X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

8 Kata-Kata Indah Tentang Tugas Ibu Bapa Dari Mendiang Princess Diana

4 min bacaan
8 Kata-Kata Indah Tentang Tugas Ibu Bapa Dari Mendiang Princess Diana

Kata-kata hebat yang diucap mendiang Princess Diana ini tentang tugas ibu bapa sungguh menyentuh hati dan ada benarnya. Marilah sama-sama kita ambil inspirasi dari ikon ibu kepada Putera William dan Harry ini.

Pemergian ikon Princess Diana

Tanggal 31 Ogos tempoh hari genap 20 tahun pemergian Princess Diana dalam kemalangan tragik.

Siapa yang tak kenal Princess Diana? 

Beliau kerabat diRaja yang amat popular kerana kerja kemanusian, gaya dan kebaikan budinya. 

Tapi bagi kita, pastilah beliau satu ikon ibu yang sungguh menawan. Ibu ini yang melahir dan membesarkan Putera William dan Putera Harry.

Rasanya masih belum terlambat untuk memberi penghargaan kepada beliau. Jadi, kami di theAsianparent ingin berkongsi 8 kata-kata indah yang diucap beliau tentang tugas ibu bapa.

Kata-katanya sungguh bernas dan wajar diambil iktibar oleh semua ibu bapa di luar sana…

8 kata-kata Princess Diana tentang tugas ibu bapa

1. Ibu bapa harus ajar anak tentang empati

Kitalah insan yang paling dekat dengan anak. Kita juga contoh buat mereka. Dari kita mereka belajar semua perkara.

Sebab itu Princess Diana menekankan ibu bapa untuk ajar anak-anak tentang empati. Katanya – 

“Saya mahu anak-anak saya faham tentang situasi orang lain. Apa kekurangan, kelebihan, kesusahan, impian dan cita-cita mereka.  Bila mereka faham, mudah mereka berbuat baik pada orang lain kerana semua orang tak sempurna.”

tugas ibu bapa

Kredit: Getty Image

2. Anak-anak ini generasi yang akan mengubah dunia, ajar mereka sebaiknya.

Tugas Putera William dan Putera Harry mungkin lebih besar kerana mereka kerabat diRaja.

Tapi tak bermaksud anak kita takkan berbakti pada masyarakat juga kan? Princess Diana menyarankan ibu bapa memberi contoh yang terbaik.

“Saya bawa William dan Harry melihat gelandangan. Melihat kesusahan dalam kehidupan. Melihat pesakit kanser dan sebagainya. Saya mahu mereka tahu inilah kehidupan dan mereka perlu buat baik pada semua orang.”

3. Ajarlah si manja anda berdikari

Tiada ibu bapa yang bersedia untuk membiarkan anak mereka berdikari sendiri.

Walaupun mereka dah besar, kita masih lihat mereka seperti anak kecil yang disambut kita dengan penuh syukur dalam bilik bersalin dulu.

Kalau mereka jatuh macam mana? Tercedera?

Tapi Princess Diana faham kepentingan mengajar anak-anak berdikari. 

tugas ibu bapa

Kredit: Getty Image

“Memang saya sedih apabila William akan masuk sekolah. Tapi, inikan fasa baru dalam hidupnya. Saya mesti sokong anak saya! Saya tahu dia bersedia dan dia akan jadi anak yang berdikari.”

Wah, sungguh berjiwa besar ibu ini. Saya harap saya sekuatnya!

4. Akui yang ibu bapa juga boleh mengalami kemurungan

Masalah kemurungan sering dianggap ringan di Malaysia. Ada yang kata penghidap masalah ini saja nak perhatian.

Tapi, cabaran sebagai ibu bapa boleh membuatkan anda murung, walaupun anda jadi ibu bapa sehebat mana pun! Sebab itu Princess Diana tak menafikan keadaan itu dan merendah diri berkongsikan kisahnya.

“Saya pernah mengalami kemurungan (meroyan) selepas bersalin. Tapi tiada siapa percaya. Tiada siapa ambil kisah. Setiap pagi anda akan rasa susah untuk bangun… Anda rasa tak dihargai, sering disalah erti… Orang ingat saya hanya mahukan perhatian. Tak. Saya sebenarnya menderita dari dalam.  Tapi saya ingin bangkit. Saya nak jadi isteri, ibu dan Princess of Wales yang terbaik! Saya lawannya. Saya kena kuat!”

tugas ibu bapa

Kredit: Getty Image

Wahai ibu di luar sana, ambillah inspirasi kekuatan mendiang ini untuk anda. Cuba bangkit walau sesukar mana anda rasa! 

5. Anak itu nyawa dan jiwa semua ibu bapa

Cahaya mata itulah pengarang jantung dan jiwa semua ibu bapa. Mereka ibarat nyawa kita. 

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Princess Diana berkata –

“Saya hidup untuk anak-anak saya. Saya mati tanpa mereka. Mereka nyawa saya!”

6. Peluklah si manja itu.

“Tiada yang lebih baik selain pelukan. Ia menenangkan, ia adalah satu bentuk kasih sayang. Terutamanya buat anak-anak.”

Peluklah si manja anda selagi mereka masih kecil. Peluk mereka erat.

tugas ibu bapa

Kredit: Getty Image

7. Lindungi si manja selagi boleh!

“Saya akan bertarung demi anak-anak saya. Tak kira di mana, kenapa dan daripada sesiapa. Lindungi anak kita selagi terdaya!”

tugas ibu bapa

Kredit: Getty Image

8. Tiada yang sempurna…

Betullah, sekeras mana pun kita cuba untuk jadi ibu bapa yang paling sempurna, tiada sesiapa sempurna di dunia ini. 

“Jangan panggil saya ikon. Saya hanya seorang ibu yang sedang mencuba. Saya cuba untuk membantu ibu lain juga.”

Wah, berkobar-kobar semangat apabila membaca kata-kata indah daripada ikon istimewa ini!

Bagaimana ibu bapa semua? Mari ambil ia sebagai inspirasi untuk tugas harian kita sebagai ibu bapa, ya!

Sumber rujukan: Huffington Post

Kredit gambar: Getty Image

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com8-ayat-jangan-sebut-pada-anak/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 8 Kata-Kata Indah Tentang Tugas Ibu Bapa Dari Mendiang Princess Diana
Kongsikan:
  • 5 bukti Puteri Diana juga sama seperti ibu-ibu biasa macam kita!

    5 bukti Puteri Diana juga sama seperti ibu-ibu biasa macam kita!

  • Kisah Puteri Diana: Puteri Diana dan Putera Charles Mempunyai Anak Perempuan?

    Kisah Puteri Diana: Puteri Diana dan Putera Charles Mempunyai Anak Perempuan?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 5 bukti Puteri Diana juga sama seperti ibu-ibu biasa macam kita!

    5 bukti Puteri Diana juga sama seperti ibu-ibu biasa macam kita!

  • Kisah Puteri Diana: Puteri Diana dan Putera Charles Mempunyai Anak Perempuan?

    Kisah Puteri Diana: Puteri Diana dan Putera Charles Mempunyai Anak Perempuan?

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.