Panas Terik Akibat Taufan Lan, Bagaimana Kita Boleh Lindungi Anak Kita?

Cuaca panas terik yang melanda kini kerana tempias Taufan Lan. Jangan lupa minum banyak air! Bagaimana kita boleh lindungi anak kita waktu ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Panas terik akibat taufan

Perasan atau tidak, sejak kebelakangan ini, cuaca di Malaysia lebih panas dari biasa hingga kulit anda terasa kering.

Tidur malam pun boleh berpeluh. Rasa hendak mandi berkali-kali!

Foto ehsan: Medical News Today

Menurut laporan Berita Harian, cuaca panas terik yang melanda Semenanjung ketika ini adalah akibat tempias daripada Taufan Lan di timur Filipina. 

Profesor Klimatologi dan Oseanografi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Fredolin Tangang berkata, badai taufan itu memberi kesan hingga ke Sabah, Labuan dan Sarawak menyebabkan hujan lebat dan angin kencang berterusan di kawasan berkenaan.

Tambah beliau lagi, fenomena hujan lebat dan angin kencang adalah kesan peralihan kelembapan udara Semenanjung yang diangkut ke kawasan berdekatan taufan, terutama Sabah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuaca panas ini akan berterusan hingga ke minggu ini.

Prof. Fredolin juga menyatakan yang Taufan Lan tidak akan melanggar Sabah kerana kedudukannya yang dekat dengan garisan Khatulistiwa.

Malah, pergerakan taufan itu sudah menghampiri Okinawa, Jepun.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), masih mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora tahap 2.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara yang dijangka adalah angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak sehingga 4.5 meter di perairan Kudat, Sabah.

Keadaan ini menyebabkan laut bergelora dan bahaya kepada bot kecil.

Bagaimana membantu anak kekal hidrasi dalam cuaca panas ini?

Kita memang tahu bahaya jika badan dehidrasi, tapi anak-anak tidak mudah faham mengapa mereka perlu kekal hidrasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada pelbagai tip yang boleh dipraktikkan bagi membantu anak-anak kekal hidrasi semasa cuaca panas. Berikut adalah beberapa cara mengekalkan hidrasi anak yang telah dihimpun:

  • Guna botol air atau cawan kegemaran mereka untuk menggalakkan mereka minum air. 

Foto ehsan: Max pixel

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bermain di tempat yang sejuk supaya mereka kurang berpeluh.
  • Buat permainan di mana mereka perlu minum air jika kalah/menang.
  • Buatkan jus kegemaran mereka. Tetapi hati-hati, jangan tambah gula.

    Foto ehsan: Pixnio

  • Buat ais krim untuk meningkatkan pengambilan cecair dalam badan.
  • Sediakan buah-buahan sebagai snek yang tinggi kandungan air.
  • Lebihkan sayuran dalam makanan.
  • Elak berpanas di luar. Kurangkan aktiviti sukan semasa cuaca panas.
  • Pastikan anak minum air mengikut saranan berat badan
  • Elak minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman bergas. (Kafein meningkatkan kekerapan buang air yang boleh menyumbang kepada dehidrasi)

Sama-sama kita menjaga kesihatan diri malah anak-anak ketika musim panas ini, ya!

Sumber: Berita Harian dan Parent

Kredit gambar: Marhaba Qatar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana Untuk Memastikan Bayi Anda Kekal Selesa, Walaupun Dalam Cuaca Panas Dan Lembap Malaysia

 

Penulis

Aqma