X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pemakanan Ibu BUKAN Punca Anak Kembung Perut, Teliti Dahulu Cara Penyusuan Si Manja!

4 min bacaan
Pemakanan Ibu BUKAN Punca Anak Kembung Perut, Teliti Dahulu Cara Penyusuan Si Manja!

Si manja kembung perut boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun ramai beranggapan ia berkaitan dengan pemakanan seharian ibu

Ramai yang akan menasihati para ibu untuk berpantang setelah melahirkan anak. Tujuannya bukanlah untuk membebankan si ibu, tetapi untuk memastikan mereka sembuh dengan sebaiknya dan mengelakkan si manja kembung perut.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Apakah punca si manja kembung perut?
  • Pemakanan ibu boleh menyebabkan masalah kembung perut anak

Percayalah, anda pastinya tidak sanggup melihat anak kecil menangis disebabkan oleh kembung perut. Si manja akan mengalami rasa ketidakselesaan dan kelihatan serba tidak kena. 

Apakah punca si manja kembung perut?

bayi kembung perut

Sebagai ibu yang berpantang, rehat yang secukupnya adalah sangat penting! Jadi, jika si manja mula menangis tanpa henti pada waktu malam, ia pasti akan mengganggu fizikal dan emosi ibu.

Tetapi, adakah makanan yang dimakan oleh ibu menjadi punca si manja mengalami kembung perut?

Kembung perut, atau juga dikenali sebagai Colic akan sering terjadi pada si manja yang berusia kurang dari 6 bulan disebabkan usus mereka yang masih belum cukup matang.

Disebabkan itu, bayi tidak digalakkan untuk memakan pelbagai jenis makanan selain dari susu ibu bagi mengelakkan sebarang komplikasi pada kesihatan mereka.

Sebagai contoh, baru-baru ini komuniti keibubapaan digemparkan dengan berita bahawa seorang bayi berusia 3 hari mengalami bengkak dada akibat disuap biskut kering oleh neneknya.

Walaupun si manja tidak mengalami kembung perut, tetapi disebabkan pemakanan yang tidak sesuai bagi umur bayi, dia telah mengalami masalah kesihatan.

Jadi, apakah punca bayi anda mengalami kembung perut? Adakah ia berkaitan dengan pemakanan anda? Bagaimana pula jika ibu memang menjaga makan ketika pantang?

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang ramai orang terlepas pandang yang boleh menjadi punca anak mengalami Colic.

  • Cara pelekapan (latching) yang tidak betul. Ramai para ibu yang akan menghadapi masalah pelekapan ketika menyusukan si manja. Tanpa teknik yang betul, anak akan lebih banyak menyedut udara berbanding susu lalu menyebabkan si manja kembung perut. Penggunaan botol susu yang sesuai juga memainkan peranan dalam memastikan keselesaan perut si manja.
  • Penyusuan yang terlalu cepat. Sering terjadi apabila ibu menggunakan botol susu, aliran susu yang keluar dengan cepat walaupun tidak dihisap memaksa si manja untuk menelan susu dengan pantas. Berbanding menyusu badan, di mana susu hanya akan keluar apabila si manja menghisap, alirannya lebih perlahan.
  • Usus bayi masih sedang dalam proses pematangan. Disebabkan usus yang masih belum matang, ia akan mengambil masa untuk mencerna susu yang diminum oleh si manja. Ibu bapa boleh mengurut si manja dan menggerakkan kaki bayi seakan-akan dia sedang berbasikal bagi mengeluarkan angin untuk mengelakkan perutnya kembung.

Pemakanan Ibu BUKAN Punca Anak Kembung Perut, Teliti Dahulu Cara Penyusuan Si Manja!

Benarkah pemakanan ibu boleh menyebabkan masalah kembung perut anak

Sebenarnya, TIDAK! Para ibu yang sedang berpantang boleh sahaja makan apa yang hendak dimakan asalkan pemakanan ibu kekal seimbang dan berkhasiat supaya cepat sembuh dari luka bersalin.

Pemakanan ibu bukanlah menjadi punca si manja kembung perut. Malah, sekiranya ibu memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang, cahaya mata anda juga akan sedikit sebanyak mendapat nutrisi dari makanan tersebut melalui susu ibu.

Pemakanan Ibu BUKAN Punca Anak Kembung Perut, Teliti Dahulu Cara Penyusuan Si Manja!

Walaupun begitu, ada juga makanan yang ibu-ibu perlu ambil dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya seperti kobis bunga, buah-buahan bersitrus, jagung, produk tenusu, bawang, gandum dan sebagainya.

Bukanlah kerana khuatir si manja akan kembung, tetapi dikhuatiri bayi anda akan mengalami alergi atau masalah-masalah lain seperti sembelit atau cirit-birit.

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Akhir kata, para ibu makanlah apa yang hendak dimakan selagi ia tidak memudaratkan kesihatan ibu dan anak.

Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Kembung Perut Mungkin Petanda Susu Formula Tidak Sesuai, Ibu Cuba 3 Urutan Ini

Baca juga: 7 Tanda Bayi Kembung Perut Ibu Perlu Tahu, Patutlah Dia Asyik Menangis Saja!

Baca juga: Cara Sendawakan Bayi Yang Betul Dapat Elak Masalah Kembung Perut & Muntah Susu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Pemakanan Ibu BUKAN Punca Anak Kembung Perut, Teliti Dahulu Cara Penyusuan Si Manja!
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham