Pantang larang awal kehamilan adalah penting untuk diketahui oleh para ibu di luar sana. Memang benar, fesyen adalah satu bentuk ekspresi bakal ibu di luar sana dan anda harus bebas untuk memakai apa sahaja yang anda mahukan.
Tetapi adakah terdapat sebarang peraturan atau panduan untuk pakaian semasa hamil? Untuk bakal ibu yang mungkin tidak tahu, di sini kami sediakan beberapa panduan penting untuk anda ketahui.
Berikut adalah panduan tentang apa yang tidak boleh dipakai sepanjang tempoh kehamilan.
Pantang Larang Awal Kehamilan: Apa Yang Tidak Disarankan Untuk Pakai Ketika Hamil?
Kita semua tahu bahawa tubuh golongan wanita mengalami perubahan besar semasa kehamilan, dan satu perkara yang hilang dengan cepat adalah bentuk badan sebelum hamil. Bagaimanapun, tidak dapat dielakkan bagi seorang wanita untuk berhenti memakai pakaian biasa mereka buat masa ini dan berpakaian seperti seorang yang bakal menimang cahaya mata.
Ini juga boleh menjadi peluang untuk anda mencipta semula diri anda dalam fesyen. Atau anda masih boleh kekal dengan apa yang kebiasaannya anda lakukan. Walau bagaimanapun, anda perlu memikirkan semula cara untuk menampilkan gaya peribadi anda sambil memastikan ‘baby bump’ anda berada di dalam keadaan yang selamat dan selesa.
Perlu diingatkan juga ya ibu-ibu, setinggi mana kita mahu kekal hebat dan mengikuti trend/fesyen, keselesaan haruslah mengatasi segalanya. Jangan pula nak nampak cantik dan ‘trendy’, diri sendiri tak selesa.
Anda tidak perlu membuang semua pakaian lama anda hanya kerana anda hamil dan ia tidak sesuai untuk anda sekarang. Tetapi anda pasti perlu mengambil perhatian tentang perkara yang anda harus elakkan memakai semasa kehamilan. Di bawah adalah beberapa pakaian biasa yang wanita hamil tertanya-tanya sama ada mereka masih boleh memakai semasa hamil.
Pantang Larang Awal Kehamilan: “Boleh Ke Pakai Jeans Masa Hamil?”
Kita semua mempunyai seluar jeans yang sesuai dengan apa-apa sahaja baju di dalam almari pakaian. Jangan risau, anda tidak perlu membuang seluar tersebut – sekurang-kurangnya sehingga trimester kedua apabila ‘baby bump’ anda mula kelihatan dan seluar jeans yang ketat boleh membuatkan anda berasa terhad.
Memakai pakaian ketat tidak digalakkan semasa hamil kerana mempunyai pengaliran darah yang baik adalah sangat penting. Memakai pakaian yang sempit dan ketat boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, seperti sakit, peredaran darah berkurangan, dan juga jangkitan yis, apatah lagi membuatkan wanita hamil berasa panas dan sangat tidak selesa.
Oleh itu, apabila anda sudah mengalami kesukaran untuk membutang seluar jeans kegemaran anda, pertimbangkan untuk berehat selama enam bulan akan datang sebelum memakai seluar jeans bersalin berkualiti yang masih boleh anda pakai walaupun selepas bersalin.
Bahaya Atau Tidak Pakai Kasut Tumit Tinggi Ketika Hamil?
Sepasang kasut tumit sememangnya boleh meningkatkan keyakinan wanita. Walau bagaimanapun, memakai kasut tumit tinggi mungkin bukan pilihan paling selamat untuk bakal ibu.
Walaupun ianya adalah sebahagian daripada senarai yang tidak boleh dipakai semasa kehamilan, sebenarnya bukan kasut yang tidak selamat. Tetapi disebabkan pergeseran pusat graviti (mengalami baby bump) dan ligamen anda menjadi longgar apabila kehamilan anda meningkat, anda lebih berisiko untuk menjadi tidak seimbang dan jatuh.
Dan lebih daripada kemungkinan benjolan, lebam dan pergelangan kaki bengkak atau tulang patah, jatuh semasa hamil meletakkan anda berisiko untuk trauma pada perut anda, yang boleh menjadi sangat berbahaya untuk bayi dalam kandungan anda.
Lebih-lebih lagi, kerana aliran darah yang meningkat, wanita hamil lebih cenderung untuk memberi tekanan pada urat mereka, yang membawa kepada urat varikos dan urat labah-labah. Memakai kasut bertumit tinggi juga boleh menjejaskan aliran darah dan memberi tekanan tambahan pada urat anda.
Akhir sekali, memakai kasut tumit tinggi semasa hamil boleh meningkatkan ketidakselesaan pelvis, belakang dan pinggul. Malah sebelum anda bersalin, anda mungkin perasan bahawa pinggul, pelvis, belakang dan kaki anda lebih sakit selepas memakai tumit. Kita semua tahu bahawa sakit belakang adalah perkara biasa dalam kehamilan, dan memakai kasut tumit tinggi hanya boleh memburukkan lagi keadaan.
Sebaik-baiknya, ketepikan stiletto anda buat sementara waktu dan pilih kasut yang lebih menyokong dan tidak menyebabkan ketidakselesaan tambahan di seluruh badan anda. Pakai kasut yang selesa – badan hamil anda akan lebih berterima kasih kepada anda.
Pantang Larang Awal Kehamilan: Underwire Bra Ketika Hamil – Tak Apa Ke?
Jika anda belum mencuba memakainya lagi, bra berwayar adalah sejenis alat yang membuatkan payudara kelihatan seperti dalam bentuk sempurna. Selain itu, sesetengah wanita suka memakai bra berwayar kerana ia memberikan sokongan tambahan kepada payudara mereka. Walau bagaimanapun, sesetengah wanita merasa tidak selesa dan merasa seakan-akan payudara mereka ‘tersepit’.
Walaupun begitu, memakai bra berwayar dianggap selamat semasa hamil. Ia hanya bergantung pada keselesaan wanita hamil, tetapi tidak ada sebab berkaitan kesihatan untuk menghalang anda daripada memakainya.
Sesetengah orang percaya bahawa memakai bra berwayar boleh menghalang aliran darah dan menghalang pengeluaran susu ibu, tetapi ini belum terbukti. Ia juga tidak menyebabkan saluran tersumbat atau mastitis semasa anda menyusu, untuk pengeluaran susu anda terjejas, anda perlu memakai bra yang sangat ketat untuk masa yang sangat lama.
Sama ada anda ingin memakai bra berwayar atau tidak semasa kehamilan terpulang kepada anda, tetapi pastikan anda melabur untuk pembelian bra yang sesuai dan boleh bertahan walaupun selepas kehamilan.
Bolehkah Pakai Seluar tight/legging Ketika Hamil?
Pakaian bersalin juga selamat dipakai semasa hamil, selagi ia tidak mengecutkan kawasan perut dan mengurangkan aliran darah.
Walau bagaimanapun, menurut American Pregnancy Association, memakai seluar dalam yang ketat boleh meningkatkan jangkitan yis faraj. Semasa mengandung, wanita mengalami peningkatan rembesan faraj semasa hamil. Dan jika anda memilih untuk memakai seluar dalam yang ketat dan tidak boleh bernafas, ia boleh meningkatkan kemungkinan membenarkan yis yang secara semula jadi berlaku dalam faraj menghasilkan berlebihan dan menyebabkan jangkitan.
Anda tidak perlu kelihatan selekeh dan tidak kepenatan, anda masih boleh memakai apa yang anda inginkan semasa hamil, selagi anda mengingati peraturan nombor satu dalam pakaian bersalin: sentiasa pilih keselesaan daripada gaya.
Pilih pakaian yang sesuai dan di mana anda boleh bergerak dengan baik. Malah, terdapat banyak pakaian hamil di pasaran yang bergaya dan selamat untuk benjolan anda yang semakin membesar.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu, Penjagaan Gigi Juga Penting Semasa Hamil – Pilih Ubat Gigi Yang Selamat Dari Senarai Ini!
Baca juga: Kerap Syampu Rambut? Pastikan Syampu Rambut Anda Tidak Mengandungi 4 Ramuan Ini Jika Sedang Hamil!
Baca juga: Segan Kulit Teruk Sepanjang Hamil? Ini Cara Hilangkan Jerawat Yang Buat Anda Tak Selesa!