X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jenis-Jenis Roti Berkhasiat & Bagus Untuk Ibu Berpantang Makan, Tak Perlulah Makan Nasi Setiap Hari

4 min bacaan
Jenis-Jenis Roti Berkhasiat & Bagus Untuk Ibu Berpantang Makan, Tak Perlulah Makan Nasi Setiap Hari

Semasa berpantang, ibu baru perlu elak beberapa jenis makanan. Namun ada beberapa jenis roti untuk ibu berpantang yang anda boleh makan sebenarnya.

Ramai ibu baru tertanya-tanya tentang roti untuk ibu berpantang. Yalah, saban hari makan nasi dengan ayam atau ikan sahaja, mestilah tekak pun rasa inginkan sesuatu yang baru bukan?

Fasa berpantang amat penting untuk ibu baru kembalikan tenaga dan cepatkan diri pulih. Malah, dalam tempoh ini, pemakanan memainkan peranan utama dalam pengeluaran susu badan juga kerana kita inginkan hanya yang terbaik untuk anak.

Selain makanan dalam pantang, ibu juga digalakkan untuk memakan snek bagi memastikan perut sentiasa beralas. Sebab itulah roti untuk ibu berpantang antara makanan snek yang paling digemari ramai.

Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:

  • Jenis roti untuk ibu berpantang selepas bersalin
  • Kandungan jenis-jenis roti 
  • Khasiat roti kepada ibu berpantang

Jenis-jenis roti untuk ibu berpantang

Roti terdiri daripada pelbagai jenis di pasaran. Mari kita lihat jenis-jenis roti yang boleh dimakan ibu ketika berpantang:

1. Roti Gandum Penuh

roti untuk ibu berpantang

Sumber: Fooddoodles.com

Roti gandum penuh diperbuat daripada semua komponen bijiran iaitu dedak, kuman dan endosperma berbanding roti putih yang diperbuat daripada tapung tertapis dan hanya mengekalkan endosperma.

Roti gandum penuh ini juga mengandungi lebih banyak serat, mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi, dan mungkin mempunyai lebih sedikit kalori.

Ia turut sesuai untuk digunakan untuk membuat sandwich seperti menggunakan roti putih – ia sama sedap tetapi lebih berkhasiat.

2. Roti ‘Sourdough‘

roti ibu berpantang

Sumber: my4senses.blogspot.com

Bukan sahaja sedap, roti sourdough juga mengandungi khasiat yang cukup banyak, dengan asid semula jadi dan penapaian yang lama membantu memecahkan gluten, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam dan mudah diserap oleh badan.

Berbeza dengan banyak jenis roti lain, roti sourdough ditapai dengan cara yang menghilangkan kanji buruk di dalamnya. Ini bermakna ia tidak akan menyebabkan gula darah ibu meningkat secara drastik apabila memakannya.

Sourdough terkenal dengan rasa masamnya, tekstur kenyal dan keraknya yang rangup. Sedap dimakan dengan ikan salmon yang boleh dimakan sewaktu berpantang sebagai sandwich!

3. Roti Oat

roti ibu berpantang

Sumber: sarahbakesgfree.com

Roti yang diperbuat daripada oat dan dilengkapi dengan madu ini dianggap sebagai jenis roti yang paling berkhasiat secara keseluruhannya. Ia membekalkan kebaikan vitamin B dan fosforus.

Oat turut mengandungi serat yang tinggi sekali gus membuatkan ibu berasa kenyang lebih lama serta menghalang pemakanan secara berlebihan. Ini membantu kerana ibu akan berasa lapar ketika menyusu badan.

Sementara itu, kandungan serat dalam oat membantu elakkan masalah perut seperti sembelit dan kembung.

4. Roti Rye

roti ibu berpantang

Sumber: baking-sense.com

Jenis roti ini diperbuat daripada tepung rye yang dikatakan banyak khasiat dan manfaatnya. Roti rye ini mengandungi protein dipanggil secalin yang membantu mengurangkan nafsu makan dan membuatkan ibu berasa kenyang untuk tempoh lebih lama.

Ia dikatakan mempunyai glisemik rendah berbanding roti lain, ini boleh dianggap baik dan selamat untuk pesakit kencing manis.

Serat pada roti rye ini boleh mengelakkan masalah perut. Yang penting, ia sedap dimakan dengan pelbagai jenis keju atau dimakan begitu sahaja.

5. Roti Pita

Jenis-Jenis Roti Berkhasiat & Bagus Untuk Ibu Berpantang Makan, Tak Perlulah Makan Nasi Setiap Hari

Sumber: seasoninvermont.com

Roti jenis pita amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia boleh dipesan di restoran-restoran Asia Selatan dan Mediterania. Jenis roti ini lembap, ringan dan leper dan diperbuat daripada tepung gandum yang ditapis dan juga gandum penuh.

Ia rendah kalori dan merupakan sumber protein dan karbohidrat yang kaya dan mengandungi jumlah vitamin B, selenium dan mangan yang mencukupi. Sumber-sumber nutrisi ini berfungsi bersama sebagai antioksidan yang kuat.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Sudah tentu, rasa roti pita sedap terutama digandingkan dengan makanan lain termasuk hummus.

Secara umumnya, ibu-ibu berpantang mempunyai seleksi jenis roti yang boleh dipilih mereka sebagai snek dan sumber mendapatkan tenaga. Pastinya, roti-roti ini membantu dalam proses ibu-ibu menjaga bayi dan memulihkan badan masing-masing.

Semoga bermanfaat.

WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Makan Roti Pun Boleh Buat Rahim Kembang Ketika Berpantang? Biar Betul…

Baca juga:  7 Resepi Berpantang, Suami Tak Pernah Masuk Dapur Pun Confirm Boleh Buat!

Baca juga: Pantang Bersalin Ini WAJIB Diikuti Ibu Baru Demi Menjaga Kesihatan Berpanjangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

sofian

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Jenis-Jenis Roti Berkhasiat & Bagus Untuk Ibu Berpantang Makan, Tak Perlulah Makan Nasi Setiap Hari
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham