Kini, nursing dress semakin mendapat perhatian daripada pelbagai jenama pakaian tempatan dan antarabangsa. Ini semestinya kerana ada permintaan yang tinggi di kalangan ibu moden yang mencari nursing dress terkini, yang mana ia bukan hanya menaikkan penampilan si ibu, malah ia juga memudahkan urusan ibu untuk penyusuan.
Menyusu bayi bukanlah penghalang bagi si ibu untuk berfesyen ikut trend semasa. Boleh dipakai untuk raya nanti!
Dress dan jubah atau abaya adalah outfit yang paling selesa dipakai oleh ibu mengandung dan malah ketika menyusukan kerana tiada bahagian getah yang menekan di bahagian perut yang sedang membesar mahupun selepas bersalin yang mana jika ada luka pembedahan kerana proses kelahiran czer.
Tambahan lagi, nursing dress yang menggunakan kain lembut dan sejuk dengan potongan longgar biasanya sering mendapat sambutan dikalangan ibu moden.
Isi Kandungan
Tips Pemilihan Baju Mengandung Dengan Nursing Dress, Jimat Bergaya
Semasa anda melalui fasa mengandung, semestinya anda akan rasa teruja dan suka untuk ambil peluang ini untuk pakai pakaian yang sesuai dengan watak anda sewaktu itu.
Namun, kami nasihatkan anda untuk membuat pembelian yang bijak kerana anda hanya akan pakai baju mengandung itu untuk tempoh 9 bulan sahaja!
Jadi, kami kongsikan beberapa peringatan untuk bantu anda buat pembelian yang berbaloi dan lebih jimat.
1. Pilih baju yang sesuai untuk menyusu
Kebanyakkan baju mengandung jenis blaus dan gaun datang dengan butang atau zip sorok. Dengan adanya bukaan berbutang atau berzip, anda masih boleh pakai baju tersebut selepas bersalin nanti kerana ia memudahkan anda untuk menyusukan bayi anda.
2. Design baju yang nampak lebih universal
Ada juga baju yang mempunyai rekaan yang longgar (loose) yang boleh dijadikan baju mengandung, dan ada juga baju mengandung yang nampak seakan baju biasa. Jadi, semasa di dalam bilik persalinan, ambil sedikit masa untuk bayangkan jika baju yang anda pilih itu itu sesuai dipakai untuk tempoh yang lebih lama, atau tidak.
3. Gunakan extender pada seluar berzip dan bra
Para peringkat awal mengandung (trimester pertama dan kedua), ada wanita yang masih tidak mempunyai baby bump yang ketara. Jika anda adalah dalam kategori ini, beli sahaja extender untuk seluar dan baju dalam anda agar anda kekal selesa memakai pakaian biasa anda.
4. Saiz yang sesuai sehingga full term
Bagi ibu yang buat keputusan untuk beli baju mengandung seawal trimester pertama, pastikan anda ambil beberapa saiz yang lebih besar. Pembelian ini akan lebih berbaloi kerana anda tetap boleh memakainya apabila berat badan anda semakin bertambah kemudian.
Nursing Dress Yang Selesa Dan Bergaya Untuk Ibu Moden
Bagi ibu yang baru melahirkan anak, dan mencari nursing dress yang selesa dan mudah untuk proses penyusuan, kami kongsikan senarai nursing dress yang malah adanya boleh dipakai sejak mengandung lagi. Jadi takdalah membazir bukan? Selamat memilih!
Mama’s Choice Maternity Casual Button Dress
Terbaik Material Tidak Panas Datang Bersama Topeng Muka Sedondon
|
Beli di Shopee |
Summer Glitz Jubah Maternity & Nursing
Terbaik BF friendly
|
Beli di Shopee |
9Months Maternity Drawstring Denim Nursing Dress
Terbaik labuh dan kasual
|
Beli di 9months Maternity |
The F Collection Sherlyn Maternity Nursing Bamboo Midi Dress
Nursing Dress Terbaik Selesa & Serap Peluh
|
Beli di Shopee |
The F Collection Hailey Silk Satin Top Shirt Dress Maternity
Terbaik Berkolar Jenis Satin
|
Beli di Shopee |
Zoe Arissa Elowyn Checkered Dress
Terbaik labuh yang ringkas
|
Beli di Shopee |
SummerGlitz Maternity & Nursing Wrap Maxi Long Dress
Terbaik Jenis Maxi
|
Beli di Shopee |
Tunik MY Kaftan Khawla
Terbaik Jenis Kaftan
|
Beli di Shopee |
Mama’s Choice Maternity Casual Button Dress
Nursing Dress Terbaik Material Tidak Panas Datang Bersama Topeng Muka Sedondon
Mama’s Choice Maternity Casual Button Dress boleh digayakan ketika hamil. Samada memakai bersama legging dan sebagainya. Dengan Mama’s Choice Maternity Casual Button bukan sahaja ibu akan kelihatan menarik bahkan pakaian yang dipilih sangatlah selesa. Fabriknya sangat lembut, rekaan baju tidak terlalu mengikut bentuk badan dan ianya menyokong pengudaraan.
