Pantang Laksa Selepas Bersalin Untuk Elak Alahan, Naik Ruam & Gatal, Perlukah Ibu Baru Elak Makanan Ini?

undefined

Pantang laksa selepas bersalin mungkin kedengaran agak pelik, namun ada sebab yang munasabah mengapa para ibu perlu pantang dari makanan ini.

Sehingga hari ini, masih ada ibu-ibu yang mengamalkan pantang dalam pemakanan selepas bersalin. Tetapi, pernahkah anda mendengar tentang pantang laksa selepas bersalin?

Banyak makanan yang perlu ibu berpantang jauhi sekiranya hendak melalui tempoh pantang secara tradisional. Antaranya termasuk lemak ayam dan daging, sayur-sayuran seperti cili padi dan asam keping, buah-buahan berasid seperti nenas dan limau dan makanan laut seperti udang, ketam, kerang dan ikan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pantang laksa selepas bersalin untuk elak alahan, apa relevannya?
  • Bagaimana keracunan skombrotoksin boleh terjadi, dan cara untuk hindarinya
  • Masih mengalami simptom alahan walaupun ikan sudah segar dan dicuci bersih, apakah puncanya?

Pantang laksa selepas bersalin untuk elak alahan, apa relevannya?

elak makanan ini ketika pantang, pantang laksa selepas bersalin

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah relevannya pantang dan bagaimana pemakanan ibu boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dan ibu itu sendiri?

Tahukah anda bahawa makanan yang kita makan juga mempunyai elemen dan komponennya yang tersendiri?

Sebagai contoh, skombrotoksin. Apakah itu skombrotoksin? Ianya adalah sejenis toksin yang sering dikaitkan dengan pengambilan sesetengah jenis ikan seperti ikan tenggiri dan tuna.

Pernahkah anda berasa gatal atau mula naik ruam apabila memakan kedua jenis ikan ini? Ini mungkin disebabkan oleh makanan laut tersebut dicemari dengan toksin skombrotoksin atau histamin.

Inilah sebabnya kena pantang laksa selepas bersalin, dan cara untuk hindarinya

Histamin boleh terhasil apabila makanan laut tidak disimpan sejuk beku dengan cara yang betul atau sama ada ia terdedah pada suhu bilik dalam tempoh yang lama. Ini akan menyebabkan makanan laut tersebut terdedah kepada bakteria.

Sesetengah bakteria ini akan menghasilkan enzim histidine decarboxylase yang menukar histidine kepada histamin.

makanan untuk ibu pantang, Pantang laksa selepas bersalin

Sumber gambar: Blog Mamy Syu

Apa pula histidine itu? Ianya adalah sejenis amino asid yang banyak ditemui dalam ikan-ikan tertentu seperti ikan tenggiri, ikan tuna, ikan selayang, ikan kembung dan ikan bonito. Apabila terdedah pada suhu bilik yang lama, ia akan mula tercemar dengan bakteria yang menukar histidine kepada histamine.

Namun, anda boleh menghindari ikan ini dari tercemar dengan cara penyimpanan yang betul yang akan membuatkan ikan kekal segar.

  • Masukkan ikan yang telah disiang dan dicuci bersih ke dalam sebuah bekas kedap udara.
  • Penuhkan bekas dengan air dan kemudian simpankan bekas tersebut ke dalam ruang sejuk beku peti.
  • Apabila hendak gunakan ikan, alirkan air pada ikan dan tunggu sehingga ais mencair. Ikan akan kekal segar dan sedia untuk dimasak.

Naik ruam dan bengkak-bengkak selepas makan laksa, adakah ini tanda keracunan?

Sekiranya anda mengalami antara simptom-simptom ini setelah memakan laksa, kemungkinan bahawa ikan yang digunakan dalam kuah laksa tersebut sudah tercemar:

  • Rasa seperti panas di sekeliling mulut
  • Muka kemerah-merahan
  • Berpeluh
  • Mual-mual dan muntah
  • Sakit kepala
  • Perasaan sakit dada
  • Pening-pening
  • Naik ruam

Bagi ibu berpantang, sebenarnya bukanlah anda tidak boleh memakan ikan-ikan yang disenaraikan di atas. Asalkan ikan yang dimakan dicuci bersih dan kesegarannya terjaga, tiada masalah pun untuk para ibu memakannya.

cara simpan ikan

Masih mengalami simptom alahan walaupun ikan sudah segar dan dicuci bersih, apakah puncanya?

Sekiranya anda masih mengalami simptom seperti di atas walaupun ikan sudah disimpan dengan betul dan dicuci dengan bersih, maka anda mungkin mengalami alahan terhadap ikan tersebut dan bukannya disebabkan oleh ketidak bersihan makanan tersebut.

Jadi, elakkanlah memakan makanan yang anda alah supaya kesihatan anda akan sentiasa terjamin. Lagi-lagi anda seorang ibu yang sedang berpantang, dan perlukan kesihatan yang utama untuk menjaga si manja anda dengan baik.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Makan laksa ketika pantang: Doktor kata BOLEH, Pakar Pemakanan kata TAK, mana betul ni?

Baca juga:  Si Manja Kembung Perut, Ibu Tidak Perlu Jaga Makan? Biar Betul?!

Baca juga: Resepi Laksa Johor Yang Paling Sedap Ikut Cara Chef Wan Dan Che Nom

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!