Pakar Psikiatri Didakwa Hantar Mesej Lucah Pada Pesakit, Ini 4 Langkah Bijak Tangani Masalah Gangguan Seksual

Satu laporan dibuat apabila seorang pakar psikiatri didakwa melakukan gangguan seksual terhadap salah seorang pesakitnya dan menghantar mesej lucah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang kita sedia maklum, pakar psikiatri merupakan seorang yang diberi lesen perubatan bagi merawat pesakit yang mengalami masalah mental, emosi dan tingkah laku.

Namun begitu, tak disangka pula baru-baru ini, seorang pakar psikiatri didakwa melanggar etika kerjanya apabila melakukan gangguan seksual terhadap pesakitnya yang juga seorang mangsa rogol!

Pakar psikiatri ganggu pesakit mangsa rogol 

Pakar psikiatri tersebut yang dikenali dengan nama Dr. Gurdeep adalah seorang psikiatri di sebuah hospital di Petaling Jaya yang sepatutnya memberikan nasihat profesional kepada mangsa pemerkosaan.

Tapi malangnya dia menyalahgunakan jawatannya itu dengan mengatakan seseorang itu harus menikmati seks dengan rasa puas.

Wanita tersebut dirujuk kepada Dr. Gurdeep untuk menerima rawatan daripadanya sekitar awal tahun ini. Tapi malangnya hidupnya bertukar ngeri sejak bertemu dengan doktor tersebut.

Gangguan seksual yang diterima dari pakar psikiatri ini bermula selepas beberapa sesi konsultasi dan doktor tersebut turut bertindak menghantar beberapa kiriman SMS melalui Whatsaap.

Gangguan seksual dari pakar psikiatri itu 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada mulanya, mesej dimulakan dengan baik namun ia beransur-ansur kepada mesej yang berbentuk lucah dan meminta pesakitnya itu melancap bersama-sama.

Namun, mangsa cuba bertenang dan masih mengekalkan sikap profesional terhadap doktor tersebut.

Tak cukup dengan itu, Dr. Gurdeep juga berterusan mula menghantar imej telanjang dan menunjukkan alat kemaluannya sendiri.

Selain, menunjukkan pesakitnya itu mainan seks yang telah dibeli dan menjemput mangsa untuk datang ke rumahnya.

Laporan polis dan siasatan lanjut dijalankan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Laporan terperinci telah dihantar ke hospital tersebut dan kini sedang dalam siasatan pihak polis.

Walau bagaimanapun, pihak hospital memberitahu telah menerima aduan tersebut dan mengambil tindakan segera dengan menggantung kerja pakar psikiatri tersebut pada 6 Julai 2019 diikuti penamatan jawatannya berkuatkuasa pada 15 Julai 2019.

Syukurlah, hospital tersebut pantas membuat keputusan supaya insiden yang sama tidak berlaku pada pesakit yang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa nak buat kalau kena gangguan seksual?

#1. Simpan bukti

Simpan segala bukti yang boleh mendakwa si pelaku melakukan segala perbuatan terkutuk itu terhadap anda. Kemudian catat tempat kejadian, waktu dan perincian ucapan pelaku.

#2. Buat laporan polis

Oleh kerana ia adalah tindakan yang melanggar undang-undang maka anda perlu membuat laporan polis agar dapat menjaga kepentingan mangsa dan si pelaku tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Ceritakan kepada orang yang boleh dipercayai

Beritahu kepada orang lain sama ada keluarga atau sahabat baik tentang gangguan yang anda terima dari si pelaku.

#4. Membuat aduan di persatuan wanita

Jika masih ragu-ragu anda boleh bertindak dengan menghubungi persatuan wanita yang aktif seperti AWAM dan WDC bagi membantu tangani masalah ini.

Semoga pakar psikiatri tersebut mengaku dengan perbuatannya itu dan tidak melakukan kesalahan yang sama terhadap orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: World Of Buzz

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Ayah Buat TAK TAHU SAJA Lihat Abang Cabul Adik Angkat Di Tempat Umum!