9 Pakej Berpantang Yang Bagus Dengan Harga Mampu Milik Untuk Ibu-Ibu Baru Bersalin

9 Pakej Berpantang Yang Bagus Dengan Harga Mampu Milik Untuk Ibu-Ibu Baru Bersalin

Waktu berpantang merupakan waktu untuk ibu merawat diri dan berehat untuk pemulihan badan. Confinement lady akan membantu ibu, jadi pilih pakej berpantang dari senarai ya!

Menjelang tarikh bersalin, pasti ibu sudah mula mencari pakej bersalin bagi menguruskan hal ibu dalam tempoh berpantang. Bagi kawasan Lembah Klang, ada banyak syarikat yang menawarkan pakej bersalin mengikut bajet, malah ada yang ditempah seawal 3 bulan kehamilan!

Pakej bersalin biasanya didatangkan dengan servis menguruskan ibu dan bayi semasa tempoh berpantang, termasuklah mengurut ibu,  menyediakan perkhidmatan spa seperti lulur dan bertungku, memandikan bayi, serta ada juga yang membasuh baju dan menyediakan makanan.

Malah ada pakej bersalin yang menawarkan confinement lady untuk tinggal bersama ibu dan bayi mengikut tempoh yang dikehendaki. Wah, ini sangat membantu para ibu yang masih lemah selepas  bersalin.

Memilih Pakej Berpantang Pilihan

pakej berpantang

Walaupun banyak tawaran dari pelbagai pakej bersalin, pastikan ibu menitikberatkan beberapa perkara sebelum memilih pakej. Ini kerana harga untuk pembantu berpantang bukanlah murah ya, jadi ibu harus pilih yang perlu dan mengikut bajet anda.

1. Jenis perkhidmatan

Pastikan ibu memilih pakej bersalin yang lengkap dengan keperluan anda. Contohnya, sekiranya ibu berpantang di rumah keluarga, mungkin ibu tidak perlu mengambil pakej pembantu bermalam di rumah selama tempoh berpantang.

2. Rekomendasi

Pastikan ibu bertanya pada keluarga dan rakan-rakan yang pernah menggunakan khidmat dari syarikat, terutama mengenai servis yang dijalankan. Adakah mereka melakukannya dengan baik dan dengan harga yang berbaloi?

3. Profesional

Cari pembantu yang boleh menguruskan ibu dan bayi dengan baik dan lemah lembut, serta memberikan sepenuh perhatian semasa bekerja. Yang penting dia mematuhi kesemua perkhidmatan di dalam pakej dengan baik.

Oh ya, pastikan ibu memberitahu tarikh anggaran kelahiran @ due date lebih awal kepada pihak penjagaan berpantang ya. Ini bagi memastikan pihak syarikat dapat mengosongkan slot terlebih awal bagi memberikan sepenuh perhatian kepada anda!

9 Pakej Berpantang Terbaik Di Sekitar Lembah Klang

9 Pakej Berpantang Di Sekitar Lembah Klang
Cassia Confinement Care
Servis berkualiti, harga kompetitif, Malaysia & Luar Negara
more info icon LAYARI LAMAN INI
LYC Mother & Child Centre
Terbaik keseluruhan
more info icon Layari laman ini
Mama Baby Confinement Care
Terbaik lengkap perkhidmatan dengan bertahun pengalaman
more info icon Hubungi kami
Mom Retreat Home
Terbaik harga berpatutan
more info icon Layari disini
Perbidanan Melayu
Terbaik dengan servis penjagaan muka
more info icon Layari laman ini
Lavender Confinement Centre
Cover luar negara
more info icon Hubungi kami
Fazrina Postnatal Care
Pakej Berpantang Terbaik Mengikut Kesesuaian Dan Bajet Anda
more info icon Hubungi kami
Natalis Mother Care & Beauty
Pakej Berpantang Terbaik Dengan Layanan Istimewa
more info icon Hubungi Kami
Mamacare.my
Pakej Berpantang Terbaik Dengan Harga Yang Berpatutan
more info icon Tempah Di Sini

 

Cassia Confinement Care

Servis berkualiti, harga kompetitif, Malaysia & Luar Negara

Cassia Confinement Care

Cassia Confinement Care menyediakan khidmat penjagaan pantang ‘stay in’ di rumah pelanggan. Harga pakej yang sangat kompetetif tanpa mengorbankan kualiti. Barangan pantang juga lengkap, bersih & baharu bagi keselesaan para pelanggan.

Rawatan diberikan oleh CL yang berpengalaman luas dapat membantu ibu-ibu menenangkan minda & membina moment yang indah.

Hampir semua pelanggan berpuas hati, luka cepat sembuh, penghasilan susu yang memberangsangkan, mendapat rehat yang cukup dan ada yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 20kg dalam tempoh berpantang.

Pakej pantang yg disediakan :

  • Urutan pantang termasuk urutan bengkak/lancarkan susu.
  • Tungku / hot stone
  • Sauna
  • Tangas
  • Scrub seluruh badan
  • Mandi herba
  • Param,pilis & tapel
  • Bengkung

Tugasan harian seperti :

  • Mandian, tuam & penjagaan baby.
  • Mengemas kawasan berpantang.
  • Masakan pantang sehari 4×

 

LYC Mother & Child Centre

Pakej Berpantang Terbaik Keseluruhan

pakej berpantang

LYC Mother & Child Centre merupakan antara pusat perkhidmatan penjagaan pantang yang terkenal dan menjadi pilihan utama ibu-ibu. Ia menawarkan pakej berpantang yang sangat eksklusif kepada si ibu untuk berehat dengan secukupnya.

Bagi ibu baru yang ingin merasai pengalaman dijaga dan bayi dipantau dengan rapi di bawah pengawasan keselamatan 24 jam, bolehlah menginap di sini yang mana bilik penginapannya setaraf dengan hotel 5 bintang!

Di samping itu, para suami juga mempunyai ruang rehat untuk menemani isteri. Ibu boleh pilih pakej mengikut bilik iaitu Deluxe, Premier & VIP.

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Terapi Japanese Hot Spring
  • Penjagaan pantang dari kepala hingga kaki ibu
  • Senaman terapi dan yoga selepas bersalin
  • Penyediaan makanan yang premium
  • Penyediaan pemakaian bayi dari lampin hingga persalinan
  • Sesi one-to-one penjagaan bayi

Tambahan lain:

  • Foto bersama keluarga

Instagram:

LYC Mother Child

Mama Baby Confinement Care

Pakej Berpantang Terbaik Lengkap Perkhidmatan Dengan Bertahun Pengalaman

pakej ibu berpantang

Buat yang masih mencari pakej berpantang terbaik, ibu boleh cuba perkhidmatan CL dari Mama Baby Confinement Care yang sudah bertahun-tahun beroperasi. Selain itu, mereka juga menawarkan pakej penutup pantang dan pakej urutan wanita yang keguguran.

Oh ya, di sini juga anda boleh tempah pakej makanan berpantang sahaja yang akan dihantar terus ke rumah!

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Menguruskan bayi
  • Urutan bersalin (normal/czer)
  • Urutan lancar susu
  • Bertungku batu sungai
  • Naikkan peranakan/urutan sengkak
  • Mandian dan lulur herba
  • Bertangas wangi
  • Sauna herba
  • Pam/pilis/tapel perut/pakaikan bengkung
  • Tocangkan rambut
  • Pakaikan bengkung

Tugasan harian seperti:

  • Memasak masakan pantang 2kali sehari (Bahan mentah disediakan CL)

Mom Retreat Home

Pakej Berpantang Terbaik Penginapan Selesa

pakej berpantang di kl

Mom Retreat Home Confinement Centre adalah salah satu penyedia penjagaan selepas bersalin di tempat penginapan yang selesa dengan layanan terbaik.  CL akan bantu si ibu dengan memberi perkhidmatan berpantang yang lengkap sesuai dengan bajet.

Anda boleh memilih pakej pantang sama ada asas, sesi pagi atau petang atau sepanjang hari iaitu selama 8 jam bermula dari 9 pagi hingga 5 petang. Jadi, pilihlah bergantung pada badan dan keperluan mommies, okay?

Selain itu, mereka juga menawarkan urutan prenatal dan pakej keguguran. Layanan pantang akan diberikan oleh terapis yang terlatih dan berpengalaman.

