Seorang lelaki berusia 42 tahun yang berasal dari negara jiran telah didakwa di Mahkamah Tinggi selepas dituduh melakukan gangguan seksual pada anak perempuan tirinya yang berusia 8 tahun.
Lelaki berkenaan pada mulanya telah mengaku bersalah, tetapi ditolak oleh hakim kerana dia menyalahkan mangsa atas tindakannya itu. Atas sebab tersebut, dia menghadapi tuduhan yang lebih serius.
Lelaki itu mendakwa anak perempuannya itu yang mula menggodanya dahulu meskipun dia telah menolak perlawaan itu berulang kali.
Bukan itu saja, lelaki itu juga mendakwa yang kanak-kanak itu mula meletakkan tangannya di bahagian alat sulitnya. Biar betul kan, budak 8 tahun buat macam itu? Boleh percaya ke?
Namun, lelaki ini tetap mahu mengaku bersalah dan merasakan kes perbicaraan berjalan terlalu lama hingga mengatakan keluarganya telah tertekan dengan keadaan yang belaku.
Gangguan seksual pada anak tiri telah berlaku hampir 2 tahun
Kredit: Mstar
Menurut Penolong Pendakwa Raya Kavita Uthrapathy, tertuduh mula buat gangguan seksual ini semenjak Januari 2015 selepas berkahwin dengan ibu kandung kanak-kanak terbabit.
Tertuduh pada mulanya hanya sentuh bahagian kemaluan kanak-kanak itu sambil berlapik dengan baju hingga nafsunya semakin buas dan sukar dikawal lagi.
Kavitha turut menambah bahawa tertuduh tidur bersama mangsa dan ibunya hingga perbuatan terkutuk itu dilakukan.
Gangguan seksual ini berlangsung sehingga Oktober 2016 apabila bapa kandung mangsa merasakan pelik apabila anaknya itu enggan dan berat hati untuk pulang ke rumah.
Bapa ini sangka mungkin anaknya tidak mahu berpisah dengannya namun dia mulai mengesyaki sesuatu yang tidak kena.
Apabila disoal siasat akhirnya mangsa menceritakan apa yang terjadi pada bapanya lantas membuat laporan polis dan kini mangsa tinggal bersama bapa kandungnya.
Diharap hukuman setimpal diberikan pada tertuduh kerana perlakuan tersebut sungguh memalukan!
Tips mengelak gangguan seksual
Kredit Mag Daily
– Ajar anak untuk mengenali anggota badan mereka terutamanya bahagian anggota yang tak boleh disentuh oleh sebarangan orang seperti payudara, zakar, vagina, punggung, tangan, mulut dan lain-lain.
– Berpakaian sopan terutama pada anak yang sudah sampai umur aqil baligh.
– Apabila anak lelaki sudah capai umur matang, sebaiknya asingkan tempat tidur mereka. Ini dapat mengelakkan sumbang mahram atau serangan seksual yang boleh merosakkan kehidupan anak-anak.
– Jangan biasakan anak disentuh oleh sesiapa sesuka hati sehingga menimbulkan rangsangan tertentu.
– Ajar untuk memilih kawan yang baik dan cara bergaul dengan rakan-rakan.
– Beritahu anak supaya memberitahu/ menceritakan kepada anda jika ada perkara buruk terjadi kepada mereka. Jangan biarkan mereka takut untuk ceritakan hal tersebut pada anda.
– Pantau penggunaan internet anak setiap hari. Block website lucah dan sebagainya.
Semoga anak-anak kita semua dijauhkan dengan anasir yang tidak sihat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: World Of Buzz
Baca juga
https://my.theasianparent.comcabul-anak/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!