3 kesalahan ibu bapa selalu buat apabila memaksa anak makan

Kadang-kadang tanpa disedari, ibu bapa akan paksa anak untuk menghabiskan makanan mereka. Tahukah anda perbuatan ini sebenarnya memudaratkan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingat tak kisah bapa di Texas ini yang didapati bersalah kerana dia paksa anak makan sehingga anak yang tidak bersalah itu tercekik lalu mati? 

Walaupun kes itu masih dalam siasatan, ia telah menimbulkan pertanyaan pada orang ramai tentang situasi paksa anak makan yang kerap berlaku di kalangan keluarga di Asia.

Masalah ini jarang dibincangkan kerana ia biasanya berlaku “sembunyi-sembunyi”. Anak terlalu memilih makanan atau terlalu kurus adalah antara punca mengapa ibu bapa akan paksa anak makan.

Adakah perbuatan ini sering berlaku di rumah anda kerana anda tidak suka tengok makanan dibazirkan? Ataupun ia terjadi sebab anda geram bersusah payah untuk menyediakan makanan tapi anak enggan makan juga?

Relaks dan jangan paksa anak makan!

Berhenti paksa anak makan dan bawa bertenang atau relaks. Kalau ibu mentua anda yang asyik bising anak terlalu kurus, ambil langkah ini: masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Ya, memang pernah berlaku di mana ibu bapa paksa anak makan tanpa disedari. Tapi ibu bapa perlu sedar, apabila kita terlalu bersungguh-sungguh untuk memastikan anak cukup makan, ini boleh membawa kesan yang tidak baik.

Mari kita tengok apa 3 kesalahan yang selalu dilakukan oleh ibu bapa ketika ingin paksa anak makan seperti di bawah ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesalahan 1: Ugut anak untuk makan

Paksa anak makan dengan mengugut

Jangan paksa anak makan dengan cara mengugut dan memberitahu anak yang anda akan marah atau sedih apabila mereka tidak mahu makan makanan yang disediakan.

Sebaliknya ibu bapa patut bawa bersabar dan simpan dulu makanan itu. Anak akan meminta makanan apabila dia lapar nanti. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, jangan buat lagi kesilapan ini ketika ingin memaksa anak makan dan menghabiskan makanannya, ya! 

Kesalahan 2: beri makanan kegemaran anak saja

Walaupun tidak paksa anak makan, ibu bapa juga tidak sepatutnya selalu mengalah dan memberi makanan kegemaran anak saja

Jangan selalu menyediakan makanan kegemaran anak saja. Jangan lupa, kanak-kanak perlu ditawarkan makanan yang sama 10 kali sebelum minat dan rasa suka mereka pada makanan tersebut akan mula berkembang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarpun anak suka makan yang diproses, ini bukan alasan untuk memberi anak sosej dan nuget ayam setiap hari.

Walaupun dengan cara ini ibu bapa tidak akan perlu paksa anak makan, tetapi ini tidak bermaksud ibu bapa hanya boleh memberi satu jenis makanan saja.

Sebaliknya, cuba tawarkan sayur-sayuran, daging dan nasi dan teruskan memberi pelbagai makanan sehingga anak menunjukkan minat. 

Kesalahan 3: paksa anak menghabiskan makanan 

Jangan paksa anak untuk menghabiskan makanannya jika dia sudah kenyang

Jangan kata kanak-kanak saja yang selalu cerewet makan, malah ada juga orang dewasa yang selalu pilih makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagipun, kajian membuktikan jika ibu bapa selalu paksa anak menghabiskan makanan dalam pinggannya, ini akan memberi kesan pada anak bila mereka besar nanti. Mereka cenderung akan ada masalah pemakanan, obesiti atau bulimia.

Jadi jangan marah jika banyak sisa makanan pada pinggan anak. Beri fokus kepada apa yang mereka makan.

Ada banyak masa lagi untuk mengajar anak tentang pembaziran makanan apabila mereka lebih besar. Sehingga itu, bersabarlah ibu bapa.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Artikel ini telah diterbitkan semula dari The Indusparent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

Ibu-Ibu Perlu Rilek, Anak Anda Tak Akan Kebuluran Kalau Tak Mahu Makan

Penulis

Rosanna Chio