Didatangkan pula secara eksklusif dengan pelitup muka yang sedondon dengan warna baju menjadikan ia lebih bergaya! Lebih praktikal baju ini bukan sahaja ibu boleh menggayakannya sewaktu hamil, bahkan sesuai juga ketika menyusukan anak.
Apa yang kami suka:
- Material tidak panas dan serap peluh, sesuai untuk ibu yang aktif.
- Hijab-friendly, rekaan baju yang tidak ketat.
- Sesuai digunakan ketika hamil dan juga selepas melahirkan anak.
- Dilengkapi dengan pelitup muka sedondon.
- Material bebas dari pewarna yang bahaya pada kulit.
- Pilihan warna yang menarik dan mudah disuaikan dengan pakaian yang lain.
- Mempunyai poket yang besar menjadikan mudah untuk anda menyimpan barang.
Summer Glitz Jubah Maternity & Nursing
Nursing Dress Terbaik BF Friendly
Jubah dari jenama Summer Glitz ini menggunakan potong loose dan flowy yang sesuai untuk ibu pakai semasa menyambut hari raya atau memenuhi jemputan majlis istimewa.
Jubah ini datang dengan 11 pilihan warna lembut dan terang dengan pilihan saiz M hingga 2XL.
Selain itu, jubah ini juga adalah mesra menyusu atau breastfeeding friendly dengan zip panjang di bahagian dada.
Apa yang kami suka:
- Lengan baju yang agak lebar, mudah disingsing untuk ambil wuduk.
- Menggunakan kain comocrepe yang sejuk dan tidak mudah renyuk.
- Corak kain bersilang di bahagian dada ada zip menyusu yang tersorok.
9Months Maternity Drawstring Denim Nursing Dress
Nursing Dress Terbaik Labuh Dan Kasual
Nursing dress labuh ini amat sesuai untuk ibu moden yang mencari baju mengandung semi-formal atau kasual. Dibuat menggunakan 100% cotton, menjadikan baju ini sangat selesa dipakai untuk tempoh yang lama oleh ibu.
Gaun ini mempunyai ikatan tali pada bahagian perut untuk ibu membuka dengan mudah untuk menyusukan bayi dengan selesa.
Apa yang kami suka:
- Menampilkan gaya vintage denim dengan potongan skirt A-line
- Design baju yang tetap sesuai dipakai walaupun semasa tidak mengandung.
- Juga datang dengan tali halus yang membuatkan baju ini nampak lebih bergaya.
The F Collection Sherlyn Maternity Nursing Bamboo Midi Dress
Nursing Dress Terbaik Selesa & Serap Peluh
Baju mengandung berwarna hijau mint ini nampak kasual dan lembut, sesuai untuk dipakai semasa outing hujung minggu semasa membeli belah barangan bayi.
Midi dress tanpa lengan ini mempunyai butang di sebelah depan dan juga zipless yang memudahkan ibu untuk pakai.
Selain itu, baju ibu mengandung ini juga datang sekali dengan kain yang memudahkan ibu untuk membuka baju dari bawah dengan selesa dan mudah.
Apa yang kami suka:
- Material kain diperbuat dari 95% bamboo, sesuai untuk ibu yang mempunyai kulit ekzema dan sensitif semasa hamil.
- Butang di bahagian depan boleh dibuka untuk menyusukan bayi.
- Mempunyai bahagian baju dan kain yang buat baby bump anda kelihatan lebih jelas.
- Design baju yang kemas dan sesuai juga dipakai bersama blazer untuk ke pejabat.
- Kain jenis strechable yang selesa di bahagian perut dan punggung
The F Collection Hailey Silk Satin Top Shirt Dress Maternity
Nursing Dress Terbaik Berkolar Jenis Satin
Nursing dress ini datang dengan warna Champagne yang eksklusif dan menyerlahkan citarasa si pemakainya.
Baju ini mempunyai kolar kemaja yang membuatkannya nampak formal, sesuai untuk dipakai untuk urusan harian dan untuk ke pejabat.
Butang dari kolar hingga ke bawah di bahagian depan baju memudahkan ibu untuk menyusukan bayi semasa di luar rumah.
Apa yang kami suka:
- Baju ini sesuai untuk dipadankan dengan leggings atau jeans berwarna hitam, putih dan denim.
- Boleh dipadankan dengan kasut sukan untuk nampak kasual, atau kasut bertumit untuk nampak lebih formal.
- Pembelian yang berbaloi kerana design baju ini yang loose sesuai dipakai semasa mengandung dan selepas bersalin.
Zoe Arissa Elowyn Checkered Dress
Nursing Dress Terbaik Labuh Yang Ringkas
Baju mengandung labuh bercorak petak petak kecil ini sesuai untuk ibu yang mahu baju seakan jubah, tetapi dengan sedikit modern twist.
Corak simple dengan butang yang berfungsi dar atas ke bawah bukan sekadar tambahan pada design sahaja. Yang sebenarnya, bahagian itu boleh diselak semasa menyusukan anak. Ibu boleh mengenakan kain atau seluar didalamnya.
Selain itu, material kapas yang digunakan untuk baju ini membuatkannya selesa dipakai, serap peluh dan sangat lembut.
Apa yang kami suka:
- Pilihan yang baik untuk ibu moden yang mahukan penampilan lebih sopan dengan dress yang labuh hingga ke buku lali.
- Dress yang sesuai untuk dijadikan pakaian harian atau untuk ke majlis istimewa.
- Baju pelbagai guna yang sesuai dipakai semasa mengandung dan semasa fasa menyusukan bayi.
SummerGlitz Maternity & Nursing Wrap Maxi Long Dress
Nursing Dress Terbaik Jenis Maxi
Jika anda masih lagi mementingkan gaya walaupun perlu mengepam susu ketika waktu rehat, baju daripada jenama SummerGlitz ini pastinya pilihan terbaik.
Siapa kata baju bf nursing semuanya kelihatan semuanya sama? Rekaan gaun dengan corak floral bersama ikatan reben di pinggang bakal menyerlahkan gaya anda.
Nursing wear ini tidak perlu dipakai bersama seluar. Bahagian depan yang terbuka memberi lebih keselesaan kepada ibu ketika menjalankan tugas.
Apa yang kami suka:
- Corak bermotifkan floral
- Mempunyai lubang tersorok untuk nursing
- Kain jenis ironless
- Material campuran poliester yang tidak panas dan sesuai dengan cuaca Malaysia
Tunik MY Kaftan Khawla
Nursing Dress Terbaik Jenis Kaftan
Kadang-kala ada ibu yang malas bersiap kerana perlu menguruskan anak-anak sebelum keluar kerana kesuntukan masa. Mereka mencapai apa sahaja baju yang dirasakan selesa malah dibiarkan sahaja tidak bergosok.
Jangan macam tu ya mommy! Walaupun ibu perlu menguruskan banyak hal, namun penampilan ibu masih perlu dijaga. Jika ibu tidak mahu terbeban dengan urusan seperti menggosok baju, apa kata beli sahaja baju yang tidak perlu digosok atau ironless.
Tunik MY menawarkan pelbagai rekaan baju ironless dan paling menarik perhatian kami adalah rekaan nursing dress kaftan yang sangat selesa, tidak melekat di badan, malah mempunyai pelbagai perincian seperti ikatan pinggang, zip sorok untuk menyusu, serta poket.
- Pelbagai pilhan warna yang menarik
- Tidak perlu digosok, terus pakai sahaja
- Material poly-crepe kedut yang selesa dan tidak panas
Perbandingan Harga Nursing Dress Malaysia
Jenama | Harga (RM) |
Mama’s Choice Maternity Casual Button Dress |
RM 59.90 |
Summer Glitz Jubah Maternity & Nursing |
RM 41.90 |
9Months Maternity Drawstring Denim Nursing Dress |
RM 219.00 |
Sherlyn Maternity Nursing Bamboo Midi Dress |
RM 65.00 |
Hailey Silk Satin Top Shirt Dress Maternity |
RM 45.00 |
Zoe Arissa Elowyn Checkered Dress |
RM 29.90 |
SummerGlitz Maternity & Nursing Wrap Maxi Long Dress |
RM 38.90 |
Tunik MY Kaftan Khawla |
RM 21.90 |
Khas untuk pembaca theAsianparent
Berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 dari Breeze! Isi borang di bawah sahaja!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 14 Makanan Yang Tinggi Vitamin C, Bantu Meningkatkan Daya Tahan Ibu Mengandung
Baca juga: Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu
Baca juga: Deodorant Terbaik Untuk Wanita Hamil, Bebas Bahan Kimia & Selamat Digunakan