X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

(Video) Orang gaji pukul budak ini tanpa belas kasihan sehingga berdarah teruk!

4 min bacaan
(Video) Orang gaji pukul budak ini tanpa belas kasihan sehingga berdarah teruk!(Video) Orang gaji pukul budak ini tanpa belas kasihan sehingga berdarah teruk!

Mari lihat bagaimana orang gaji dera budak dengan sudu, penyapu dan macam-macam lagi tanpa belas kasihan ini. Dia sudah bekerja selama kurang dari 4 bulan!

Terkejut melihat sebuah video tular yang menunjukkan orang gaji dera budak perempuan tanpa belas kasihan. Kejadian ini dilaporkan oleh akhbar Cina Lianhe Wanbao baru-baru ini. Ia berlaku di Vietnam.

Orang gaji dera budak tanpa belas kasihan

Menurut Lianhe Wanbao, orang gaji dari Myanmar ini diambil bekerja oleh pasangan dari Vietnam tersebut untuk menjaga dua anak perempuan mereka berumur 5 dan 6 tahun.

Dia telah bekerja dengan keluarga ini kurang dari 4 bulan. Ibu bapa ini bekerja dari pukul 4 petang sehingga 2 pagi di pasar malam, oleh itu mereka perlu mengharapkan orang gaji ini untuk menjaga anak-anak mereka.

2 minggu lepas, ibu ini menemui lebam pada dahi anak perempuannya. Orang gaji tersebut mengatakan yang anaknya jatuh basikal apabila disoal.

Kata ibu budak itu, “Dia nampak sangat baik dan saya tidak pernah meraguinya. Minggu lepas saya periksa rakaman CCTV untuk melihat jika dia ada menolong anak saya sapukan minyak…”

Apa yang dia lihat selepas itu sungguh memeranjatkan! Orang gaji ini telah mendera kedua anaknya.

Dalam kebanyakkan kejadian yang dapat dilihat dari rakaman CCTV itu, dia telah menggunakan sudu, tempat pensel, alat kawalan jauh, penyapu dan macam-macam lagi untuk memukul mereka dengan ganas. Dia juga dilihat menarik rambut anak majikannya itu dan menolaknya ke meja secara paksa!

orang gaji dera budak, dera anak majikan, pengasuh pukul budak, pengasuh kejam

Dalam setiap kejadian, orang gaji ini kelihatan tidak berperasaan dan kejam. Walaupun budak ini menangis, dia tetap memukul tanpa henti.

Menurut laporan, dalam satu video, salah seorang budak perempuan ini dipukul menggunakan sudu sehingga hidungnya berdarah. Orang gaji ini mengelap darah tersebut dan meneruskan pukulannya dengan sudu.

Rakaman CCTV juga mendedahkan yang orang gaji ini memukul budak-budak ini hampir setiap hari selama 10 minit ke satu jam.

Ibu yang kecewa ini bertanya, “CCTV hanya ada rekod selama 30 hari. Siapa tahu apa yang dia lakukan pada anak-anak saya dari Januari hingga Mac? Saya rasa marah bila fikirkannya.

Ini adalah video-nya:

女佣天天下毒手 扫把遥控器打两幼主

【今日强打】表面温柔,内心极其险恶,夜市女摊主请到表里不一的“恶女佣”,家里的汤匙、遥控器和扫把瞬间变“武器”,一对年幼姐妹屡遭暴打,全程被电眼捕捉入镜!bit.ly/2jnJ9HI 完整报道请翻阅今天(5月2日)的《联合晚报》。 Posted by Lianhe Wanbao 联合晚报 on Wednesday, 2 May 2018

Orang gaji dera budak: Bagaimana nak pastikan anak anda selamat?

Ibu di dalam kes ini ini mungkin tidak akan tahu tentang penderaan tersebut, jika dia tidak periksa rakaman CCTV. Bagaimana untuk pastikan anak anda dijaga dengan betul?

Lebih-lebih lagi jika mereka terlalu kecil untuk berkomunikasi atau bercakap. Ini adalah beberapa cara:

  • Kamera CCTV

Zaman ini, kita mempunya kemewahan untuk mengetahui apa yang terjadi di rumah, walaupun kita di luar.

