Isteri Kena Bantu Suami Jika Dia Ada Masalah Mati Pucuk Atau Pancut Awal, No.5 WAJIB Buat!

Anda ada suami yang selalu pancut awal serta tak boleh kawal ejakulasi? Sebagai isteri, ini yang boleh anda lakukan untuk bantu suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah suami anda salah seorang daripada lelaki yang kerap pancut awal? Belum apa-apa, isteri masih belum klimaks tapi suami dan terpancut dulu. Jangan marah-marah isteri, suami pun tidak gembira bila dia adalah masalah mati pucuk.

Sebagai seorang isteri, anda perlu bantu suami keluar daripada belenggu ini. Jadi apa yang patut anda lakukan sebenarnya? 

Menurut Dr Kamarul Arifin Nor Sadan, ada beberapa perkara yang patut dilakukan bagi lelaki yang mati pucuk dan sering terpancut awal. Ia bagi memastikan keharmonian berumah tangga.

Mati pucuk, pancut awal boleh ganggu keharmonian rumah tangga, anda harus cepat bertindak

Andai kata suami anda ada masalah mati pucuk atau kerap terpancut awal, tapi segan nak nak jumpa doktor, apa ikhtiar selamat yang boleh dilakukan?

#1. Bersenam

Ajak suami anda bersenam. Senaman kardio boleh tingkatkan stamina dan prestasi jantung. Untuk zakar menegang, jantung kena pam darah ke zakar. Jadi kalau jantung cukup kuat dan ada stamina, maka ketegangan zakar tegar dan anda boleh beraksi lebih lama.

#2. Jaga pemakanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan makanan yang segar, berkhasiat dan pada kadar yang sesuai dengan keperluan harian kalian. Boleh guna formula pinggan sihat— suku protein, suku karbohidrat dan separuh sayuran/buah buahan. Jangan lupa minum air secukupnya.

#3. Berhenti merokok

Merokok boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah,. Memandangkan ketegangan zakar berlaku kerana pengisian darah di dalam korpusnya, maka merokok secara tak langsung akan menjejaskan kemampuan zakar.

#4. Turunkan berat badan

Jika suami berlebihan berat badan atau gemuk, turunkan berat badan. Jika terlalu kurus, tambah berat badan. Buat secara sihat. Elakkan guna jalan pintas. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Panas badan sebelum bersama

Hubungan kelamin ni adalah aktiviti fizikal, maka pasangan perlulah panaskan badan. Tak boleh terus terjah pada acara utama. Perlu bermula dengan aksi santai dan mesra, untuk persediaan fizikal, emosi, dan psikologi.

#6. Gunakan kondom & pelincir

Selain boleh digunakan sebagai perancangan keluarga, kondom dan pelincir mengurangkan sensitiviti pada lelaki mempunyai zakar yang terlalu sensitif kepada rangsangan. Siap ada kondom yang ada pelali.

Ada pelbagai jenis kondom di pasaran. Jenis silikon bagi kerap digunakan dan disyorkan ramai mungkin kerana keselesaan dan kelinciran yang lebih baik berbanding jenis lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi jika anda dan suami sukakan kelainan, boleh cuba juga yang berperisa dan sebagainya. Mana tahu ia boleh buat suami tahan lebih lama kan? Tidak salah mencuba. 

Kalau dah cuba ikhtiar-ikhtiar di atas, tapi masih mempunyai masalah, masa itu tandanya kena jumpa doktor. Jangan malu beritahu masalah, terus terang sahaja pada doktor agar mudah mereka nak bantu.

Tips lain untuk buat suami tahan lama

Ada beberapa cara  yang boleh buat suami anda tahan lama sedikit dan elak dia pancut awal. Boleh cuba cara ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Picit kepala zakar - jika suami rasa seakan ingin ejakulasi, anda boleh memicit kepala zakar perlahan-lahan untuk menghentikan sensasi ingin terpancut
  2. Jangan masuk terlalu dalam - Penetrasi yang tidak terlalu dalam - contohnya dalam 2 atau 3 inci saja - merupakan cara main tahan lama paling berkesan.
  3. Jangan terlalu excited dan terangsang - Untuk bermain dengan lebih lama, suami perlu bijak mengawal rangsangan yang diterima. Jangan terlalu excited atau terlalu terangsang. Kekal pada tahap 7/10 saja.
  4. Jangan fikir tentang ejakulasi - Ingatkan suami supaya jangan terlalu fikir mengenai ejakulasi. Lagi banyak dia fikir tentang klimaks atau ejakulasi, lagi cepat dia akan terpancut! Cuba fokus pada kepuasan isteri pula. Perlahan-lahan berdayung sambil merangsang isteri. Pasti suami akan bertahan lebih lama!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Cara Para Isteri Boleh Atasi Masalah Ejakulasi Pramatang Suami

Baca juga: Pancut Dalam Memang Best, Lepas Tu Risau Hamil! Ini Cara Elak Mengandung Jika 'Terbabas'

Baca juga: Elak Tewas 5 Minit, 9 Petua Tahan Lama Ini Berkesan Buat Isteri Klimaks Berulang Kali!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar