Ibu, Jika Masih Keliru Nak Beli Baby Diapers, Ini Antara Yang Terbaik Di Malaysia!

Ibu, Jika Masih Keliru Nak Beli Baby Diapers, Ini Antara Yang Terbaik Di Malaysia!

Kulit si manja yang baru lahir biasanya lebih sensitif dan cenderung untuk mengalami keradangan. Pemilihan lampin yang bagus boleh membantu mengatasi masalah tersebut,

Buat para ibu yang runsing dalam mencari botol susu bayi terbaik untuk si comel, anda boleh ketahuinya dengan hanya perlu menjawab kuiz di sini.

kuiz lampin bayi terbaik

Setiap bayi yang lahir mempunyai keistimewaan dan perbezaan tersendiri, ini termasuklah dari segi sensitiviti, kekerapan minum susu dan sebagainya. Hal ini juga sangat berkait rapat dengan pemilihan baby diapers.

Sebenarnya memilih lampin yang bagus boleh jadi sangat mengelirukan apatah lagi dengan saingan pelbagai jenama untuk mendapat perhatian parents, betul tak? Ibu dan ayah mungkin sudah membuat keputusan untuk untuk membeli jenama tertentu namun mungkin bukan pilihan yang tepat untuk kulit si manja anda.

Oleh kerana inilah kita biasa lihat ibu ayah dengan bayi kecil sering menukar jenama lampin pakai buang dalam beberapa bulan yang pertama.

Yang penting, cuba lampin yang sesuai dengan tahap ekonomi keluarga terlebih dahulu sebelum mencuba yang lain agar dapat membuat penjimatan yang berbaloi!

Tips Membeli Lampin Pakai Buang atau Baby Diapers Untuk Newborn

pampers untuk newborn

Memandangkan bayi baru lahir memerlukan pemerhatian khusus, pemilihan lampin pakai buang juga memainkan peranan penting misalnya menitikberatkan beberapa hal berikut:

  • Jenama lampin Jenama terkenal yang telah lama menjalankan perniagaan pembuatan lampin  mempunyai kepakaran dan melakukan penyelidikan untuk menghasilkan ciri-ciri yang lebih baru dan lebih baik. Namun parents boleh mencuba juga jenama lampin yang biasa digunakan oleh saudara dan rakan terdekat dengan reviu yang baik!
  • Jenis lampin Bagi bayi baru lahir, adalah lebih mudah bagi si manja memakai lampin pakai buang jenis pelekat kerana tubuh bayi yang masih lembut dan kekerapan membuang.
  • Saiz lampin Bagi bayi baru lahir,ada 3 saiz yang boleh dipilih – saiz newborn, saiz S dan saiz khas untuk bayi pramatang. Ini bergantung kepada berat si manja setelah dilahirkan.
  • Fungsi Perhatikan sekiranya lampin pilihan anda mempunyai fungsi yang diingini seperti kadar serapan yang baik, material yang lembut, dan regangan yang baik.

6 Baby Diapers Untuk Newborn Yang Terbaik Di Pasaran

Memastikan bayi anda sentiasa bersih dan kering sangat penting untuk keselesaan bayi dan mengelakkan ruam lampin. Si manja mungkin memerlukan lampin pakai buang yang berbeza apabila mencapai umur tertentu.

Namun buat masa sekarang, ini antara pilihan yang terbaik khusus buat bayi baru lahir.

Baby Diapers Terbaik
Mamypoko Extra Dry Skin
Baby Diapers Terbaik Penyerapan Pantas
more info icon Beli di Shopee
Huggies Dry Drypers
Baby Diapers Terbaik Dengan Penghalang Kebocoran Berganda
more info icon Beli di Shopee
Applecrumby™ Chlorine Free Premium Baby Diapers
Baby Diapers Terbaik Bebas Klorin
more info icon Beli di Shopee
Pet Pet Newborn
Baby Diapers Terbaik Paling Popular
more info icon Beli di Shopee
Huggies Natural Soft For Newborns
Baby Diapers Terbaik Kapas Semulajadi 100%
more info icon Beli di Shopee
Pampers Baby Dry
Baby Diapers Terbaik Untuk Newborn Lembut Pada Kulit Bayi
more info icon Beli di Shopee

Mamypoko Extra Dry Skin

Baby Diapers Terbaik Penyerapan Pantas

pampers untuk newborn

Mamy Poko Extra Dry dengan kapas organik adalah lampin pita bayi yang direka agar lembut untuk kulit halus bayi yang baru lahir dengan rasa bimbang akan kegatalan.

Ditambah dengan teknologi Speed Air Wave, item ini juga memberikan penyerapan air kencing yang cepat dan pengudaraan yang baik untuk mengurangkan kekerapan lampin penuh.

Terdapat dalam saiz newborn yang sesuai untuk bawah 5kg dan S sesuai untuk 3 ke 8 kg.

Jenama:

  • Mamypoko

Jenis:

  • Pelekat

Saiz:

  • Newborn dan S
  • Sesuai untuk bayi kecil

Fungsi:  

  • Lembut untuk kulit lembut bayi yang baru lahir dengan rasa bimbang akan kegatalan.
  • Penyerapan air kencing yang cepat
  • Sistem pengudaraan yang baik
  • Menjanjikan kekeringan sehingga 12 jam.
  • Mempunyai petunjuk basah untuk membantu memberitahu bila bayi memerlukan pertukaran lampin.

Huggies Dry Drypers

Baby Diapers Terbaik Dengan Penghalang Kebocoran Berganda

pampers untuk newborn

Huggies Dry Drypers direka untuk menjadi lampin Huggies Dry kami yang paling lembut untuk memberikan perlindungan lembut pada kulit halus bayi yang baru lahir.

Teknologi Huggies U-fold dirancang untuk menyediakan penghalang kebocoran berganda untuk membantu mencegah kebocoran air kencing di sepanjang kaki.

Ia tidak hanya menjadikan kulit bayi anda kering dan selesa, tetapi ia akan menjadikannya kering selama 10 jam.

Jenama:

  • Huggies

Jenis:

  • Pelekat

Saiz:

  • Newborn dan S
  • Sesuai untuk bayi lelaki dan perempuan

Fungsi:  

  • Terbukti secara klinikal ++ untuk membantu mencegah ruam lampin atau dermatitis.
  • Menyerap kelembapan dengan cepat untuk perlindungan kebocoran dan kekeringan.Membantu mencegah kebocoran najis berair.
  • 100% bernafas
  • Selembut kapas untuk memberikan perlindungan lembut pada kulit halus bayi anda.
  • Memberi perlindungan tambahan terhadap kebocoran pada kaki.

Applecrumby™ Chlorine Free Premium Baby Diapers

Baby Diapers Terbaik Bebas Klorin

 

pampers untuk newborn

Applecrumby™ Chlorine Free Premium Baby Diapers dihasilkan dengan mengutamakan material premium dan kualiti.

Dengan Super Long Triple Leak Guard, Dye Free Barrier Cuffs (panjang 15mm) untuk perlindungan kebocoran yang sempurna, ia juga bebas pewarna yang melindungi bayi  daripada terkena ruam pada bahagian kulit!

Lampin Applecrumby adalah 100% bebas dari klorin, menjadikannya mesra untuk bahagian bawah bayi dan juga persekitaran anda.

Jenama:

  • Applecrumby

Jenis:

  • Pelekat

Saiz:

  • S
  • Sesuai untuk bayi 3-6kg

Fungsi: 

  •  0% Wangian, Pewarna Beracun, Asbestos, DEHP, Phthalates, Lateks Logam Berat (Disahkan sepenuhnya)
  • Wetness indicator memberitahu parents bila bayi memerlukan pertukaran lampin!
  • Perlindungan hingga 12 Jam dengan teknologi penyerap premium Jepun
  • Lampin penyerap terbaik di pasaran
  • Pinggang lebar dan pinggang untuk perlindungan extra
  • Tab pelekat sisi yang cantik, lembut & bebas pewarna
  • Super Long Triple Leak Guard, Dye Free Barrier Cuffs (panjang 15mm) untuk perlindungan kebocoran yang sempurna

Pet Pet Newborn

Baby Diapers Terbaik Paling Popular

pet pet baby diapers

Lampin jenama Pet Pet merupakan salah satu jenama lampin pakai buang yang popular di Malaysia. Pet Pet Newborn direka khas untuk menjaga kulit bayi yang baru lahir yang lembut dan reka bentuknya khusus untuk melindungi pusat bayi baru lahir agar cepat sembuh dan tidak berlaku sebarang kerengsaan.