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Urutan lancar susu
  • Terapi infra red (IRR)
  • Tungku
  • Mandi herba tradisional

Tugasan harian seperti:

  • Menyediakan makanan pantang
  • Menguruskan bayi: mandi, urutan
  • Penjagaan staf selama 24 jam 

Tambahan lain:

  • Percuma pek mandian terapi & scrub 

Perbidanan Melayu

Pakej Berpantang Terbaik Dengan Servis Penjagaan Muka

berpantang

Perbidanan Melayu menawarkan harga set berpantang terbaik yang disertakan sekali dengan pengangkutan percuma. Selain itu, bagi yang berniat untuk mencukur kepada bayi, boleh request sekali tau. Alang-alang dimanjakan, ibu akan diberikan servis penjagaan muka dalam pakej yang sama.

Bagi tempahan 14 hari ke atas, ibu boleh mendapatkan servis makanan pantang secara percuma!

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Menguruskan bayi
  • Urutan tradisional
  • Urutan lancar susu (jika perlu)
  • Mandi limau
  • Mini facial
  • Urutan totok wajah
  • Body mask
  • Ungkup wangi 
  • Lulur bara
  • Mandi bunga
  • Bertangas herba
  • Sauna dan urutan scrub
  • Pam/pilis/tapel perut/pakaikan bengkung

Tugasan harian seperti:

  • Memasak masakan pantang

Instagram:

Perbidanan Melayu

Lavender Confinement Centre

Pakej Berpantang Terbaik Cover Luar Negara

pakej berpantang

Lavender Confinement Centre menawarkan pelbagai pakej yang menarik khusus untuk ibu-ibu yang belum mempunyai jumpa CL yang sesuai. Ramai ibu yang berpuas hati dengan perkhidmatan CL dan layanan yang memang tip top!

Perkhidmatan pantang yang ditawarkan juga boleh ditempah dari 3 hari sehingga mencecah sehingga 44 hari keseluruhan.

Paling menarik, ibu yang berada di luar negara juga boleh mengupah perkhidmatan CL profesional mereka untuk merasai pantang secara tradisional.

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Menguruskan bayi
  • Urutan tradisional khas
  • Mandian herba wangi
  • Bertangas
  • Lulur/scrub
  • Pam/pilis/tapel perut/pakaikan bengkung

Tugasan harian seperti:

  • Memasak masakan pantang
  • Mencuci baju ibu dan bayi
  • Kemas kawasan pantang
  • Urutan bayi
  • Berbengkung

Instagram:

Lavender Confinement Care

Fazrina Postnatal Care

Pakej Berpantang Terbaik Mengikut Kesesuaian Dan Bajet Anda

terbaik dan berbaloi

Fazrina Postnatal Care mempunyai pakej penjagaan pantang selepas bersalin dari rumah ke rumah mengikut kesesuaian dan bajet anda. Pakej half day sesuai untuk ibu yg mahukan privasi dan hanya perlukan rawatan separuh hari, dan pakej full day juga ada ya dimana CL akan datang waktu pagi dan pulang pada waktu petang bagi membantu ibu menguruskan diri dan si manja.

Mereka juga menawarkan perkhidmatan CL untuk tinggal di rumah pelanggan sepanjang tempoh  yang dipilih, memang sesuai buat ibu yang berjauhan dengan suami atau berpantang tanpa keluarga.

Pakej berpantang yang disediakan:

  • Menguruskan bayi
  • Urutan tradisional (termasuk pulih rahim dan urut susu)
  • Mandian herba wangi
  • Tungku
  • Sauna
  • Tangas
  • Lulur/scrub
  • Pam/pilis/tapel perut/pakaikan bengkung

Tugasan harian seperti:

  • Memasak masakan pantang
  • Mencuci baju ibu dan bayi

Instagram:

https://www.instagram.com/fazrina_postnatalcare/

Natalis Mother Care & Beauty

Pakej Berpantang Terbaik Dengan Layanan Istimewa

ibu bersalin

Siapa yang tidak kenal dengan Natalis Mother Care & Beauty, pilihan pakej penjagaan pantang No. 1 di Malaysia. Ia merupakan antara pusat penjagaan untuk ibu selepas bersalin yang sangat popular. Bukan sahaja dalam kalangan selebriti, malah kerabat diraja, golongan orang-orang kenamaan (VVIP) dan influencers. 

Natalis Mother Care & Beauty sangat menekankan kualiti dalam perkhidmatan. Oleh sebab itu, setiap pekerja perlu menjalani latihan selama dua minggu untuk diajar melayan pelanggan bagaikan seorang puteri.

Terdapat beberapa pakej set berpantang menarik yang disediakan bermula dari harga serendah RM1750 untuk penjagaan selama 7 hari sehingga RM40,000 bagi pakej pantang 100 hari. 

Pakej berpantang yang disediakan (pakej ekonomi):

  • Sauna 
  • Mandian herba 
  • Bertungku 
  • Mandi, melakukan urutan & tungku bayi
  • Urutan bersalin 
  • Lulur/Skrub 
  • Memakaikan bengkung, param, pilis & tapel
  • Bertangas 
  • Menguruskan bayi pada waktu siang sahaja

Tugasan harian seperti:

  • Mencuci pakaian ibu & bayi
  • Menyediakan masakan ibu berpantang

Mamacare.my

Pakej Berpantang Terbaik Dengan Harga Yang Berpatutan

9 Pakej Berpantang Yang Bagus Dengan Harga Mampu Milik Untuk Ibu-Ibu Baru Bersalin

Mamacare merupakan salah satu usaha kerajaan yang ditubuhkan di bawah program naungan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Ia bukan sahaja bertujuan untuk memperkasakan ekonomi wanita, malah melatih wanita atau ibu tunggal cara untuk mengendalikan ibu  berpantang. Yang paling bagusnya, pusat jagaan ini turut menawarkan set berpantang untuk ibu selepas bersalin dengan harga yang sangat berpatutan.

Pakej berpantang yang disediakan :

  • Mandian herba
  • Urutan badan postnatal (termasuk urutan lancar susu)
  • Urutan wajah
  • Bertungku perut
  • Tuam badan
  • Param, pilis dan tapel
  • Pemakaian bengkung

Tambahan lain seperti:

  • Percuma penjagaan vagina selepas bersalin
  • Konsultasi percuma daripada pengamal Mamacare Plus
  • Tiada caj pengangkutan

Perbandingan Harga Pakej Berpantang Di Sekitar Lembah Klang

Pusat Penjagaan Pantang Tempoh  Harga
Cassia Confinement Care 7 – 44 hari RM1350 – RM7100
LYC Mother & Child Centre 28 hari  RM 18,000-25,000
Mama Baby Confinement Care 5- 44 hari RM 1,700 – RM 9,600
Mom Retreat Home 3 – 28 hari RM 840-6,600
Perbidanan Melayu 3 – 44 hari  RM 550 – RM 6, 850
Elvira Postnatal Care 7 – 44 hari RM 1,550 – RM 7,250
Fazrina Postnatal Care 7- 44 hari RM 1850 – RM 7, 800
Natalis Mother Care & Beauty 7- 100 hari  RM 1,950 – RM 40, 000
Mamacare.my 5- 44 hari   RM 999 – RM 8, 699

Penafian: Harga pakej pantang adalah berbeza-beza mengikut harga terkini yang ditawarkan syarikat. Sila rujuk pada pihak yang berkaitan. 

Adakah Urut Selepas Bersalin Itu Perlu?

pakej berpantang

Sementara definisi urutan selepas bersalin mungkin kedengaran seperti tiada langsung yang istimewa, tetapi menerima urutan itu dapat memberikan anda satu mood dan mempercepatkan kesembuhan.

Urutan selepas bersalin biasanya termasuklah kebanyakkan elemen yang sama pada urutan biasa. Ibu yang mendapat urutan selepas bersaling selalunya akan perasan akan beberapa kelebihannya ke atas tubuh dan moodnya yang dikaitkan dengan urutan itu secara amnya.

Jika ibu melalui proses kelahiran secara cesarean, bercakap dengan kedua-dua doktor dan pengurut anda untuk memastikan yang ia adalah selamat. Sesetengah tukang pantang tidak akan melakukan urutan pada mereka yang melakukan surgeri dalam 6 minggu selepas bersalin.

Jika anda mempunyai darah beku ketika mengandung atau sebelumnya, doktor anda biasanya akan sudah mencadangkan kepada anda untuk mengelak daripada urutan. Rujuk pada doktor anda apabila ia sudah kembali selamat untuk mendapatkan urutan.

Antara beberapa kelebihan urutan termasuklah: 

  • Melegakan kesakitan
  • Mengurangkan stress
  • Menenangkan

Sementara ia adalah antara sebab-sebab yang cukup baik untuk semua orang mahukan satu sesi urutan, ibu yang baru melahirkan khususnya boleh pertimbangkan urutan. Urutan menawarkan kelebihan spesifik untuk kesihatan anda ketika trimester ke-4. 

Kebaikan urutan untuk ibu yang baru melahirkan termasuklah:

  • Mengurangkan bengkak. Ramai para ibu mendapati yang tubuh mereka bengkak-bengkak sewaktu melahirkan. Mengurut boleh membantu untuk mengagihkan semula air di sekitar tubuh dan menggalakkan penyaliran dan peredaran cecair berlebihan.
  • Memperbaiki penghasilan susu. Untuk ibu-ibu yang mencari cara untuk meningkatkan bekalan susu ibu, urutan boleh menjadi satu cara yang terbaik untuk meningkatkan peredaran dan hormon penting untuk menjadikannya ia berlaku, seperti mana yang telah terbukti menerusi kajian.
  • Menggalakkan keseimbangan hormon. Tubuh selepas bersalin adalah yang sentiasa menghadapi hormon turun naik. Tambahan lagi kepada sentuhan, banyak urutan melibatkan minyak pati yang boleh membantu menaikkan mood seseorang dan mungkin dapat menggalakkan keseimbangan hormon.
  • Mengurangkan gemuruh dan kemurungan. Ramai pasangan yang baru bergelar ibu ayah mengalami “baby blues" atau malah juga postpartum depression. Mendapatkan sesi urutan boleh membantu mengurangkan stress yang membawa kepada gemuruh dan perasaan tertekan.
  • Tidur yang lebih baik. Setiap orang tahu yang pasangan yang baru bergelar ibu ayah memerlukan tidur yang cukup seboleh yang mungkin. Urutan boleh membantu ibu ayah untuk relaks dan membuatkan tubuh mereka bersedia untuk sesi tidur yang nyenyak dan pulih.

Kelebihan Berpantang Dengan Confinement Lady

1. Pengurusan masa lebih teratur

Untuk ibu baru, pasti tidak rasa biasa dengan suasana yang baru apatah lagi menyambut kelahiran anak pertama. Ibu yang tidak menjaga pantang dengan betul lebih mudah tertekan sehingga menyebabkan masalah postpartum depression (PPD) terjadi. 

Dengan adanya khidmat confinement lady, masa berpantang ibu semuanya jadi lebih teratur. Ibu dapat berurut, bertungku, makan dan minum dengan selesa.

2. Mempercepatkan penyembuhan luka

Amalan pantang tradisional yang mementingkan penjagaan diri dari segi urutan, bertungku dan bertangas sedikit sebanyak mempercepatkan luka jahitan untuk sembuh sedia kala. Ia juga dapat mengelakkan ibu mengalami sebarang jangkitan yang tidak diingini semasa berpantang. 

3. Meringankan bebanan suami isteri

Bukan sahaja isteri, malah suami juga boleh rasa tertekan sekiranya tidak tahu cara yang betul untuk menguruskan isteri yang sedang berpantang. Bagi anak pertama, lebih baik para suami fikir untuk menjaga emosi isteri yang masih belum stabil selepas bersalin. 

4. Mengembalikan rasa segar dan sihat secara optimum

Confinement lady atau CL bukan sahaja membantu dari segi urutan, malah mereka akan membantu ibu dari segala info dan nasihat mengenai kebaikan berpantang, kaedah pemakanan, teknik penyusuan yang betul dan cara penjagaan bayi yang baru lahir. 

Tips Pantang Selepas Bersalin Menurut Dr. Rusyainie Ramli

pakej ibu pantang

Dr. Rusyainie Ramli merupakan seorang doktor perubatan yang pernah mengetengahkan tentang penjagaan wanita selepas bersalin. Menurut perkongsiannya di laman Facebook miliknya, Dr. Rusyainie ada berkongsi tips-tips baik dan mudah untuk wanita selepas selamat melahirkan anak.

Ikuti tips berikut di bawah:

1. Minum air secukupnya

Hakikatnya manusia dewasa perlu mengambil 2 ke 3 liter air sehari, apatah lagi buat wanita yang baru selamat melahirkan anak. Pengambilan air yang cukup setiap hari amat penting bagi menghasilkan susu ibu yang banyak untuk penyusuan bayi. Ini kerana susu ibu mempunyai komponen air yang tinggi. 

Malah, dengan pengambilan air yang secukupnya juga dapat menghindar daripada masalah sembelit. Jika dilihat pada kata orang dahulu, yang mana mengatakan jika wanita bersalin minum air yang banyak semasa proses pantang akan menyebabkan urat menjadi kembang, ia sebenarnya tidak lagi relevan pada dunia masa kini.

Ini kerana logiknya pada zaman dahulu sumber air adalah sukar untuk didapati dan sangat terhad. Tidak seperti kemudahan yang kita ada masa kini, segalanya mudah dan sudah tersedia. Jadi tiada istilah kembang urat dan sebagainya untuk ibu bersalin minum air dengan banyak ketika berpantang.

2. Makanan berkhasiat itu penting 

Zat nutrisi amatlah penting bagi ibu yang baru melahirkan anak. Ia boleh didapati menerusi makanan yang berkhasiat. Disarankan untuk mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat dengan sukatan ini; suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein, separuh pinggan adalah sayur dan buah.

Makanan ibu berpantang tidak sepatutnya dicatu atau disekat yang mana dengan hanya nasi putih dan ikan bilis atau ikan kering semata, ini kerana ia sudah pasti membuatkan para ibu tidak mendapat nutrisi yang mencukupi.

3. Kekal aktif 

Berpantang tidak bermaksud anda patut menghentikan segala aktiviti aktif anda sebelum ini. Yang penting, jangan bermalas-malasan. Ibu yang sedang dalam proses berpantang perlu banyakkan bergerak mengikut pada kemampuan sendiri. Dengan melakukan sedikit sebanyak kerja rumah adalah salah satu aktiviti yang boleh ibu berpantang lakukan disamping dibantu suami. 

Ini kerana kekal aktif bertujuan untuk mengelakkan darah beku pada kaki kerana jika darah beku tersebut bergerak ke arah paru-paru, ia sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Namun, ibu berpantang tidak perlu melakukan kerja rumah sehingga membebankan diri serta membahayakan, cukup hanya lakukan yang sederhana dan yang termampu, selebihnya minta bantuan ahli keluarga lain atau suami.

4. Bertungku

Amalan bertungku selepas bersalin sudah menjadi satu kemestian ramai buat para ibu sejak azali lagi selepas proses bersalin. Namun, hendaklah ianya tidak secara berlebihan. Ingat, jangan bertungku pada bahagian luka akibat pembedahan caesarean.

Menurut sains, bertungku adalah di mana haba yang terkumpul pada batu tungku dituam pada permukaan kulit yang mana akan membuatkan saluran darah pada bahagian yang ditungku akan mengembang. Ini sekaligus menjadikan yang peredaran darah bertambah baik apabila saluran darah berkembang.

Namun, perlu diingat untuk tidak menuam batu tungku lebih daripada 30 minit pada satu-satu tempat kerana bimbang akan saluran darah menjadi mengecut. 

5. Segera ke hospital jika mempunyai masalah kesihatan

Ibu berpantang yang mengalami sebarang masalah kesihatan perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital jika perlu.

Antara simptom yang merbahaya untuk ibu-ibu selepas bersalin adalah demam melebihi 38 darjah celsius, sakit kepala bersama mata kabur, muntah dan kaki bengkak, darah nifas yang keluar terlalu banyak dengan tiba-tiba, sekaligus datang dengan pening kepala atau denyutan nadi yang pantas, serta sakit dada atau sukar untuk bernafas.

6. Elak penat dan sentiasa berfikiran positif

Sememangnya bergelar ibu adalah satu perubahan yang besar berlaku buat mereka yang baru bergelar ibu. Dengan tanggungjawab baru yang dipikul semestinya ada membuat sesetengah ibu bimbang dan gusar.

Di waktu inilah yang mana suami dan ahli keluarga terdekat perlu memberi sokongan dari segi mental, fizikal, emosi dan moral. Ini sedikit sebanyak dapat membuatkan para ibu sentiasa berfikiran positif dan tidak membawa kepada aktiviti merbahaya.

Jika para ibu merasakan seperti gangguan emosi atau terlalu penat sehinggakan mengganggu fikiran, segera dapatkan rawatan dari pakar.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu-ibu yang tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berpantang Sendiri Ketika PKP Agak Mencabar, Ibu Perlu Tahu Cara Betul Uruskan Diri

Baca juga:  Berpantang Selepas Bersalin Mengikut Adat Melayu, India dan Cina

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!