9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

undefined

Pantang bersalin 30 hari ada larangannya. Ini adalah untuk mempercepatkan penyembuhan tubuh ibu dan mengelakkan sebarang masalah pada kemudian hari

Pantang bersalin 30 hari atau 100 hari menjadi amalan wajib selepas melahirkan anak bagi memulihkan kembali kesihatan fizikal dan emosi para ibu. Mana tidaknya, beribu-ribu urat wanita putus ketika menolak keluar seorang bayi dengan selamat.

Pelbagai amalan tradisi diamalkan oleh orang tua-tua zaman dahulu sebenarnya ada sebab dan logik yang tertentu. Tempoh pemulihan selepas bersalin ini mungkin menguji kesabaran anda kerana perlu disiplin mengikuti rutin harian seperti memakai bengkung, berurut, mandi herba, menjauhkan dari makanan sejuk atau gatal.

Baca juga: Doktor Kongsi Pengalaman Berpantang Cara Moden Yang Betul Agar Luka Bersalin Cepat Sembuh

Larangan pantang bersalin 30 hari yang perlu para ibu tahu

Bagi anda yang baru atau bakal bergelar ibu, sebenarnya ada beberapa larangan cara berpantang orang lama demi kesihatan diri anda iaitu:

#1. Terlalu aktif bergerak

pantang larang semasa berpantang

credit to sources

Sebaiknya ibu yang baru sahaja melahirkan anak disaran untuk tidak keluar dari bilik tidur selama seminggu atau dua minggu. Sekiranya perlu, dapatkan bantuan dari ahli keluarga atau suami bagi menguruskan bayi dan membuat segala kerja rumah bagi mengelakkan jahitan luka bersalin menjadi terbuka.

#2. Bahagian ibu jari terlanggar atau terhantuk sesuatu

Sekiranya perkara ini terjadi, ia boleh menyebabkan ibu mengalami bentan. Sebenarnya ada beberapa kes ibu jari kaki telah menyebabkan wanita dalam pantang mengalami demam.

Secara logiknya, ibu jari kaki memilik titik tertentu yang mampu memberikan kesan besar terhadap kesihatan tubuh. Ketika dalam tempoh pantang, fizikal anda masih lagi lemah sebab itulah anda dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada ketika berjalan.

#3. Elak tidur sewaktu matahari sedang naik

Ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur ketika waktu matahari sedang naik. Ia dikatakan boleh menyebabkan tubuh badan ibu mengalami sakit-sakit dan lesu. Jika difikir secara logik, agama Islam turut menyarankan seluruh umat untuk bangun di awal pagi kerana ia boleh menyihatkan tubuh.

Anda juga digalakkan untuk tidur sebentar sebelum Zuhur bagi mengumpul tenaga setelah berjaga di waktu malam.

#4. Tidak boleh minum air sejuk atau ais

pantang larang selepas bersalin

credit to sources

Ini mungkin antara halangan terbesar oleh kebanyakan ibu, lebih-lebih lagi anda berpantang pada musim panas terik. Mana tidaknya, rasa sungguh terseksa apabila terbayang air milo ais atau sirap di benak fikiran sambil menantikan tempoh berpantang tamat.

Ais sejuk atau ais sebenarnya tidak dibenarkan sepanjang 44 hari berpantang kerana ia boleh membuatkan tubuh berasa sakit-sakit.

#5. Tidak memakai stokin

Ibu berpantang dan sarung kaki sememangnya tidak dapat dipisahkan. Selain ia berperanan bagi mengelakkan badan dari dimasuki angin, stoking juga mampu memanaskan bahagian kaki. Kesannya, tubuh badan akan menjadi lebih selesa dan anda terhindar dari sebarang masalah penyakit.

#6. Tidur tanpa bantal

Tidur dengan sokongan bantal mampu mengekalkan kedudukan tubuh yang lebih baik kepada ibu. Kedudukan kepala yang lebih tinggi dari badan dapat menghalang darah kotor atau angin naik ke kepala.

Selain itu, sewaktu tidur ibu disaran untuk merapatkan kedua-dua belah kaki bagi mempercepatkan penyembuhan sistem peranakan selain bergantung pada pemakaian bengkung setiap hari.

#7. Elak duduk mencangkung

Duduk secara bercangkung boleh mengakibatkan dua risiko kepada ibu berpantang selepas bersalin iaitu ia boleh menyebabkan risiko rahim terjatuh atau terkeluar. Keduanya ialah boleh menyebabkan jahitan pada luka bersalin menjadi terkoyak.

#8. Elak mandi air sejuk

larangan ketika berpantang

credit to sources

Elakkan mandi secara berdiri atau mencangkung. Ibu disarankan untuk menggunakan bangku.

Bukan itu sahaja, anda juga digalakkan untuk mandi air rebusan daun herba yang masih suam bagi menjaga kesihatan sistem peranakan dan mengelakkan sebarang masalah pada kemudian hari.

#9. Jangan makan sebarang jenis ubi

Ibu yang pantang bersalin 30 hari atau lebih tidak dibenarkan mengambil ubi-ubian seperti keledek, ubi kayu dan keladi kerana ia boleh menyebabkan masalah kembung perut dan pencernaan.

Manakala bayi yang menyusu turut mengalami masalah sama sekiranya ibu tidak menjaga pemakanan dengan baik.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk berpantang 100 hari daripada mengadakan hubungan suami isteri. Pantang larang ini terbukti mampu memulihkan peranakan serta kesihatan ibu yang baru melahirkan.

Kesimpulannya walaupun kita sudah mencapai zaman kemodenan, tidak ada salahnya untuk mengikuti setiap pantang larang yang diamalkan oleh nenek moyang terdahulu kerana tujuannya adalah untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan.

Sumber: Momma

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Menu Pantang Yang Sedap Ikut Resepi Bonda Rozita, Bantu Buang Angin & Kuruskan Badan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!