Ini 5 Nutrien Penting Untuk Otak, Elak Nyanyuk Dan Mudah Lupa!

Kajian menunjukkan nutrien khusus dalam makanan memainkan peranan besar dalam menyokong kesihatan otak dan kognisi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda mudah lupa sekarang? Cepat terlupa apa yang hendak dikatakan? Selalu tak tahu di mana anda letak barang? Jika ya, sudah tiba masanya anda menjaga kesihatan otak dengan mengambil nutrien tertentu untuk mengurangkan risiko anda menghidap demensia.

Penyakit demensia atau nyanyuk merupakan penyakit otak yang progresif yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai masalah untuk mengingat, berfikir dan membuat keputusan.

Keadaan ini akan memberi impak besar terhadap kehidupan harian mereka yang menghidap penyakit ini.

Walaupun penyakit ini kerap berlaku kepada mereka yang lanjut usia, namun demensia bukanlah satu proses normal kepada golongan tersebut.

Kebiasaannya, demensia kerap berlaku kepada mereka yang berusia lebih 65 tahun.

Pengambilan Nutrien Terbaik

Dalam satu kajian dijalankan di China membabitkan 29,000 orang berusia 60 tahun ke atas, mendedahkan enam tabiat antaranya makan pelbagai makanan, kerap membaca atau bermain kad dikaitkan dengan risiko demensia yang lebih rendah dan kadar penurunan ingatan lebih perlahan.

Selalu kita bercakap tentang jantung sebagai organ utama tubuh namun otak juga sama penting seperti organ-organ lain. Ia memerlukan nutrisi yang banyak untuk berfungsi dengan secara maksima.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika otak kita mengalami masalah, ia akan menjejaskan keseluruhan fungsi tubuh kerana fungsi organ yang lain dikawal oleh otak.

Kajian telah menunjukkan nutrien khusus yang memainkan peranan besar dalam menyokong kesihatan otak dan kognisi dapat diperoleh melalui bahan harian dan bukanlah makanan tambahan (suplement).

Ini adalah sebahagian dari nutrien yang diperlukan oleh otak :

  • Magnesium

Nutrien ini memainkan peranan penting dalam banyak proses fisiologi, termasuk fungsi otak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Calon PhD di Kolej Kesihatan dan Perubatan Universiti Nasional Australia, Khawlah Alateeq berkata, penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan magnesium yang rendah mungkin dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mengalami demensia.

Kajian yang melibatkan 6,000 orang dewasa sihat secara kognitif berumur antara 40 dan 73 tahun itu mendapati, mereka yang mengambil lebih daripada 550 miligram magnesium setiap hari menunjukkan usia otak sekitar setahun lebih muda pada masa mereka 55 tahun berbanding dengan seseorang yang mempunyai purata magnesium 350 miligram sehari.

  • Potassium dan kalsium

Nutrien lain yang mempunyai sifat melindungi otak yang serupa termasuk kalium dan kalsium.

Kalsium penting untuk tulang dan gigi yang sihat, tetapi ia juga memainkan peranan dalam fungsi otot dan penghantaran saraf.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Potasium yang merupakan elektrolit mengawal keseimbangan cecair dalam badan memainkan peranan penting dalam fungsi saraf dan otot.

  • Vitamin D

Kerjasama antara Universiti Exeter Britain dan Universiti Calgary di Kanada mendapati hubungan positif antara penggunaan vitamin D dan pencegahan demensia.

Menurut Zahinoor Ismail dari Institut Kesihatan Awam O’Brien di Universiti Calgary, kekurangan vitamin D dikaitkan dengan peningkatan risiko demensia malah mereka yang mempunyai kekurangan genetik dalam vitamin D lebih berkemungkinan menghidap alzheimer.

  • Vitamin B

Beberapa kajian mencadangkan bahawa vitamin B dan lapan variannya iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12, mempunyai ciri-ciri pelindung saraf yang penting.

Satu kajian mendapati bahawa vitamin B12 (cobalamin) boleh membantu menurunkan tahap asid amino dalam darah yang dipanggil homocysteine, yang telah dikaitkan dengan kesan negatif pada otak, termasuk penyakit Alzheimer.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain pengambilan nutrien yang baik, faktor gaya hidup yang boleh diamalkan dan difokuskan termasuklah :

1. Senaman fizikal 

Melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti sederhana atau 75 minit aktiviti lasak setiap minggu.

2. Elak merokok

Jangan merokok dan cuba hentikan terutama perokok tegar. Kesannya juga tidak baik untuk kesihatan jantung dan daya ingatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Aktiviti kognitif

Melatih otak sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan melakukan aktiviti seperti membaca dan bermain kad.

4. Hubungan sosial

Bergaul dengan rakan atau orang sekeliling sekurang-kurangnya dua kali seminggu seperti menghadiri mesyuarat komuniti atau melawat rakan serta saudara-mara.

5. Elak alkohol

Jangan sekali atau sesekali minum kerana ia akan memberi kesan jangka panjang terhadap daya ingatan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Kenapa Bayi Tidak Ingat Apa Yang Mereka Belajar? Adakah Ia Normal?

Baca juga : Memori Zaman Kanak-Kanak, 7 Perkara Anak Akan Ingat Tentang Ibu Bapa

Baca juga : Risau Anak Sering Terlupa? Cuba 3 Makanan Yang Dapat Kuatkan Daya Ingatan Ini!

Penulis

Nursyamimi