5 Perkara 'Annoying' Yang Orang Bujang Selalu Cakap Pada Mereka Yang Ada Anak

Lepas baca apa yang selalu dikatakan oleh orang bujang ini, anda pasti akan ketawa. Jom tengok ada tak mana-mana ayat yang selalu anda dengar?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa orang bujang selalu cakap pada mereka yang sudah ada anak?

Baru-baru ini, The Huffington Post telah menerbitkan sebuah artikel yang menyenaraikan 5 perkara paling menyakitkan hati yang orang bujang selalu cakap pada mereka yang sudah ada anak.

Selepas membaca artikel tersebut dengan ketawa yang tidak putus, kami merasakan yang ia harus dikongsikan kepada anda.

Apa yang disenaraikan memang tidak dapat disangkal. 100% tepat!

Ibu-ibu dan ayah-ayah cuba baca dan beritahu kami apa pendapat anda? Adakah anda rasa ia mengarut seperti yang kami rasa?

Antara 5 ayat yang selalu mereka sebut pada kita adalah:

1. Bila saya ada anak nanti, saya takkan [isi tempat kosong]

Tunggu hingga awak ada anak nanti baru cakap. Sebelum itu, hanya kami, para ibu bapa yang tahu yang hal itu adalah ‘cakap senanglah’.

Apabila awak sudah ada anak nanti, kita lihat macam mana!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Saya tiada duit kerana banyak kenduri

Foto ehsan: Pexels

Tunggu hingga awak jadi seorang ibu bapa, awak akan tahulah berapa peningnya menguruskan kewangan anak-anak.

Dari perbelanjaan lampin ketika bayi hinggalah perbelanjaan buku apabila anak sudah masuk sekolah. Semuanya memerlukan duit dan tidak akan sama dengan ‘masalah kewangan’ awak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Saya sungguh sibuk, saya tiada masa lapang

Foto ehsan: Pixabay

Tahukah awak yang semua orang ada kerja dan tugasan serta berusaha mencari masa lapang?

Tunggu sehingga awak terpaksa seiring membesarkan anak dan mencari duit, nanti awak akan terfikir balik semua masa lapang yang awak ada ketika bujang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Saya sungguh PENAT

Foto ehsan: Pixabay

Jika kamus boleh diubah, pasti sahaja di sebelah perkataan penat itu harus ditambah “Penat : lihat tugas ibu bapa”.

Memang semakin kita dewasa kita tidak cukup masa rehat lebih-lebih lagi masa tidur. TETAPI tiada yang lebih teruk dari para ibu bapa.

Lihat sahaja bagaimana mereka harus bersedia 24 jam sehari! Ini termasuklah bangun pada jam 2.57 pagi untuk mengepam susu dan menyalin lampin anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Saya faham apa yang awak cakap, saya ada kucing (haiwan peliharaan) di rumah

Jikapun mungkin membela haiwan peliharaan ada sedikit ‘persamaan’. Namun, ia tidak mungkinlah dua hal yang boleh dibandingkan.

Ia seolah-olah awak menyamakan penatnya memasak di dapur dengan tugasan seorang chef di hotel lima bintang!

Mengarut bukan? Apa pendapat anda?

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Kata-Kata Indah Tentang Tugas Ibu Bapa Dari Mendiang Princess Diana

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma