TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Otak Suami & Isteri Berfungsi Secara Berbeza, Ini Perbezaan Yang Dibuktikan Sains

3 min bacaan
Otak Suami & Isteri Berfungsi Secara Berbeza, Ini Perbezaan Yang Dibuktikan Sains

Jika anda tertanya-tanya tentang perbezaan otak lelaki dan wanita, sains telah menemui jawapannya. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini.

Ramai yang tertanya-tanya, adakah otak lelaki dan wanita berbeza? Adakah ini sebenarnya yang menyebabkan banyak pasangan sering berselisih faham?

Haaa rupa-rupanya, sains telah menemui jawapannya!

Perbezaan ketara antara otak lelaki dan wanita

otak lelaki dan wanita

Kajian mengesahkan yang otak lelaki dan wanita tak sama cara berfungsinya dan otak wanita lebih aktif. Saintis telah membandingkan imbasan otak dari 119 sukarelawan sihat dan 26,683 pesakit dengan masalah psikiatri yang berbeza seperti trauma otak, bipolar dan masalah gangguan jiwa.

Kajian yang dilakukan oleh Klinik Amen, California ini menemui, otak wanita lebih aktif di kebanyakan kawasan otak berbanding lelaki.

Hasil kajian ini juga telah membantu menerangkan bagaimana gangguan otak memberi kesan yang berbeza pada lelaki dan wanita.

“Perbezaan yang boleh diukur ini penting untuk memahami risiko gangguan otak berdasarkan jantina seperti penyakit Alzheimer,” kata Daniel G. Amen, ketua pengkaji, pakar psikiatri, dan pengasas Klinik Amen ini.

Bagaimana otak lelaki dan wanita berbeza?

otak lelaki dan wanita

 
Kajian menemui otak wanita lebih aktif pada korteks prefrontal. Ini adalah bahagian otak yang melibatkan fokus dan kawalan impulsif.

Perjalanan darah yang lebih pada otak wanita menerangkan kenapa wanita lebih kuat untuk merasa empati, gerak hati, bekerjasama, mengawal diri dan menunjukkan kebimbangan yang sepatutnya pada sesuatu perkara.

Kawasan limbic atau emosi pada otak wanita juga lebih aktif berbanding lelaki. Kawasan ini bertanggungjawab untuk mengawal mood dan kebimbangan.

Penambahan perjalanan darah di kawasan ini menerangkan kenapa ramai wanita lebih mudah mendapat gangguan kebimbangan, kemurungan, insomnia dan gangguan pemakanan.

Kajian juga menyimpulkan wanita lebih berisiko untuk mendapat penyakit Alzheimer. Manakala lelaki mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat ADHD dan gangguan yang berkaitan dengan tingkah laku.

Tip untuk elak dari kemerosotan mental

Otak Suami & Isteri Berfungsi Secara Berbeza, Ini Perbezaan Yang Dibuktikan Sains

Walaupun sukar untuk difahami, otak manusia boleh berubah dan perlu dijaga. Otak akan berubah mengikut usia. Sama juga dengan fungsi mental yang berubah mengikut usia.

Jadi, walau apa pun jantina anda, pastikan anda ikut tip di bawah bagi membantu anda untuk menjaga otak anda supaya ia sentiasa berfungsi dengan baik.

  • Hasilkan sel baru melalui aktiviti otak seperti belajar benda baru, membaca atau membuat senaman mental seperti menyelesaikan puzzle atau masalah matematik.
  • Senaman fizikal dan nutrisi yang baik akan membantu fikiran dan badan. Senaman akan merangsang perkembangan saraf sel baru dan meningkatkan hubungan antara sel otak.
  • Amalkan diet Mediterranean yang menekankan lebih kepada buah, sayur, kekacang dan minyak tak tepu. Ini akan menghalang kecacatan kognitif dan demensia.
  • Perbaiki tekanan darah, kolestrol dan kadar gula dalam badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Kajian yang sama juga menunjukkan yang wanita lebih berisiko untuk mendapat kemurungan dan gangguan kebimbangan. Jadi, pastikan anda tahu tanda-tanda masalah ini dan minta bantuan jika anda memerlukannya.

Stories Rakan Kongsi
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
This Exclusive Mum-Club Gives The Best Vouchers, Freebies and Offers. Be A Member Today!
This Exclusive Mum-Club Gives The Best Vouchers, Freebies and Offers. Be A Member Today!
Makanan Pepejal Untuk Anak: Adakah Makanan Organik Bayi Lebih Baik?
Makanan Pepejal Untuk Anak: Adakah Makanan Organik Bayi Lebih Baik?
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!
Anak Susah Minum Susu? Ini Tips Daripada Pakar Untuk Pujuk Anak Minum Susu & Kepentingannya Pada Tumbesaran Mereka!

Artikel asal oleh elaineboey dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Anak Cerita Lihat Bapa Berpeluk Atas Katil Dengan Perempuan Lain, Isteri Murung Hingga Nak Campak Bayi

Baca juga: Tiga Jenis Masalah Kemurungan Selepas Bersalin

Baca juga: KAJIAN: Lelaki Boleh Alami ‘Meroyan’ Selepas Kelahiran Bayi,13 Tanda Boleh Dikenalpasti!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • Otak Suami & Isteri Berfungsi Secara Berbeza, Ini Perbezaan Yang Dibuktikan Sains
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham