Selalu Memberi Nutella Untuk Anak? Tahukah Anda Sebenarnya Ia Punca Kanser

Siapa sahaja yang tidak menggemari Nutella? Namun, kajian mengatakan produk makanan ini boleh menjadi punca sesuatu yang membimbangkan - kanser!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda pernah memberi Nutella untuk anak? Ini kerana ia merupakan produk makanan yang wajib ada dalam rumah. Saya sendiri selalu menambah stok supaya boleh sentiasa mengambilnya dan tiada ragu-ragu, anak-anak SUKA akannya. Jadi apabila saya membaca laporan dari The Telegraph, saya menjadi panik seperti ibu bapa yang lain. 

Nutella untuk anak dikatakan berbahaya, benarkah? 

Sekarang, badan kerajaan Eropah, European Food Safety Authority (EFSA) menyatakan yang minyak kelapa sawit yang merupakan bahan tambahan utama di dalam Nutella, menghasilkan lebih banyak pencemaran karsinogenik dari minyak sayuran yang lain apabila ditapis pada suhu lebih 200 darjah celcius. Namun, EFSA tidak menyarankan yang pengambilan Nutella mesti dihentikan kerana kajian lanjut harus dijalankan bagi memeriksa tahap risiko.

Apa yang lebih meyakinkan ialah, menurut Ferrao, firma konfeksi Itali yang memilik Nutella, mereka menggunakan proses industri yang menggabungkan suhu di bawah 2oo darjah celsius dan tekanan yang rendah untuk mengurangkan pencemaran. Walaubagaimanapun, memandangkan ia telah dibangkitkan, ia adalah perkara yang dititikberatkan oleh ramai ibu bapa.

 Dalam pemakanan harian, sama ada sedar atau tidak, kita mendedahan anak-anak kita kepada bahan perasa yang bahaya di dalam pelbagai bentuk. Sama ada mi segera, gula-gula, atau minuman manis, terdapat bahan perasa yang digunakan untuk membaiki tekstur, rasa atau jangka hayat. Persoalannya, apabila kita tahu yang sesuatu itu tidak bagus dan sihat untuk anak-anak, adakah kita akan terus memberikan terhadap anak kita atas dasar keperluan atau kemudahan?

Pernahkan anda tertanya-tanya tentang benda yang anda beri anak anda makan mempunyai bahan perasa tambahan bahaya? Menurut WebMD, berikut adalah sebahagian bahan perasa tambahan yang anda patut lihat di label makan atau minuman:

Mono-sodium glutamate (MSG): Selalunya ada di dalam semua makan paket, dari keropok hingga ke sup, MSG digunakan sebagai penaik rasa dan pengawet makanan. Ia dikatakan merosakan sel saraf, meningkatkan risiko obesiti, dan dalam sesetengah kes, menjadi punca kepada diabetis jenis dua (Type 2 diabetes).

High fructose corn syrup (pemanis jagung tinggi fruktosa): Merupakan pemanis yang dibuat daripada jagung dan pilihan lebih murah berbanding sukrosa. Ada di dalam kebanyakan makan proses, digunakan sebagai pemanis di dalam minuman bikarbonat bukan diet. Ia dikatakan meningkatkan risiko obesiti dan diabetis jenis dua (Type 2 diabetes).

Aspartame: Salah satu jenis pemanis yang sering digunakan di dalam minuman bikarbonat diet. Di katakan mempunyai elemen karsinogenik dan boleh menyebabkan sawan, pening kepala dan gangguan emosi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pewarna tiruan: Pewarna kimia yang digunakan sebagai pewarna makanan dan minuman. Boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, dan sesetengah pewarna akan membuatkan simptom asma menjadi lebih teruk.

Lemak trans: Ini adalah minyak sayuran yang telah separa dihidrogenasikan dan digunakan untuk memanjangkan jangka hayat produk makanan. Selalunya dijumpai di dalam makanan seperti bertih jagung ketuhar gelonbang mikro, donut, makanan proses, dan ia dikatakan boleh meningkatkan risiko sakit jantung. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma