.90 30 RM0.99
Pigeon Nipple Care Cream RM19.90 10 RM1.99

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Punca Umum Akan Masalah Puting Sakit Dan Merekah

1. Lepuh Susu

Juga dikenali sebagai lebam dan lepuh puting, lepuh susu berlaku pabila pembukaan saluran susu tersekat oleh lapisan halus kulit.

Susu yang tersekat di bawah kulit, menyebabkan satu dot berona putih, kuning atau lutsinar yang menyakitkan di atas puting atau areola.

Kesakitan itu adalah biasanya pada bahagian tengah spot tersebut dan kawasan di belakangnya. 

Biarpun kesakitan itu boleh jadi agak perit, ibu hanya perlu teruskan menjaga dan mengepam susu seperti biasa untuk mengelakkan lebih teruk kesakitan tersebut, kerana ia boleh memakan masa berhari-hari untuk kulit secara spontannya mengelupas.

Satu punca lain akan berlakunya lepuh susu adalah pabila saluran susu tersekat oleh satu lapisan susu payudara “separa pepejal" yang mengeras.

Ini walaubagaimanapun, boleh dengan mudahnya dikopek (dengan lembut) dengan kertas tisu atau menggunakan kuku.

2. Sariawan

Sariawan adalah jangkitan kulat (yis) umum yang mana mengembang pada laktosa di dalam susu, dan boleh memberi impak pada ibu dan bayi.

Terma medikal untuk kondisi ini adalah candidiasis. Ia menyebabkan puting melecur, merasa sakit, gatal dan berkerak.

Sariawan mempunyai beberapa faktor risiko umum seperti memakai pad puting basah dalam jangka masa yang lama, memakai pad puting berlapis plastik yang mengehad aliran udara ke kawasan sekitar puting, jangkitan yis vagina, diabetes atau anemia pada si ibu, menggunakan puting pada bayi, dan puting berkerak yang mana mendedahkan kulit kepada yis dan bakteria.

3. Penyusuan yang teruk

Penyusuan badan memerlukan latihan untuk kedua-dua si ibu dan anak. Anda akan tahu bila bayi anda tidak menyusu dengan betul jika puting anda terasa sakit sewaktu penyusuan.

Satu proses penyusuan yang tidak betul boleh dirasakan seperti bayi anda sedang mengunyah atau menyedut puting, pabila mulutnya sepatutnya terbuka luas di sekitar areola.

Anda boleh belajar cara betul penyusuan di sini.

4. Lidah Terikat (Tongue tied)

Lidah terikat adalah satu kondisi medikal yang biasa berlaku ketika kelahiran. Ia berlaku pabila frenulum terlalu pendek atau ketat, mengehadkan pergerakan lidah.

Sesetengah bayi dengan lidah terikat boleh menyusu terus dari payudara dengan baik dari awalnya, dengan penambahbaikan posisi dan ikatan.

Walaubagaimanapun, kesukaran penyusuan badan boleh berlaku untuk bayi yang mengalami lidah terikat yang lebih teruk (frenulum pendek atau ketat).

Ia boleh menyebabkan penyusuan yang teruk pada payudara.

Simptom Puting Sakit Dan Merekah

Puting sakit dan merekah tidak hanya berlaku pada bulan terawal, tetapi juga selagi anda masih menyusu badan.

Jadi, untuk menikmati satu perjalanan penyusuan badan yang lancar, sentiasa ambil perhatian akan beberapa simptom biasa berlaku ini.

1. Kulit kering dan merekah

Kekerapan menyusu badan boleh menyebabkan kulit sensitif pada puting menjadi kering dan merekah. Beri perhatian jika puting anda merasakan ekstra sensitif dan senang kata berkerak. 

2. Sakit/Lebam/Tidak Selesa

Penyusuan badan tidak sepatutnya sakit. Kesakitan ketika penyusuan adalah normal dan tidak akan berpanjangan lebih daripada 30 saat atau lebih kurang.

Jika anda merasakan kesakitan sebegini, tanpa sebarang rekahan atau melecet, dan puting anda kelihatan sama sebelum dan selepas setiap penyusuan, jadi tiada apa yang perlu anda risaukan.

Namun, jika anda merasakan kesakitan yang melampau sepanjang penyusuan, di antara sesi penyusuan, telah mendapat kelecetan dan rekahan, dan terutama sekali jika kesakitan itu berterusan selama beberapa hari, anda patut mendapatkan bantuan pakar kerana ia adalah TIDAK NORMAL di dalam sesi penyusuan.

Hubungi perunding penyusuan badan yang dipercayai, atau anda boleh juga mendapatkan nasihat daripada doktor.

3. Kemerahan

Kemerahan pada bahagian puting adalah biasanya berkait dengan sariawan. Jadi hati-hati akan simptom ini, terutama sekali jika ia didatangi dengan kesakitan.

Sariawan adalah disebabkan dari sejenis jangkitan yis dan boleh hadir dari diri anda atau bayi anda.

Untuk mengetahui jika bayi anda dijangkiti, periksa akan spot berona putih pada bahagian dalam pipi bayi atau lihat jika dia mengalami ruam lampir berlanjutan.

Selain itu, jangkitan itu boleh hadir dari diri anda jika anda mempunyai keputihan atau masalah gatal pada vagina yang ekstrem.

4. Pendarahan

Penyusuan badan yang teruk boleh mengakibatkan luka berdarah dan jelas sekali boleh menyebakan ketidakselesaan sewaktu penyusuan badan.

Dapatkan bantuan daripada perunding penyusuan badan jika pendarah berterusan dalam jangka masa yang lama.

5. Nanah mengalir

Darah mengalir (puting mengeluarkan nanah) sewaktu penyusuan adalah selalunya disebabkan oleh satu jangkitan. Ia biasanya didatangi dengan kemerahan dan rasa sakit.

Rawatan Untuk Puting Sakit Dan Merekah

Simptom-simptom di atas boleh jadi melampau, tetapi jangan biarkan ia menakutkan anda daripada meneruskan penyusuan badan.

Tidak semua ibu melalui setiap kesakitan, dan anda pastinya akan teruja mengetahui yang terdapat remedi rumah yang efektif untuk merawat kebanyakkan simptom di atas.

Remedi ini telah dipraktikkan oleh para ibu dan disarankan oleh pakar penyusuan badan.

1. Bilasan Air Garam

Ini juga dikenali sebagai larutan garam biasa, dan dengan mudah boleh disiapkan di rumah.

2. Kompres hangat

Ini boleh dilakukan dengan sehelai kain yang suam dan lembap. Meletakkan kompres hangat pada payudara atau puting sebelum dan selepas penyusuan membantu melegakan kesakitan.

3. Sapu susu ibu yang baru dikeluarkan pada kawasan terkesan

Susu ibu mengandungi Vitamin E yang efektif dalam merawat kulit.

Tetapi jangan sapu minyak Vitamin E daripada kapsul, kerana ia boleh jadi bertoksik kepada bayi. Kaedah ini juga patut dielakkan jika anda mempunyai masalah sariawan di dalam susu.

4. Sapu salap bergred medikal, atau krim puting

Yang ini kita boleh kata adalah satu perkara penting mesti ada sepanjang tempoh penyusuan badan. Kebanyakkan salap atau krim puting diperbuat daripada bahan semula jadi dan selamat untuk bayi, jadi anda tidak perlu mencucinya sebelum penyusuan.

Satu krim puting yang bagus tidak hanya melegakan kesakitan anda tetapi juga membantu mempercepat proses pulih anda.

Cara Mengelak Puting Payudara Sakit Dan Merekah Selain Penggunaan Nipple Cream Terbaik

Ia benar bahawasanya yang penyusuan badan hadir dengan pelbagai cabaran, biarpun bagi para ibu yang telah berpengalaman.

Setiap anak adalah berbeza, jadi anda perlu belajar untuk menguruskan setiap jangkaan anda dengan setiap cabaran yang diberikan kepada anda.

Kami sentiasa mencadangkan agar ibu-ibu di luar sana untuk mempersiapkan diri mereka dengan pengetahuan dalam penyusuan badan sebanyak yang mungkin sebelum tibanya kelahiran cahaya mata anda, jadi anda tidak akan panik jika tiba-tiba mengalami sebarang perkara yang tidak disangka. 

Di sini kami kongsikan beberapa tip dalam mencegah kesakitan puting payudara daripada hamil sehingga ke perjalanan penyusuan badan:

  • Pastikan teknik penyususan yang betul ketika menyusukan 
  • Cuci payudara dengan air suam sahaja
  • Elakkan penggunaan sabun kerana ia boleh menyebabkan masalah kekeringan
  • Guna pad payudara yang diperbuat daripada material semulajadi
  • Biarkan bayi anda menyusu terus daripada payudara secara natural
  • Elak memakai bra yang terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan geseran

Semoga senarai nipple cream terbaik ini dapat membantu menyelesaikan masalah para ibu.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Punca Puting Payudara Luka & Melecet Semasa Menyusu

Baca juga: Puting Luka & Melecet Ketika Menyusu, Ini Cara Terbaik Untuk Merawat

Baca juga: Penyebab Payudara Gatal Ketika Mengandung, Adakah Ia Normal?

Penulis

Farhana Fuad