Tapi ia penting untuk anda beritahu orang gaji tentang kewujudan kamera untuk mengelakkan mereka membuat aduan mengganggu privasi.

  • Balik tanpa beritahu

Jangan balik rumah dengan masa yang sama setiap hari. Sesekali, balik awal untuk lihat apa yang terjadi di rumah.

Ada juga kes di mana seorang majikan balik ke rumah awal dan sedar yang orang gajinya telah bawa bayinya keluar untuk berjumpa teman lelakinya!

  • Perhatikan bayi anda memberi amaran

Perhatikan anak anda. Adakah dia mengantuk dari biasa atau tak cukup makan? Periksa badannya jika ada tanda-tanda lebam.

Adakah anak anda kelihatan takut, cemas atau tak mahu tinggal bersama orang gaji anda walaupun mereka telah tinggal dengannya untuk masa yang lama? Jika ya, anda perlu siasat kenapa.

  • Berikan peraturan

Beri peraturan rumah yang khusus seperti kerja yang perlu disiapkan setiap hari, penggunaan telefon dan meninggalkan rumah tanpa izin dll.

  • Tetapkan garis panduan

Terangkan pada orang gaji anda tentang bagaimana dia patut melayan anak anda. Terangkan dengan jelas samada mereka dibenarkan untuk disiplinkan anak anda and bagaimana.

Jika anda tidak beritahu dengan jelas, ini boleh menyebabkan mereka menggunakan taktik mereka sendiri yang mungkin anda tidak suka.

  • Jangan bebankan orang gaji

Kebanyakkn masa, orang gaji melepaskan kekecewaan dan kepenatan mereka kepada anak anda kerana mereka stress atau terikat dengan kerja yang banyak.

Bincang dengan orang gaji anda dan pastikan dia selesa dengan tugas yang diberikan. Bincang jadual yang boleh anda periksa setiap hari. Pastikan dia mempunyai tidur dan tenaga yang cukup untuk menjalankan tugas harian.

  • Latihan dan komunikasi

Apabila perlu, tulis arahan yang khusus untuk diikuy dan letakkan di peti sejuk atau dinding. Mungkin anda patut mengambil cuti beberapa hari untuk melatih orang gaji anda sehingga mereka biasa dengan suasana rumah anda.

Stories Rakan Kongsi
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Can Alternative Schooling Foster Greater Resilience? One Mum Shares Her Story
Parents, Let Us Inspire Kids To Dream Big And Change The World!
Parents, Let Us Inspire Kids To Dream Big And Change The World!
Why Parents Should Focus So Much On Early Growth In Their Kids
Why Parents Should Focus So Much On Early Growth In Their Kids
Friso Gold® TrackEasy Is Malaysia’s First Smart Packaging For Milk
Friso Gold® TrackEasy Is Malaysia’s First Smart Packaging For Milk
  • Cari yang berpengalaman

Apabila mencari seseorang yang boleh menjaga si kecil anda, sentiasa periksa jika mereka ada pengalam atau tidak. Orang yang tidak berpengalaman akan kurang kesabaran dan kematangan untuk menjaga anak anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Orang gaji
  • /
  • (Video) Orang gaji pukul budak ini tanpa belas kasihan sehingga berdarah teruk!
Kongsikan:
  • (Video) Pengasuh kejam dilihat tumbuk bayi tanpa belas kasihan!

    (Video) Pengasuh kejam dilihat tumbuk bayi tanpa belas kasihan!

  • Sedih baca luahan hati ibu ini tentang anaknya yang didera dengan teruk!

    Sedih baca luahan hati ibu ini tentang anaknya yang didera dengan teruk!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

app info
get app banner
  • (Video) Pengasuh kejam dilihat tumbuk bayi tanpa belas kasihan!

    (Video) Pengasuh kejam dilihat tumbuk bayi tanpa belas kasihan!

  • Sedih baca luahan hati ibu ini tentang anaknya yang didera dengan teruk!

    Sedih baca luahan hati ibu ini tentang anaknya yang didera dengan teruk!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.