Nak DIET, Tapi Risaukan Bayi Yang Masih Menyusu Badan? Ini Caranya!

Ramai yang makan oats untuk diet, tetapi ramai juga yang tidak tahu mereka perlu pilih oats yang betul bagi memastikan penurunan berat badan berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai sudah berhasil apabila mereka cuba makan oats untuk diet. Tetapi bagi ibu yang bayinya masih menyusu badan, mungkin akan menimbulkan sedikit kerisauan.

Tetapi di sini, kami kongsikan bagaimana untuk anda diet tetapi anda masih boleh menyusu dan langsung tidak menjejaskan pengeluaran susu anda. 

Salah satunya adalah dengan memasukkan oats ke dalam menu seharian anda tetapi pastikan oats untuk diet yang anda pilih sesuai untuk mereka yang sedang berdiet dan menyusu.

Baca juga: 5 Tips Diet Untuk Menyusu Agar Boleh Kurangkan Berat Badan Semasa Menyusu

Oats untuk diet bagi ibu menyusu

Ramai dalam kalangan kita yang sudah mengetahui bahawa pengambilan oat merupakan satu amalan yang bagus untuk kesihatan. Mampu membantu untuk mengawal kadar kolestrol dalam badan, oat sudah semestinya menjadi pilihan bagi anda yang mahu diet juga. Sebelum pergi lebih jauh, anda perlu tahu jenis oats terlebih dulu. Jenis oats termasuklah: #1. Instant oats Beza antara instant oats dan quick oats ialah kaedah pemprosesannya. Instant oats merupakan oata yang paling banyak diproses. Ia sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sangat nipis. Jadi teksturnya sangat halus dan berkrim apabila bercampur dengan air panas. Oats jenis segera ini boleh terus dimakan! #2. Quick oats Quick oats pula ialah instant oats yang dipotong kurang nipis berbanding instant oats. Jadi ia perlu dimasak seminit dua. Rolled oats merupakan oats yang sudah digelek namun belum dimasak . Rolled oats juga dipotong lebih tebal, jadi ia perlu dimasak selama lebih kurang 5 minit. #3. Steel cut Oat yang paling kurang diproses ialah oat jenis steel cut. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah rasanya kenyal dan kekacangan sedikit perisanya.

Kadar penyerapan

Kandungan nutrisi di dalam kesemua jenis oats masih sama walaupun berat semuanya sama. Namun begitu, perbezaan paling besar yang memberi impak kepada kesihatan ialah kadar penyerapannya.

Semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapannya ke dalam badan. Walaupun jumlah serat di dalamnya sama. Steel cuts paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah. Rolled oats lebih mudah diserap. Akhirnya quick oats dan instant oats paling senang diserap ke dalam darah sebagai gula.

Makan oats instant dan quick dari sudut kadar penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air coke dan Fanta yang mana gula lagi cepat naik. 

Oats instant punyai indeks glisemik yang sangat tinggi. Rujuk indeks glisemik dari Universiti Harvard. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi mungkin ibu menyusu boleh elak dari makan oats ini!

Macam mana nak tahu anda mengambil gula berlebihan?

Selagi boroi dikandung badan, selagi itulah maknanya gula atau karbohidrat dalam diet kita masih berlebihan. Ironi sebab orang takut makanan kolesterol dan berlemak sebab takut gemuk sedangkan ia bukan penyebab kegemukan yang saintifik.

Tetapi gula tinggi hasil daripada pemakanan tinggi indeks glisemik seperti instant oats inilah yang menyebabkan kita jadi semakin lapar, ketagihan makanan dan mengganggu aktiviti metabolik (hormon, biokimia) badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingat oat segera, ingat gula. Lupakan saja badan kurus atau sihat kalau masih ambil oats. Serat larut atau tidak, ia tidak akan “meneutralkan” kesan toksik gula berlebihan di dalam darah. 

Jangan termakan dengan fakta serat tinggi dalam instant oat bagus untuk jantung. Semua itu sudah diukur melalui indeks glisemik.

Jadi ini bermakna bukanlah tidak boleh makan oats, tetapi jika mahu diet, makanlah steel cut oats atau oat grout.

Jika nak kurangkan peningkatan gula darah apabila makan oats instant, jangan biarkan kosong. Kurangkan kuantiti dan tambahkan susu atau buah tinggi serat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Hafiz Sulaiman

Baca juga: Ini Sebabnya Kenapa Ibu Menyusu Berat Badan Naik, Dan Tak Turun-Turun Pun!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar