Makanan Berpantang Czer Yang Boleh & Tidak Boleh Diambil, Bantu Cepatkan Luka Sembuh
Menu berpantang bersalin czer lebih kurang sama dengan bersalin normal. Apa yang penting ibu kena jaga pemakanan dan jangan terlalu aktif
Selepas pembedahan czer, ini adalah masa untuk memulihkan semula badan anda dari keletihan mental dan fizikal. Justeru adalah penting untuk ibu-ibu mengetahui makanan pantang czer yang boleh dan tidak boleh diambil.
Pemakanan yang bagus untuk proses penyembuhan dan meningkatkan tenaga selepas caeserean termasuklah mengandungi protein yang tinggi, vitamin, karbohidrat dan zat besi seperti diambil semasa mengandung.
Isi Kandungan
Makanan Pantang Czer: Makanan Pantang Yang Boleh Diambil
Menurut Garis Panduan Pemakanan yang diterbitkan Jabatan Pertanian US dan disahkan Persatuan Dietitik Amerika, ibu menyusu badan memerlukan pengambilan kalori harian tambahan iaitu tidak melebihi 1800 kalori sehari.
Manakala pengambilan yang lebih tinggi disyorkan bagi wanita menyusu yang lebih dari satu bayi, kurang berat badan dan kerap melakukan aktiviti fizikal.
Oleh itu, ambil tahu beberapa menu berpantang bersalin czer yang boleh dan tidak boleh diambil semasa fasa pemulihan ini.
#1) Produk tenusu rendah lemak
Susu, yogurt dan keju adalah sumber protein, kalsium, Vitamin B dan Vitamin D yang sangat baik untuk ibu menyusu. Ambil sekurang-kurangnya 50ml setiap hari.
#2) Bijirin
Roti bijirin, beras perang dan gandum menyediakan kalori yang diperlukan terutama bagi anda yang menyusukan si kecil. Malah ia juga meningkatkan tahap tenaga kerana mempunyai nutrien dan vitamin yang diperlukan.
#3) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan menu berpantang bersalin czer yang wajib diambil setiap hari. Oren dan blueberi kaya dengan antioksidan serta vitamin C yang bagus untuk proses pemulihan selepas bersalin czer.
Manakala, sayuran hijau seperti brokoli, bayam, kekacang dan daun fenugreek juga mengandungi sumber vitamin, kalsium dan zat besi yang bagus untuk memulihkan tubuh selepas czer.
#4) Oat
Mengandungi serat yang tinggi bagi melegakan anda dari sembelit. Anda boleh menikmatinya bersama susu, buah-buahan kering atau kekacang. Contoh buat seperti epal, pisang dan mangga manis.
#5) Kunyit
Ibu-ibu mungkin tidak tahu bahawa kunyit juga menjadi salah satu menu berpantang bersalin czer yang boleh diambil. Hal ini kerana ia mengandungi vitamin B6, Vitamin C, serat, kalium dan magnesium.
Kunyit dapat membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka dalaman serta luaran dengan cepat. Anda juga boleh masukkan setengah sudu kunyit dalam segelas susu panas dan minum setiap hari.
#6) Kacang badam
Kacang badam atau almond merupakan makanan orang berpantang yang kaya dengan sumber karbohidrat, Vitamin B12, Vitamin E, serat dan mineral seperti tembaga, kalsium, zink dan kalium.
Anda boleh makan dengan cara goreng atau mentah mengikut kesukaan.
#7) Halia dan bawang putih
Halia dan bawang putih juga antara menu berpantang bersalin czer. Kedua-dua ini membantu pencernaan dan mengurangkan berat badan selepas mengandung. Anda boleh menambah sedikit halia dan bawang putih dalam makanan anda semasa memasak .
#8) Bijan putih dan hitam
Bijan kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus dan magnesium. Ia dapat mengawal pergerakan usus dengan baik.
Makanan Pantang Czer
Anda harus mengelak semua makanan berlemak dan bergoreng yang sememangnya tidak bagus untuk proses pemulihan luka dalaman selepas bersalin. Malah, ia hanya menambahkan berat badan anda sahaja.
Selain itu, elakkan juga makanan pantang jenis yang pedas kerana boleh menyebabkan masalah gastrik. Bahkan, bayi juga turut terkena kesan kerana menyusu badan.
Disini ada beberapa menu berpantang bersalin czer yang dilarang selepas melahirkan seperti berikut:
- Minuman berkarbonat yang boleh menyebabkan gas berlebih dan kembung perut.
- Minuman berkafein seperti kopi dan teh perlu diambil secara sederhana kerana kafein berlebihan dalam tubuh
- boleh menyebabkan masalah pertumbuhan pada bayi anda.
- Mengelak minuman beralkohol kerana boleh menjejaskan keupayaan anda menghasilkan susu badan dan membawa kepada masalah perkembangan si kecil.
- Elakkan makanan pantang bersalin yang boleh menyebabkan angin seperti kobis, ubi dan lain-lain.
- Jangan ambil makanan bergoreng kerana sukar dicerna terutamanya pada hari pertama bersalin kerana ia boleh menyebabkan senak perut.
- Jangan ambil nasi putih sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari selepas melahirkan terutama jika anda mengalami GDM. Tukar dengan beras gandum kerana ia membekalkan tenaga dan kalori tambahan.
- Elakkan minuman dan makanan sejuk kerana ia boleh memberi kesan buruk terhadap tubuh ibu. Makanan pantang bersalin czer hendaklah diteliti terlebih dahulu.
Tips Untuk Ibu Berpantang
- Cuba amalkan lima hingga enam hidangan kecil sepanjang hari.
- Makan dengan jarak kira-kira dua jam. Sekiranya rasa lapar lebih awal, ambil snek ringan seperti buah atau kacang.
- Ambil masa untuk mengunyah secara perlahan-lahan dan secara santai, kemudian minta ahli keluarga untuk menjaga bayi anda sementara waktu.
- Dengan bayi baru lahir, anda mungkin tidak dapat tidur yang mencukupi, maka cuba ambil masa berehat ketika si kecil sedang tidur nyenyak.
- Masak makanan di rumah kerana anda boleh menyediakan bahan-bahan segar dan sihat.
Kini, anda sudah tahu pentingnya diet yang sihat selepas bersalin czer kerana membantu anda memulihkan diri dari dalam bahkan bayi juga lebih sihat kerana mendapat susu badan yang berkualiti. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Cadangan Menu Berpantang Czer
Jika anda buntu dan tercari-cari menu berpantang czer yang mudah, berikut kami kongsikan beberapa cadangan:
#1. Untuk sarapan pagi
Menu sarapan pagi untuk ibu berpantang czer yang boleh anda ambil ialah:
- Lempeng oat kurma dengan kopi panas
- Bubur Nasi bersama Ikan Bilis
- Roti bakar, buah oren dan kentang putar
- Biskut kering, buah dan air milo
- Oat bersama buah-buahan
- Cornflakes dengan susu segar, buah kismis dan air horlicks
- Sandwish dan susu badam
#2. Makanan untuk orang berpantang pembedahan: menu tengah hari
- Nasi putih bersama sup ayam kampung
- Ikan haruan masak lada hitam
- Cencaru bakar berempah
- Ikan kembung kukus dengan halia
- Kari ikan tanpa santan
#3. Menu berpantang czer: Makanan untuk snacking
- Pegaga goreng rangup
- Biskut laktasi
- Buah-buahan kering
- Kekacang
- Overnight oats
Makanan pantang czer ini tidak hanya sedap dan mudah untuk disediakan, malahan membantu perbanyakkan susu badan.
Jika ibu memerlukan menu berpantang 44 hari, boleh rujuk disini.
Menu Berpantang Bersalin Czer Berasaskan Protein
Untuk makan tengah hari dan malam, kami mencadangkan para ibu untuk mengambil makanan yang lengkap dengan nutrisi seperti karbohidrat, protein dan vitamin.
Berikut beberapa jenis ikan yang boleh diambil untuk orang pantang bersalin:
- Ikan tenggiri
- Ikan kerisi
- Ikan haruan
- Ikan selar (sedap dibuat sebagai ikan bakar berempah)
- Ikan merah
- Ikan senangin
- Ikan gelama
- Ikan salmon
- Ikan kembung
Menu berpantang bersalin czer berasaskan ikan ini boleh dimasak dengan cara stim, rebus ataupun bakar.
Kalau ibu yang sedang berpantang selepas bersalin czer mencari plaster yang selamat dan berkualiti untuk digunakan, ibu boleh beli yang ini.
Senarai Makanan Yang Menyebabkan Luka Czer Bernanah
Secara khususnya, tidak ada makanan yang menyebabkan luka czer bernanah. Namun ibu-ibu hendaklah mempertimbangkan beberapa perkara ini dalam proses pemulihan selepas bersalin.
#1. Elakkan mengambil makanan tinggi gula
Mengekalkan paras gula dalam darah sangat penting dalam proses penyembuhan, terutamanya jika anda menghidap diabetes.
Paras gula dalam darah yang tinggi akan menyebabkan badan mudah mengalami keradangan dan boleh menyebabkan penyembuhan luka mengambil masa yang lebih lama.
#2. Makanan pedas
Jika dimakan dalam jumlah yang sederhana, makanan pedas tidak akan menghalang penyembuhan luka. Namun, pengambilan terlalu banyak makanan berempah terutamanya apabila selepas bersalin boleh merencatkan proses pembekuan darah yang merupakan proses penting untuk luka cepat kering.
#3. Makanan segera
Makanan segera atau makanan ringan, termasuk makanan yang harus dielakkan ketika pantang czer. Ia adalah makanan yang memiliki khasiat rendah yang harus dihadkan walaupun anda tidak sakit.
Contoh makanan yang perlu anda elakkan semasa tempoh penyembuhan luka termasuk mee segera, makanan bergoreng dan gula-gula.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar utama:Urutan Tradisional & Penjagaan Ibu dan Bayi dalam Pantang
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jenis-Jenis Roti Berkhasiat & Bagus Untuk Ibu Berpantang Makan, Tak Perlulah Makan Nasi Setiap Hari
Baca juga: Menu Pantang Sendiri Berasaskan Ayam & Ikan, Tinggi Protein Bantu Pulihkan Luka Bersalin
Baca juga: Elak Sapu Sampah & Terlebih Rajin Waktu Berpantang, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Pahit