Pasangan Anak Bongsu Dikatakan Miliki Karakter Unik, Sukar Difahami & Lebih Manja

Pasangan anak bongsu memiliki personaliti unik dan berbeza berbanding orang lain. Mana tidaknya, dialah yang paling disayangi dalam keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara lahiriahnya pasangan anak bongsu merupakan anak terakhir dalam kalangan adik-beradik mereka. Bukan sahaja kerenah adik bongsu yang memeningkan tetapi juga tabiat pasangan anak bongsu ini tak kurang hebatnya.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Ciri-ciri pasangan anak bongsu yang perlu difahami

Tak kira apa jantina mereka sekali pun pastinya masing-masing ada kerenah tersendiri. Namun setiap anak bongsu berkongsi ciri-ciri yang sama. Amat mudah untuk melayani perangai pasangan anak bongsu apabila sudah fahami ciri-ciri mereka.

Ciri-ciri pasangan anak bongsu yang perlu difahami

Terdapat 10 ciri-ciri utama yang perlu diketahui mengenai pasangan bongsu.

#1. Sukar difahami

Anak bongsu amat sukar untuk difahami. Moodnya cepat berubah-ubah. Sekelip mata sahaja dari kegembiraan boleh berubah menjadi rajukan berpanjangan.

#2. Cepat tenang

Antara ciri yang paling menarik adalah mereka begitu cepat tenang. Walau pada pagi tadinya dia dalam mood marah, namun apabila petang menjelma moodnya kembali ceria.

#3. Manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dapat dinafikan anak bongsu memiliki ciri-ciri manja dalam dirinya. Dari perlakuan manja itu sudah menunjukkan bahawa mereka perlukan perhatian dari pasangan.

 

#4. Buat andaian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka juga suka membuat pelbagai andaian dalam sesuatu hal. Jika mereka mula berasa tergugat maka mereka akan bertanya pelbagai jenis soalan. Anda perlu bertenang hadapi soalan-soalan itu.

#5. Suka ketawa dan ceria

Mereka begitu mudah ketawa. Apa-apa sahaja situasi/keadaan yang mencuit hati pasti mereka akan sentiasa kelihatan ceria.

#6. Mudah menangis

Mungkin juga kerana mereka ini anak bongsu, maka amat mudah untuk mereka mengalirkan air mata. Mereka cepat terharu atau bersedih jika keadaan mengusik jiwa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

#7. Pandai berdikari walau tak matang

Mereka juga pandai berdikari walau pada pandangan ahli keluarga, rakan-rakan mahupun pasangan sendiri bahawa mereka ini tidak matang. Namun mereka mampu menjalankan setiap tugasan dengan berjaya.

#8. Tak suka dibanding-bandingkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka amat pantang apabila dirinya dibanding-bandingkan dengan seseorang. Mereka tidak suka, ini kerana diri mereka adalah yang terbaik.

#9. Tidak pandai menyimpan

Urusan kewangan bukan kepakaran mereka. Mereka lebih suka memuaskan kehendak sendiri. Disebabkan itulah mereka lebih ceria.

#10. Keras kepala

Tidak dapat dinafikan bahawa anak bongsu ini memiliki satu perangai keras kepala. Kedegilan mereka memang tiada tandingnya. Sesiapa sahaja memiliki kesukaran untuk mengubah satu sifat ini.

Era

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  6 Perkara Boleh Buat Kalau Nak Berjaya Pujuk Pasangan Yang Sedang Merajuk

Baca juga: 50 Cara Dating Dengan Pasangan Dalam Suasana Penuh Romantik, Jom Cuba Hari Ini!

Baca juga:  Nak Lebih Romantis Dengan Pasangan? Mudah, Cuba Berpegangan Tangan Selalu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ain Yusof