JIJIK! Lelaki Sarung Bantal Dengan Coli & Seluar Dalam Wanita Yang Dicuri Dari Jiran

Terlalu ghairah nak buat seks agaknya sampai lelaki ini tekad mencuri pakaian dalam wanita untuk melepaskan nafsunya!

Sekarang ini boleh dikatakan keluar pelbagai cerita yang pelik-pelik yang berlaku di sekitar kita sampai rasa takut pun ada terutamanya kalau ia membabitkan kejadian curi pakaian dalam wanita.

Ini kerana wanita selalu menjadi mangsa seks orang lelaki yang ingin melepaskan nafsu mereka semata-mata tanpa mengira baik dan buruknya.

Lebih menakutkan bila pakaian dalam wanita dicuri oleh kaum lelaki yang ingin melepaskan nafsu mereka dan mungkin berimaginasi yang tidak baik.

Lelaki curi pakaian dalam wanita

Ini yang berlaku pada situasi di mana seorang lelaki di pertengahan usia ditangkap polis di Kelemak Alor Gajah Melaka selepas didapati mencuri pakaian dalam wanita jirannya sendiri.

Lebih mengejutkan, lelaki ini dipercayai melakukan perbuatan jijik ini sejak November 2019 dan berbuat demikian berulang kali hingga tertangkap.

Yang tidak disangkakan, lelaki berusia 51 tahun ini menyarung seluar dan baju dalam wanita yang dicuri itu kepada bantal sebagai patung seks.

Terbongkar melalui rakaman CCTV

Namun akhirnya perbuatan lelaki tersebut terbongkar selepas rakaman CCTV menunjukkan yang dia menyelinap masuk ke salah sebuah rumah jiran untuk mencuri pakaian dalam wanita.

Kemudian, mangsa iaitu seorang suri rumah yang berusia 31 tahun membuat laporan polis kerana mendapati seluar dalamnya telah dicuri.

Menurut wanita berkenaan, sekitar jam 7.40 pagi dia mahu memasukkan baju di dalam mesin basuh di belakang rumah lalu menyedari seluar dalamnya dan anak perempuan telah hilang.

Kemudian, dia membuat keputusan untuk melihat rakaman CCTV dan terkejut bila ternampak ada seseorang yang tidak dikenali memanjat pagar rumah dan pecah masuk ikut pintu belakang.

Selepas itu, CCTV menunjukkan bahawa lelaki itu pergi ke mesin basuh dan menyelongkar untuk mendapatkan seluar dalam lalu terus melarikan diri.

Polis berjaya menahan suspek

Kira-kira jam 9.30 malam, polis berjaya menahan suspek pada hari yang sama selepas laporan dibuat oleh mangsa.

Semasa serbuan di rumah suspek, polis merampas 40 helai pakaian dalam yang merangkumi 10 helai seluar dalam dan 30 coli.

Bukan itu saja, polis juga menemui satu bantal yang dipakaikan seluar dan coli perempuan seolah dijadikan patung seks.

Walaubagaimanapun, ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan terlibat dengan dua kes liwat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tips elak jadi sasaran kes kecurian

#1. Pakaian dan kasut

Walaupun anda telah menggunakan pakaian dan kasut berulang kali namun barang-barang tersebut masih ada nilai jika dijual semula.

Jadi misi si pencuri adalah akan menyelongkar semua barang-barang ini terutama yang berjenama untuk dijual pada orang lain tanpa pengetahuan anda.

Pelbagai taktik yang mereka akan lakukan semata-mata untuk mencuri.

#2. Wang dan duit

Jika anda ada menyimpan wang di rumah pastikan ia berada di tempat yang selamat tanpa pengetahuan orang lain. Tapi adalah lebaik wang itu disimpan di bank atau pusat simpanan kewangan yang lain.

#3. Gajet / komputer/ laptop/ telefon bimbit

Gajet adalah barang yang paling mudah dicuri oleh si pencuri semasa memecah masuk ke dalam rumah.

Sekiranya kita mengkaji secara ringkas, pencuri boleh mengesan komputer riba, tablet, telefon pintar dan sebagainya yang mungkin diletakkan di meja sisi dalam bilik tidur.

#4. Beg tangan dan dompet duit

Dua benda ini biasanya mempunyai barang penting seperti kad pengenalan, kad kredit dan wang.

Lebih-lebih lagi kalau beg tangan itu sendiri nilainya lebih besar dari duit yang ada dalam beg itu.

Kalau bawa kereta, letakkan beg tangan di tempat duduk penumpang di sebelah bawah supaya mengelak daripada dicuri.

#5. Barangan kemas

Jika berada di tempat yang sesak elakkan memakai barangan kemas atau perhiasan mewah kerana ia boleh menjadi perhatian mata-mata pencuri. Jadi berhati-hatilah ya!

Diharap kejadian mencuri pakaian dalam wanita ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Lobak merah, Wanista 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comluka-pada-kemaluan