Blogger Berkongsi Gambar Parutnya Yang Radang Selepas Pembedahan Caesarean

lead image

Seorang blogger telah berkongsi di Instagram gambar parutnya yang telah radang selepas menjalani pembedahan Caesarean. Dia turut berkongsi pengalaman c-seksyen supaya ibu lain dapat bersedia dan lebih mengetahui tentangnya.

Baru-baru ini seorang blogger telah berkongsi di Instagram gambar parutnya yang telah radang selepas pembedahan Caeser.

Mel Watts seorang blogger dari Australia terkenal dengan blognya yang jujur dan terbuka mengenai realiti keibubapaan dan kesan-kesan yang mungkin dialami seorang wanita selepas menjadi seorang ibu. 

Pembedahan Caeserean tidak semudah yang anda fikirkan

Dengan berkongsi pengalaman semasa hamil, semasa pembedahan dan kemudiannya sebagai seorang ibu, Mel berharap ini akan memberi sokongan dan membantu ramai ibu-ibu lain yang bakal menimang cahaya mata.

Selain itu, ia adalah harapannya untuk membuang stigma orang ramai yang pembedahan merupakan jalan keluar yang senang untuk ibu-ibu hamil.

Dalam post terbarunya, ibu kepada empat orang anak ini telah berkongsi imej grafik menggunakan alat pengering rambut (pada suhu sejuk) untuk merawat dan mengeringkan parut yang telah radang selepas pembedahan.

www.instagram.com/p/BWZxXIpjrYm/?taken-by=themodernmumma&hl=en

"Walaupun anda telah melakukan segalanya untuk menjaga kebersihan parut anda selepas pembedahan Caesarean, ada kemungkinan kecil parut itu boleh menjadi radang," tulis Mel di Instagram.

"Meskipun saya mempunyai latar belakang sebagai seorang jururawat, kemungkinan berlakunya radang pada parut amat mengerikan," katanya.

"Serius! Kadang-kadang saya akan bayangkan akibatnya jika luka itu menjadi radang sehingga mengakibatkan rahim saya pecah.

Dan apabila mereka jumpa saya, saya akan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan luka perut yang terbuka ..."

Baca juga:

my-admin.theasianparent.com/parut-pembedahan-caesar/

"Ya, memang semua ini tidak benar dan saya kuat berdrama dan sedang mengambil ubat antibiotik untuk luka saya, tetapi saya tidak sepatutnya membuat carian google tentang apa yang boleh terjadi kepada bekas luka pembedahan Caesar," katanya.

Sebagai penutup, Mel telah menggunakan hashtag #easywayout yang merujuk kepada wanita yang selalu menerima kutukan kerana melahirkan anak melalui pembedahan.

Pengalaman ibu-ibu lain

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/07/suzuki de puerto rico caesarean small 32214.jpg Blogger Berkongsi Gambar Parutnya Yang Radang Selepas Pembedahan Caesarean

"Saya tidak faham mengapa sesetengah orang boleh menganggap bersalin melalui pembedahan sebagai cara yang lebih mudah.

Saya sendiri telah melalui dua pembedahan dan walaupun saya tidak mengalami komplikasi, ia tetap pengalaman yang susah ...

Saya harap luka anda sembuh dengan cepat. "

"Luka saya telah radang semasa melahirkan dan terpaksa dibuka semula," kata seorang wanita lagi.

"Saya tidak demam atau mengalami kesakitan, cuma keluar nanah yang banyak dan sungguh menjijikan.

Mereka terpaksa mengeluarkan tisu-tisu di dalam yang dijangkiti, supaya luka saya boleh sembuh dan terpaksa menggunakan dresing VAC selama dua minggu.

Saya hanya sembuh 12 minggu kemudian. Mudahlah tu (dengan nada menyindir).."

"Saya terpaksa gantung IV selama 48 jam disebabkan luka pembedahan yang radang!! Sudah tentu ini bukan jalan keluar yang mudah! " tulis ibu lain.

Selain daripada memberitahu orang ramai bahawa pembedahan Caesarean bukannya jalan keluar yang mudah, Mel juga ingin menyeru kepada bakal-bakal ibu supaya jangan takut untuk memilih untuk bersalin melalui pembedahan disebabkan risiko radang parut, jika mereka berpendapat itu adalah cara bersalin yang paling sesuai untuk mereka.

"Sekarang saya sudah pulih 100%. Saya boleh berjalan dan tidak lagi bergantung kepada ubat penahan sakit," kata Mel.

"Ia adalah normal untuk rasa takut sebelum menjalani pembedahan. Tetapi ia boleh menjadi pengalaman yang menggembirakan. Selepas itu, anda pasti akan fikir: sebenarnya pembedahan Caesarean tidaklah seteruk yang dibayangkan dan ianya amat berbaloi."

Sumber: Yahoo News

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!