Ibu mana yang tidak cemburu bila melihat anak terlalu rapat dengan orang gaji. Jika dibiarkan, mungkin anda sebagai ibu kandungnya akan diketepi atau timbulnya jurang antara kalian untuk lebih rapat dengan anak.
Jadi, apa patut anda buat?
Ini antara kebimbangan yang sentiasa muncul dalam minda ibu bila melihat orang gaji melayan anak kita terlalu rapat seolah-olah dia pula ibu kandungnya!
Seorang ibu bernama Biddy Low juga menerima banyak nasihat mengenai isu ini kerana dia mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Talia.
Ramai rakan-rakan menasihat untuk tidak membiarkan anak perempuannya itu terlalu rapat dengan orang gaji.
“Antara nasihat rakan-rakan seperti anak perlu mendahulukan saya untuk mandi dan menyediakan makanan untuknya.
Namun ada juga yang melampau seperti mengajar anak supaya dia tahu wanita tersebut adalah orang gaji, bukannya sebahagian daripada keluarga kita”.
“Malah mereka juga menakutkan saya dengan mengatakan jika saya ingkar nasihat mereka, anak saya akan bertambah rapat dengan pembantu rumah itu dan lebih buruk lagi jika dia memanggilnya dengan gelaran MAMA!
Kini anak perempuannya itu sudah cukup besar. Ini pendekatan yang diambil secara keseluruhan bagi menangani isu ini.
Bayi terlalu rapat dengan orang gaji, apa yang perlu saya lakukan? Baca jawapan ibu ini
#1. Anak hanya perlu sayangkan anda dan keluarganya saja
Anak saya mempunyai sikap nilai kasih sayang yang hanya perlu dicurahkan kepada keluarganya sahaja sama ada ibu, ayah, adik beradik, datuk, nenek atau saudara mara.
#2. Bagaimana jika dia memangil pembantu rumah dengan gelaran Mama?
Biasanya, bayi ketika nak belajar menyebut mama, papa, daddy, mummy memang dia akan sedikit keliru tapi kalau dia memanggil orang lain dengan panggilan tersebut tentunya kita akan marah dan cemburu, kan?
Namun apa yang saya lakukan adalah memperbetulkan kembali kedudukan tersebut hingga anak mudah faham bahawa yang dipanggil itu adalah pembantu rumah.
#3. Orang gaji bukan keluarga dan kanak-kanak perlu memahaminya
Sebagai ibu saya sentiasa menerapkan pemahaman kepada anak tentang orang gaji tapi bukannya sogok dengan mengatakan pembantu rumah orang suruhan, buruk dan sebagainya.
Namun, saya perlu beritahunya supaya dia faham bahawa pembantu rumah bukanlah ahli keluarga kita tapi anggap dia seperti makcik atau kakak yang menjaganya ketika ketiadaan saya untuk keluar bekerja.
#4. Anak hanya perlu mencintai ibunya
Talia perlu tahu bahawa saya yang perlu dicintainya sepenuh jiwa dan raga kerana saya adalah ibu kandungnya. Namun kita perlu faham kanak-kanak memerlukan lebih daripada itu untuk membentuk kehidupan yang baik.
******
Ibu sekalian, hentikan perasaan bimbang itu bila bayi terlalu melekat dengan pembantu rumah anda. Ia menunjukkan bahawa anak itu dijaga dengan baik.
Anda adalah insan yang beruntung kerana si kecil itu berada dalam tangan seseorang yang berhati mulia dan sentiasa disayangi ketika ketiadaan anda di rumah.
Bahkan, anda perlu bangga si kecil itu dapat menjalin hubungan baik dengan orang dewasa tidak kira siapapun mereka sama ada ibu bapanya, adik beradik, datuk, nenek atau pembantu rumah. Itu tandanya dia sedang membesar menjadi seorang yang penyayang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: The Vocket
Sumber: Penulis asal Jaya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.commemilih-pengasuh-anak-yang-baik