Pastikan kulit bayi kering dan sejuk sepanjang masa dengan pemakaian Pet Pet pada si manja anda sepanjang tempoh berpantang dan seterusnya!

Jenama:

  • Pet Pet

Jenis:

  • Pelekat

Saiz:

  • S
  • Sesuai untuk bayi 5kg ke bawah

Fungsi: 

  • Direka khas untuk merawat kulit bayi yang baru dilahirkan.
  • Lembaran atas SoftWave yang baru memberikan bantal lembut untuk kulit halus bayi yang baru lahir.
  • Memaksimumkan penyerapan air kencing dan meningkatkan pengedaran merata ke seluruh lampin untuk melindungi daripada kebocoran dan menjaga kulit bayi kering.
  • Direka khas untuk melindungi pusar penyembuhan bayi anda.
  • Menjaga kulit bayi agar sentiasa kering dan sejuk.

Huggies Natural Soft For Newborns

Baby Diapers Terbaik Kapas Semulajadi 100%

Huggies Natural Soft For Newborns, baby diapers

Huggies Natural Soft For Newborns merupakan baby diapers untuk newborn yang diperbuat daripada 100% kapas semulajadi yang memberikan rasa lembut dan selesa kepada kulit manja yang rapuh.

Dengan daya serapan sehingga 12 jam, ia merupakan pilihan yang baik untuk pemakaian pada waktu malam tanpa sebarang kebocoran.

Tambahan lagi, formulasi kawalan kekeringan  terbukti secara klinikal pada bayi dan memenuhi kriteria untuk membantu mencegah ruam lampin atau dermatitis.

Jenama:

  • Huggies

Jenis:

  • Pelekat

Saiz: 

  • Newborn
  • 5kg dan ke bawah

Fungsi:

  • Mengandungi bahan kapas semula jadi yang diimport 100% untuk memberikan pelukan dan keselesaan kepada bayi.
  • Menarik kotoran kencing dan berair dengan cepat menjauhkan diri dari kulit halus bayi, menjadikannya kering dan bersih
  • Memberi perlindungan kebocoran yang selesa dan lembut kepada bayi
  • Menggalakkan peredaran udara, yang membantu menjaga kulit bayi kering dan segar.
  • Mempunyai reka bentuk kuning yang menjadi biru ketika bayi membuang air kecil.
  • Daya serap sehingga 12 jam
  • Dibuat dengan bahan yang paling lembut untuk membantu menyerap dan mengunci cecair
  • Formulasi kekeringan  terbukti secara klinikal pada bayi dan memenuhi kriteria untuk membantu mencegah ruam lampin atau dermatitis.

Pampers Baby Dry

Baby Diapers Terbaik Lembut Pada Kulit Bayi

pampers; baby diapers

Diuji secara dermatologi dan hipoalergenik, Pampers Baby Dry dibuat dengan selamat untuk memastikan ia lembut pada kulit bayi.

Lembut dan selesa dipakai untuk semua peringkat usia bayi, lampin ini menyerap kelembapan sehingga kering sehingga 3 kali ganda kerana ia dapat menahan kebasahan dan mencegah kebocoran. 

Jenama:

  • Pampers

Jenis:

  • Pelekat

Saiz: 

  • S ke atas
  • Sesuai untuk bayi yang tembam

Fungsi:

  • Membantu si manja sentiasa kering
  • 3 lapisan penyerap untuk meresap cecair 
  • Wetness indicator menunjukkan bila bayi  mungkin memerlukan perubahan (tersedia pada ukuran N, 1,2)
  • Pastikan udara beredar di sekitar kulit bayi sepanjang malam
  • Lembut seperti mudah regang di sekelilingnya untuk keselesaan yang selesa

Perbandingan Harga Baby Diapers Terbaik

Jenama Isi kandungan Harga (RM/paket) Harga (RM/unit)
Mamypoko Extra Dry Skin 48 RM28.50 RM0.59
Huggies Dry Drypers 70 RM91.50 RM1.30
Applecrumby™ Chlorine Free Premium Baby Diapers 23×3 pek RM69.60 RM1.00
Pet Pet Newborn 240 RM93.73 RM0.39
Huggies Natural Soft For Newborns 234 RM115.90 RM0.50
Pampers Baby Dry 104 RM115.18 RM1.10

Tips Mencegah Kebocoran Lampin Bayi

pampers terbaik untuk newborn

Terdapat pelbagai sebab yang mana berlakunya kebocoran lampin bayi tetapi ketahuinya sahaja tidak mencukupi; pencegahannya yang patut diambil kira.

Di sini kami kongsikan beberapa tip untuk mencegah kebocoran lampin sewaktu malam dan membuatkan bayi anda tidur amat sepanjang malam. Jadi ibu ayah pun tidak perlu berjaga malam untuk menukar lampinnya.

1. Beli lampin pada saiz yang betul

Jika ibu ayah perasan yang lampin si comel kalian asyik lencun, jadi mungkin inilah masanya untuk menaikkan saiz satu atau dua.

Sebagai contoh, jika lampin bayi anda adalah bersaiz S, sebaik sebelum tidur pastikan yang ibu ayah memakaikannya dengan saiz M. Ini akan dapat menyerap air kencing dan mencegah sebarang kebocoran pada waktu malam.

2. Kekalkan jadual yang terbaik

Jika anda mengalami masalah lampin bayi yang cepat lencun yang mana semakin teruk hari ke hari, jadi ia mungkin kerana jadual memberi susu. Perhatikan waktu makan tengah hari, makan sebelum dan selepas nap, dan sebaik sebelum tidur si manja. 

Elak beri kanak-kanak kecil minuman apa sekalipun(kecuali susu formula) sebelum waktu tidur untuk mencegah kebocoran.

3. Tukar lampin dengan kerap

Untuk mencegah jangkitan dan ruam lampin pada bayi, adalah disarankan untuk anda menukar lampinnya selalu, sebelum tidur terutamanya. Jangan biarkan lampin pada waktu siang dibawa sampai ke waktu tidurnya pada lewat malam.

Dengan cara itu punggungnya akan merasakan lebih selesa, dia akan tidur nyenyak, dan tidak akan menangis pada pukul 2 pagi ketika ibu ayah sedang dibuai mimpi.

4. Guna lampin overnight

Jika lampin saiz biasa adalah tidak memberikan bayi anda kelegaan, jadi ia masa untuk menukar strategi. Sebalik memilih lampin bersaiz lebih besar, pilih lampin overnight untuknya.

Lampin overnight adalah lebih cepat menyerap, tahan lama, dan bekerja sepanjang malam. Beli satu kotak, dan bayi anda pasti akan merasakan kekurangan masalah bocor pada waktu tidur malam.

5. Sarungkan lampin dengan betul

Masalah kebocoran lampin untuk newborn ada kemungkinan besar yang lampinnya tidak dipakaikan dengan betul. Selain sebab pemakaian yang tidak betul, satu lagi sebab lain yang boleh jadi punca kebocoran adalah terlipat di bahagian belakang lampin.

Boleh jadi juga lampin menjadi longgar dan tidak fit sempurna atau mempunyai sebarang elastik.Tidak kira apa pun, cara anda menyiapkan bayi pada waktu malam menjadikan satu perbezaan besar.

6. Bersedia untuk sebarang perkara yang tidak disangka

Siap sedia untuk momen-momen apabila anda tidak sangka yang lampin bayi anda akan bocor, tetapi ia berlaku juga. Pastikan stok pakaian tambahan dan dispenser lampin bayi (yang mana digunakan untuk mengumpul dan membasmi najis).

Laburkan di dalam tisu basah bayi dan lampin tidur malam dan jangan lupa untuk memasukkan pad tambahan untuk bersiap sedia akan sebarang kebocoran lampin bayi pada waktu malam..

Selamat memilih!

Nota Editor: Setiap pelan dan manfaatnya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana pelan boleh jadi berubah atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!

Baca juga: Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Baca juga: Manjakan Dompet Anda Dengan Lampin Murah & Berkualiti Buat Anak, Pasti Si Manja Kekal Selesa!