Seorang bapa bernama Brad Kearns memberi nasihat kepada ibu bapa yang lain tentang kesan penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan pengabaian terhadap anak-anak.
Menurut Brad yang juga merupakan blogger profesional, dia sering memberi tips berkaitan keibubapaan dalam blog yang ditulis dan selalu memberi perkongsian tentang perkembangan dunia semasa.
Namun dalam tak sedar, dia sebenarnya sudah mengabaikan anak-anak kerana terlalu leka dengan telefon bimbit hampir setiap hari.
Oleh sebab dia mengakui kesilapannya itu dari awal maka dia berusaha memperbaiki masa bersama dengan anak-anaknya dan berkongsi pengakuannya itu melalui laman Facebook sehingga mendapat ribuan shared dan followers.
Kesan penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan anak terabai
Kredit: Sirap Limau
Parents , tolong ingat pesanan ini. Jangan biarkan telefon bimbit membuatkan anda menjadi ibu bapa yang teruk.
Aku selalu bersama dengan anak-anak di rumah dan pada masa yang sama sibuk dengan Facebook untuk mengikuti perkembangan hal semasa sebelum ditulis dalam blog.
Knox, anak lelakiku tiba-tiba datang mendekati dan berdiri di hadapanku. Pada mulanya aku tidak memberi perhatian kepadanya namun dia tetap berusaha menarik pandanganku kepadanya.
Dia cuba menunjukkan salah satu mainan kereta miliknya. Namun aku masih tidak berpaling ke arahnya.
Kemudian, aku nampak dalam hujung mata yang dia masih berdiri dihadapanku dan berkata “hai”.
Lalu aku juga mengatakan Hai kembali kepadanya namun dia masih mengulanginya beberapa kali tanpa henti. Kemudian dia ambil lagi mainan yang lain sambil terus berusaha menarik perhatianku.
Akhirnya aku mendongakkan kepala lalu memandangnya sambil berkata “Daddy sedang sibuk, boleh tak kamu bermain dengan adik saja?”
Kemudian dia keluar dan bermain dengan suara yang perlahan bersama adiknya. Manakala aku terus menatap kembali Facebook.
Selang beberapa minit dia masuk kembali ke dalam bilik dan membuat hal yang sama seperti tadi.
Ya, ini silapku di mana aku tidak bermain dengannya kerana sibuk dengan kerja dan mungkin dia bosan serta merindukan perhatian dari ayahnya ini.
Aku juga faham dia inginkan perhatianku tetapi aku terlalu sibuk hingga anak terabai.
Mula sedar kesan penggunaan telefon bimbit pada anak-anak
Kredit: I city theme park
Aku mula sedar lalu mematikan telefon bimbitku hingga merasakan diri bagaikan bapa yang tidak berguna.
Kemudian aku mendekatinya dan ajaknya bermain sama hingga dia berasa aneh dengan permintaanku itu.
Lalu dia bertanya, benarkah ayah ingin bermain bersama saya? Hinggalah kami bermain sepanjang hari dan aku matikan telefon bimbit di meja kerja.
Ingatlah parents tiada apa yang membahagiakan anak-anak selain ibu bapanya berada disisi dan luangkanlah masa melayan karenah mereka.
Ingatlah ayah ibu, jangan terlalu seronok bermain telefon bimbit sampai anak-anak rasa terabai dan tidak dipedulikan lantas membuatkan mereka bersedih.
Meskipun sibuk dengan kerja, luangkan sedikit masa dengan anak-anak supaya mereka tetap enjoy dengan kehidupan yang dilalui setiap hari. Kalau boleh cium dan peluk anak setiap hari supaya mereka merasakan kasih sayang daripada ibu bapanya.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Syahar Banu. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga
https://my.theasianparent.comanak-ayah/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!