Teruskan Rasai Detik Kehamilan Dengan Gembira, Banyak Keistimewaan Terhidang Buat Kita

Teruskan Rasai Detik Kehamilan Dengan Gembira, Banyak Keistimewaan Terhidang Buat Kita

Setiap wanita hamil telah Allah janjikan pahala yang berlipat ganda tanda betapa besarnya kebesaran Tuhan Yang Maha Esa.

Kehamilan merupakan satu-satunya momen yang paling ditunggu-tunggu oleh ibu hamil bersama suaminya. Apatah lagi, ada banyak pahala ibu hamil ini yang sangat mudah untuk dimiliki.

Sebab itu perempuan Islam yang sedang mengandung ternyata mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT dan kandungannya akan diperlihara dengan baik sehinggalah selamat dilahirkan nanti.

Nak tahu apakah pahala ibu hamil yang telah dijanjikan oleh Allah SWT? Di sini perkongsiannya.

7 Pahala ibu hamil yang mudah untuk dimiliki 

Berikut ini adalah penjelasan berkaitan pahala ibu hamil yang mereka akan perolehi selepas tahu diri berbadan dua.

#1. Setiap ibadah ibu hamil

pahala ibu hamil

Pertama berkaitan ibadah yang dilakukan ibu hamil akan diberikan ganjaran pahala yang cukup luar biasa oleh Allah SWT. Lantas ia menjadi semangat untuk ibu mengandung memperbanyakkan amalan yang soleh.

Rasulullah SAW turut mengatakan bahawa dua rakaat yang dilakukan ibu hamil adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan 80 rakaat yang dilakukan oleh perempuan yang tidak mengandung.

Keistimewaan itu diberikan atas sebab perempuan hamil sedang membawa janin di dalam kandungannya.

Sekaligus janin yang berada dalam perut ibu dapat mendengar kalimah suci Al-Quran dan bacaan solat yang mempunyai maksud yang cukup mendalam dan baik.

Sebab itu, ibu hamil disarankan untuk selalu membaca Al-Quran dan mendengar kalimah suci sambil berniat anak yang dikandungkan mempunyai sifat yang terpuji dan baik hati.

#2. Memperoleh pahala puasa dan pahala ibadah di malam hari

Pahala ibu hamil yang seterusnya adalah mereka memperoleh pahala puasa di waktu siang serta pahala ibadah di waktu malam.

Ini kerana, ibu sedang membawa amanah yang dikurniakan Allah SWT kemana jua walaupun tubuh mereka penat dan sakit kerana kandungan semakin membesar.

#3. Pahala untuk mendapat mati syahid

Seterusnya keistimewaan yang boleh diperolehi oleh wanita hamil adalah sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan melahirkan, mereka akan dianggap mati syahid.

Rasulullah SAW bersabda:

“Mati syahid itu ada tujuh, selain mati terbunuh dalam perang fii sabilillah, yaitu: mati karena penyakit tha’un, mati karena tenggelam, mati karena penyakit lambung, mati karena sakit perut, mati karena terbakar, mati karena tertimpa reruntuhan, dan perempuan yang mati karena hamil atau melahirkan,” - HR Ahmad, Abu Dawud, Nasai dan Malik.

Allah memberi jaminan ibu hamil yang meninggal dalam masa kehamilannya di mana mereka akan memperoleh syurga sebagaimana yang dijanjikan Allah pada orang lelaki jika mati syahid di medang perang.

Kedudukan tinggi orang perempuan semasa hamil menunjukkan betapa besarnya harkat yang diberikan Allah dan RasulNya kepada kaum wanita.

Walaubagaimanapun, kematian mereka akan jadi sia-sia jika kehamilan itu datangnya dari perbuatan zina.

#4. Wanita hamil seolah berjihad di jalan Allah

pahala ibu hamil

Semasa seorang perempuan sedang mengandung yang bermula dari sakit ketika hendak bersalin, maka Allah akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

#5. Malaikat sentiasa beristighfar untuk ibu hamil

Semasa seorang perempuan sedang mengandung, maka malaikat akan sentiasa beristighfar untuknya dan Allah juga mentaatkan baginya setiap 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.

#6. Memperoleh satu pahala haji

Rasulullah SAW akan mendapatkan pahala 70 tahun solat dan puasa bagi wanita hamil dan juga yang mengerah keringat untuk melahirkan.

Malah setiap rasa sakit dalam urat sarafnya akan digantikan oleh Allah dengan mengurniakan 1 pahala haji.

#7. Segala pahala jika mengalami kesulitan

pahala ibu mengandung

Sekiranya ibu hamil mengalami sakit, gangguan kesihatan, keletihan dan apa sahaja semasa hamil, maka segala urusan di dunia ini akan diberikan ganjalan pahala.

Seorang wanita muslim itu akan menerima ganjalan pahala bahkan sehingga duri yang mengenai perempuan tersebut maka Allah akan hapuskan segala dosa-dosanya.

Diharap perkongsian ini memberikan ibu lebih bersemangat untuk melahirkan bayi walaupun mungkin dibayangi dengan perasaan takut.

Semoga bermanfaat.

Teruskan Rasai Detik Kehamilan Dengan Gembira, Banyak Keistimewaan Terhidang Buat Kita

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: PopMama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner